script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kurangkan BUDI95 Daripada 300 Liter Kepada 200 Liter Sebulan, Langkah Bebankan Rakyat Ketika Kos Sara Hidup Masih Tinggi

KUANTAN: Keputusan kerajaan mengurangkan kelayakan subsidi BUDI MADANI RON95 (BUDI95) daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan disifatkan sebagai langkah membebankan rakyat ketika kos sara hidup masih tinggi.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pahang, Ahmad Azlan Abu Bakar berkata, pengurangan itu berisiko menyebabkan rakyat menanggung tambahan kos sehingga sekitar RM188 sebulan sekiranya harga petrol menghampiri paras pasaran tanpa subsidi.

Menurut beliau, walaupun konflik geopolitik antara Iran dan Amerika Syarikat memberi kesan kepada ketidaktentuan harga minyak dunia, kerajaan seharusnya tampil dengan solusi yang lebih melindungi rakyat, bukannya mengurangkan subsidi.

“Dalam keadaan inflasi yang masih dirasai melibatkan kenaikan harga makanan, pengangkutan dan keperluan asas, langkah ini akan memberi kesan berantai kepada kos sara hidup rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, peningkatan kos bahan api akan memberi kesan langsung kepada kos logistik, harga barangan serta perbelanjaan harian, khususnya di negeri seperti Pahang yang majoriti penduduknya bergantung kepada kenderaan persendirian.

Katanya, golongan pekerja luar bandar, peneroka Felda, peniaga kecil serta anak muda yang berulang-alik jauh antara paling terkesan dengan keputusan tersebut.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan mempertimbangkan langkah alternatif termasuk memperkukuh subsidi bersasar, memanfaatkan dividen syarikat berkaitan kerajaan, memperketat kawalan kos logistik serta melaksanakan intervensi bagi mengekang inflasi import.

“Sepatutnya dalam situasi tekanan ekonomi global, kerajaan memperkukuh perlindungan kepada rakyat, bukannya mengecilkan manfaat subsidi,” ujarnya.

Beliau menegaskan, jika pendekatan mengurangkan bantuan kepada rakyat terus dilaksanakan, rakyat mempunyai hak untuk membuat ‘penyelarasan’ dalam Pilihan Raya Umum ke-16 nanti.

“Kerajaan boleh menyelaraskan subsidi, tetapi rakyat juga boleh ‘menyelaraskan’ kerajaan,” katanya.#HarakahDaily

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Pahang Tidak Berkompromi Dengan Sindiket Pencerobohan Tanah Kerajaan Secara Haram, Termasuklah Di Cameron Highlands

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang tidak akan berkompromi dengan mana-mana sindiket yang terlibat dalam kegiatan pencerobohan tanah kerajaan se...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.