script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Sebanyak 6,382 Saman Dikeluarkan Kepada Pemandu Kenderaan Sepanjang Tempoh 'Op Selamat' Bermula 19 Mac Hingga Semalam

KUANTAN: Sebanyak 6,382 saman dikeluarkan terhadap pemandu kenderaan sepanjang tempoh Op Selamat 26 bermula 19 Mac lalu hingga semalam.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata, daripada jumlah itu, kereta merekodkan jumlah saman tertinggi iaitu 4,032 saman, diikuti motosikal (804), kenderaan pelbagai guna (MPV) dan lain-lain kenderaan (703).

"Bagaimanapun, jumlah saman itu menurun 167 saman berbanding Op Selamat 24 pada 19 Mac hingga 3 April 2025 yang merekod 6,549 saman membabitkan pelbagai kesalahan antaranya memandu laju," katanya.

Yahaya berkata demikian ketika ditemui media selepas perhimpunan sempena sambutan Hari Polis Ke-219 peringkat Pahang di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak lima kemalangan maut dengan tujuh kematian direkodkan sepanjang tempoh operasi berbanding enam kemalangan maut dengan lapan kematian pada tahun lalu.

Katanya lagi, 586 kemalangan dicatatkan dalam tempoh sama, meningkat 32 kes berbanding Op Selamat terdahulu.

"Jalan Persekutuan merekodkan 318 kes kemalangan tertinggi, diikuti jalan negeri (56 kes), lebuh raya (50 kes), bandaran (44 kes) dan jalan lain-lain (118 kes)," katanya. #HarianMetro

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Pahang Tidak Berkompromi Dengan Sindiket Pencerobohan Tanah Kerajaan Secara Haram, Termasuklah Di Cameron Highlands

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang tidak akan berkompromi dengan mana-mana sindiket yang terlibat dalam kegiatan pencerobohan tanah kerajaan se...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.