script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pihak IPT Mesti Mengambil Tindakan Disiplin Yang Tegas, Tidak Berkompromi Terhadap Pelajar Didakwa Memijak Al-Quran

KUANTAN: Dewan Muslimat PAS Negeri Pahang (DMPNP) menegaskan pihak institusi pengajian tinggi mesti mengambil tindakan disiplin yang tegas dan tidak berkompromi terhadap pelajar yang didakwa memijak al-Quran.

Ketuanya, Salamiah Mohd Nor berkata, institusi pengajian tinggi tidak boleh sekadar menunggu hasil siasatan semata-mata tanpa menyatakan pendirian jelas dalam mempertahankan nilai hormat terhadap agama.

“Universiti adalah medan pembinaan ilmu dan adab. Jika penghinaan terhadap kitab suci boleh berlaku dalam persekitaran kampus, maka tindakan disiplin yang tegas mesti diambil bagi memastikan mesej jelas bahawa perbuatan sedemikian tidak akan ditoleransi.

“Tindakan tegas ini penting bukan sahaja untuk menjaga imej institusi, tetapi sebagai pengajaran kepada seluruh warga kampus,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh, penghinaan terhadap al-Quran bukan isu kecil kerana ia menyentuh asas keimanan dan maruah umat Islam serta berpotensi menggugat keharmonian masyarakat majmuk.

Katanya, walaupun siasatan pihak berkuasa sedang berjalan, universiti mempunyai tanggungjawab moral dan pentadbiran untuk memastikan persekitaran kampus bebas daripada unsur penghinaan dan provokasi agama.

Beliau menambah, Malaysia sebagai negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan tidak boleh memberi ruang kompromi terhadap sebarang bentuk penghinaan agama.

Dalam perkembangan berkaitan, insiden tersebut dipercayai berlaku di sebuah institusi pengajian tinggi apabila satu rakaman video memaparkan seorang individu memijak naskhah al-Quran tular di media sosial beberapa hari lalu sehingga mencetuskan kemarahan umat Islam.

Susulan laporan dibuat, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan individu terbabit bagi membantu siasatan lanjut.

DMPNP, kata Salamiah, akan terus memantau perkembangan kes berkenaan dan berharap tindakan yang adil serta tegas dilaksanakan demi memastikan maruah agama Islam sentiasa terpelihara dan keharmonian negara terus dipertahankan. #Harakahdaily

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Pahang Tidak Berkompromi Dengan Sindiket Pencerobohan Tanah Kerajaan Secara Haram, Termasuklah Di Cameron Highlands

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang tidak akan berkompromi dengan mana-mana sindiket yang terlibat dalam kegiatan pencerobohan tanah kerajaan se...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.