script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

PAS Pahang Menyambut Baik Pelantikan Pemimpin Parti Itu Sebagai Pengerusi PN, Ia Berpotensi Untuk Jadi Blok Politik Stabil

KUANTAN: PAS Pahang menyambut baik pelantikan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) daripada parti itu yang dilihat mampu memperkukuh perpaduan gabungan serta memperkemas gerak kerja dalam membela rakyat.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Rosli Abd Jabar berkata, pelantikan tersebut mencerminkan keyakinan terhadap keupayaan PAS sebagai parti yang mempunyai struktur organisasi kukuh serta kepimpinan berasaskan prinsip dan syura.

Katanya, peranan pengerusi PN bukan sekadar simbolik, sebaliknya penting dalam menyatukan kekuatan gabungan serta memastikan fokus kekal kepada kepentingan rakyat.

“PAS mempunyai pengalaman panjang dalam mengurus perbezaan pandangan secara berdisiplin serta membuat keputusan secara kolektif, sekali gus mampu memberi kestabilan kepada PN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kepimpinan PAS juga mampu membantu menyelaraskan naratif nasional serta mengurangkan konflik dalaman agar PN dapat bergerak sebagai satu pasukan yang lebih mantap.

Menurutnya, PAS akan terus menumpukan agenda membela rakyat termasuk pemerkasaan ekonomi tempatan, kebajikan golongan rentan, ketelusan tadbir urus dan penolakan rasuah.

Rosli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Lumpur berkata, kekuatan PAS di peringkat akar umbi akan dimanfaatkan bagi memperluas sokongan rakyat serta memastikan dasar PN dapat dilaksanakan secara berkesan di semua peringkat.

“Dengan perpaduan dan kejelasan hala tuju, PAS yakin PN mampu tampil sebagai gabungan yang stabil, berprinsip dan diyakini rakyat,” katanya.#MalaysiaGazette

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Pahang Tidak Berkompromi Dengan Sindiket Pencerobohan Tanah Kerajaan Secara Haram, Termasuklah Di Cameron Highlands

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang tidak akan berkompromi dengan mana-mana sindiket yang terlibat dalam kegiatan pencerobohan tanah kerajaan se...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.