script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Berdasarkan Semakan Pengkalan Data MUIP, Tiada Rekod Pelajar Universiti Didakwa Pijak Al-Quran Peluk Islam Di Pahang

KUANTAN: Tiada rekod pendaftaran berkaitan pelajar institusi pengajian tinggi di Pahang, yang didakwa menghina Islam dan membuat penghantaran jelik melampau di media sosial memeluk Islam di negeri itu.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, berdasarkan semakan pangkalan data, pelajar lelaki berusia 21 tahun tidak berdaftar sebagai mualaf.

Katanya, pada masa sama, pihaknya turut mendapatkan maklumat daripada daripada pihak berkuasa agama di beberapa negeri lain.

"Kita sudah membuat semakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan tetapi tidak mempunyai maklumat mengenai dakwaan pelajar berkenaan memeluk Islam di negeri berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Asmadi yang juga Ketua Pendaftar Mualaf Pahang berkata, pihaknya sudah menghubungi pendakwah bebas, Firdaus Wong untuk mendapatkan maklumat dan penjelasan.

Bagaimanapun, katanya, tiada maklum balas diterima setakat ini.

"Di Pahang, setiap individu yang memeluk Islam perlu mengikuti kursus intensif selama tiga hari dan akan dibimbing seorang mualaf senior terutama untuk menunaikan solat," katanya.

Menerusi hantaran di Facebook Firdaus Wong Wai Hung semalam, pendakwah bebas itu mendakwa penuntut lelaki yang tular kerana memijak al-Quran di Pahang, adalah seorang mualaf.

Firdaus menjelaskan individu terbabit memeluk Islam pada 20 April tahun lalu. #BeritaHarian

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Pahang Tidak Berkompromi Dengan Sindiket Pencerobohan Tanah Kerajaan Secara Haram, Termasuklah Di Cameron Highlands

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang tidak akan berkompromi dengan mana-mana sindiket yang terlibat dalam kegiatan pencerobohan tanah kerajaan se...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.