script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Sultan Pahang Rasa Bangga Melihat Peningkatan Ukhuwah Dalam Kalangan Masyarakat Ketika Dianjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri

TEMERLOH: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah baginda bangga melihat peningkatan ukhuwah dalam kalangan masyarakat apabila berkumpul dalam penganjuran rumah terbuka sempena Aidilfitri.

Al-Sultan Abdullah bertitah kehadiran banyak pengunjung pada penganjuran Majlis Istana Terbuka di Kuantan, semalam dan Majlis Rumah Terbuka Menteri Besar Pahang hari ini, memberi semangat kepada baginda untuk terus bekerja dan berkhidmat kepada rakyat.

"Saya berasa bangga dapat hadir di Lanchang (dan) dapat lihat sendiri peningkatan ukhuwah masyarakat," titah baginda semasa berangkat ke majlis rumah terbuka itu di Lanchang di sini.

Turut berangkat Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anakanda baginda berdua termasuk Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Al-Sultan Abdullah bertitah menjadi pemimpin termasuk sebagai raja atau menteri besar bukan sesuatu yang mudah kerana tetap perlu bekerja serta melayan rakyat walaupun pada hari cuti termasuk hari raya.

Selain itu, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail atas penganjuran majlis itu dan mengingatkan beliau untuk terus menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat di Pahang.

"Kita juga perlu menyediakan aktiviti ekonomi kepada rakyat dan sentiasa berdoa supaya bumi Pahang sentiasa dilindungi Allah dan bertambah pembangunan dan kesejahteraan," titah baginda.

Al-Sultan Abdullah juga mengajak rakyat untuk berdoa supaya konflik antara Amerika Syarikat, Israel dan Iran dapat ditamatkan kerana kesan peperangan itu turut dirasai di seluruh dunia. #HarianMetro

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Pahang Tidak Berkompromi Dengan Sindiket Pencerobohan Tanah Kerajaan Secara Haram, Termasuklah Di Cameron Highlands

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang tidak akan berkompromi dengan mana-mana sindiket yang terlibat dalam kegiatan pencerobohan tanah kerajaan se...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.