script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kira-kira 20,000 Tetamu Hadir Memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Pahang Di Dewan Sri Lanchang, Temerloh

TEMERLOH: Kira-kira 20,000 tetamu hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Dewan Sri Lanchang, di sini, hari ini.

Berkenan berangkat ke majlis berkenaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, serta paduka anakanda termasuk Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Hadir sama, barisan pengerusi jawatankuasa kerajaan negeri Pahang.

Wan Rosdy berkata, pihaknya merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terbabit dalam menjayakan majlis berkenaan termasuk Pejabat Daerah serta penyelaras program yang telah memastikan kelancaran perjalanan acara.

"Alhamdulillah, makanan yang disediakan mencukupi dan ini memang menjadi hasrat kita supaya semua pengunjung dapat bersama-sama meraikan Aidilfitri pada hari kedua Syawal," katanya ketika ditemui pemberita.

Wan Rosdy berkata, penganjuran majlis rumah terbuka itu bukan sahaja memberi peluang kepada masyarakat menikmati juadah hari raya, malah menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan rakyat.

Beliau berkata, majlis seumpama itu juga membolehkan orang ramai bertemu dan bermaaf-maafan secara serentak memandangkan tidak semua berkesempatan untuk berkunjung dari rumah ke rumah.

"Saya berharap semangat silaturahim yang wujud pada bulan Syawal ini akan terus diperkukuh dalam kehidupan seharian," katanya. #BeritaHarian

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Pahang Tidak Berkompromi Dengan Sindiket Pencerobohan Tanah Kerajaan Secara Haram, Termasuklah Di Cameron Highlands

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang tidak akan berkompromi dengan mana-mana sindiket yang terlibat dalam kegiatan pencerobohan tanah kerajaan se...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.