script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Seorang Lelaki Warga Thailand Maut, Bas Ekspres Bawa 24 Penumpang Rempuh Pacuan Empat Roda Di Pekan


PEKAN: Seorang lelaki warga Thailand maut manakala dua warga tempatan cedera selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki dirempuh sebuah bas ekspres dalam kejadian di Persimpangan Lampu Isyarat dekat Kilometer 42, Jalan Pekan-Kuantan di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis daerah, Superintenden Mohd. Zaidi Mat Zin berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 2.53 pagi ketika kenderaan jenis Mitsubishi Triton dalam perjalanan dari Pulau Serai di sini menghala ke Pekan berhenti di persimpangan lampu isyarat berkenaan.

Tiba-tiba sebuah bas ekspres yang membawa 24 penumpang datang dari arah belakang dan merempuh kenderaan dinaiki mangsa. Akibat kejadian itu, mangsa, Hosneeamree, 24, yang juga penumpang belakang Mitsubishi Triton disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Pemandu Mitsubishi Triton, Muhammad Shafwan Abdullah Aziz, 29, yang juga seorang tentera cedera di perut sementara penumpang hadapan, Mohamad Asri Mohamad Yusoff, 36, bekerja sebagai buruh cedera di kepala.

“Pemandu dan juga kesemua penumpang bas ekspres berkenaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Zaidi berkata, dua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Pekan untuk rawatan manakala mangsa yang meninggal dunia juga dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat.

“Siasatan awal mendapati, kejadian berpunca daripada pemandu bas yang cuai semasa memandu sehingga menyebabkan kemalangan berlaku.Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. #UtusanMalaysia

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Pahang Tidak Berkompromi Dengan Sindiket Pencerobohan Tanah Kerajaan Secara Haram, Termasuklah Di Cameron Highlands

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang tidak akan berkompromi dengan mana-mana sindiket yang terlibat dalam kegiatan pencerobohan tanah kerajaan se...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.