script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Sultan Pahang Berkenan Mengisytiharkan UniPSAS Sebagai Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang

KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengisytiharkan penjenamaan semula Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) dengan nama baharu iaitu Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS).

Pengumuman bersejarah berlangsung di Istana Abdulaziz, Indera Mahkota, di sini sempena malam Nuzul al-Quran itu sekali gus menjadikannya universiti al-Quran yang pertama di negara ini.

Pemilihan tarikh istimewa bagi umat Islam itu membawa makna yang amat signifikan kerana selari dengan aspirasi universiti untuk menjadikan al-Quran sebagai teras pembangunan ilmu dan pembinaan tamadun.

Pada majlis itu, baginda berkenan menerima warkah perisytiharan nama UnIPSAS kepada UNIQSAAS daripada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebelum berkenan menyerahkan warkah berkenaan kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai simbolik pengisytiharan rasmi universiti tersebut.

Pengisytiharan turut disaksikan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Naib Canselor UNIQSAAS, Profesor Datuk Dr Mohd Zawavi Zainal Abidin berkata, pengisytiharan itu melambangkan satu lagi pencapaian penting dalam perkembangan institusi pendidikan tinggi di negeri Pahang sekali gus memperkukuh komitmen kerajaan negeri dalam memartabatkan pendidikan yang berteraskan al-Quran sebagai asas pembinaan generasi masa depan.

Menurutnya, penjenamaan semula universiti itu bukan sekadar perubahan nama malah mencerminkan suatu transformasi menyeluruh dalam hala tuju universiti.

"Lebih istimewa lagi peristiwa bersejarah ini berlaku sempena sambutan 30 tahun penubuhan institusi ini sejak 1996.

"UNIQSAAS membawa aspirasi “Hudan Linnas”, iaitu menjadikan al-Quran sebagai teras utama dalam semua bidang ilmu dan pembangunan insan.

"Aspirasi ini bertujuan mengangkat martabat al-Quran bukan sahaja sebagai kitab ibadah, bahkan sebagai sumber panduan ilmu yang menyeluruh meliputi aspek akidah, syariah, akhlak, kemasyarakatan, kepimpinan dan pembangunan tamadun," katanya melalui kenyataan di sini.

Mohd Zawavi berkata, menjadikan al-Quran sebagai asas panduan akademik dan nilai, UNIQSAAS berusaha melahirkan generasi ilmuwan dan pemimpin yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang kepakaran masing-masing, malah berpandukan wahyu dalam pemikiran, tindakan dan etika.

"UNIQSAAS akan mengintegrasikan pengajian al-Quran dalam 40 program pengajian yang merangkumi peringkat Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana hingga Doktor Falsafah (PhD)," katanya.#SinarHarian

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Pahang Tidak Berkompromi Dengan Sindiket Pencerobohan Tanah Kerajaan Secara Haram, Termasuklah Di Cameron Highlands

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang tidak akan berkompromi dengan mana-mana sindiket yang terlibat dalam kegiatan pencerobohan tanah kerajaan se...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.