script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Sultan Pahang Bimbang Terhadap Peningkatan Kecenderungan Wanita Tempatan Berkahwin Dengan Warga Asing



JERANTUT: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap peningkatan kecenderungan perkahwinan antara wanita tempatan dengan warga asing yang dikhuatiri boleh membawa kesan buruk sekiranya tidak dibuat dengan penelitian wajar.

Baginda bertitah, walaupun Islam tidak melarang perkahwinan merentasi bangsa dan negara selagi mematuhi hukum syarak serta undang-undang, wanita di negeri ini dinasihatkan supaya tidak terburu-buru membuat keputusan yang boleh menjejaskan masa depan mereka.

Menurut baginda, perkahwinan bukan sekadar berlandaskan perasaan semata-mata, sebaliknya merupakan amanah besar yang memerlukan pertimbangan matang dan kebijaksanaan.

“Perkahwinan bukan sekadar ikatan rasa, tetapi satu amanah besar yang menentukan arah perjalanan hidup seseorang. Berhati-hatilah agar tidak tersalah langkah. Sekali tersilap memilih pasangan kesannya boleh berpanjangan,” titahnya.

Al Sultan Abdullah bertitah demikian ketika berkenan berangkat memasyhurkan Masjid Baharu Kampung Simpang Tebing Tinggi yang dinamakan Masjid Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Kampung Simpang Tebing Tinggi, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah turut mengingatkan kemungkinan terdapat segelintir warga asing yang mempunyai niat tidak baik terhadap wanita tempatan termasuk mengambil kesempatan atau memperdaya demi kepentingan peribadi.

“Sebelum melangkah ke alam perkahwinan selidiklah dengan teliti asal usul, latar belakang, pekerjaan serta kemampuan sebenar bakal pasangan selain jangan mudah terpesona dengan janji manis,” titah baginda. #KOSMO!

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Pahang Tidak Berkompromi Dengan Sindiket Pencerobohan Tanah Kerajaan Secara Haram, Termasuklah Di Cameron Highlands

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang tidak akan berkompromi dengan mana-mana sindiket yang terlibat dalam kegiatan pencerobohan tanah kerajaan se...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.