script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Penternak Ikan Sangkar Dinasihat Alih Sangkar Ke Lokasi Sesuai, Elak Terus Tanggung Kerugian Setiap Kali Tiba Musim Kemarau

KUANTAN: Jabatan Perikanan Pahang menasihatkan penternak ikan sangkar Sungai Pahang di kawasan Chenor, Maran supaya dapat mengalihkan sangkar mereka ke tempat lebih sesuai bagi mengelak terus menanggung kerugian setiap kali tiba musim kemarau.

Terdapat kira-kira 24 penternak ikan sangkar di beberapa kampung seperti Kampung Sasehin, Kampung Tanjung Berangan, Kampung Pesagi dan Kampung Paya Pasir hampir setiap tahun terdedah kejadian air Sungai Pahang cetek dan kering hingga menyebabkan sangkar mereka berada diatas pasir.

Pengarahnya, Roslan Abu Hasan berkata, tidak ada kaedah lain lebih sesuai melainkan alih atau pindah sangkar ke kawasan Sungai Pahang yang lebih dalam dan tidak mudah berlaku pasir timbul yang membentuk beting pasir luas.

Menurutnya, untuk rekod kawasan Kampung Pesagi paling mudah terdedah kejadian air sungai cetek dan kering berbanding kampung lain hingga menyebabkan banyak sangkar ikan tersadai di atas pasir. Faktor berkenaan menyebabkan penternak tidak dapat menternak ikan sepanjang tahun.

Katanya, musim kemarau juga memberi masalah pada ternakan disebabkan suhu air yang meningkat dan boleh menyebabkan tekanan memuncak pada ikan sehingga boleh mengundang penyakit seterusnya kematian dengan yang banyak secara berperingkat.

"Bagi mengelak kerugian penternak perlu bijak menyusun jadual melepaskan benih seterusnya tempoh menuai hasil, dengan cara itu dapat mengelak ikan belum cukup matang ketika berlaku musim tengkujuh yang menyebabkan air Sungai Pahang menjadi cetek dan kering.

"Saya difahamkan kejadian air Sungai Pahang menjadi cetek dan kering hingga menghasilkan beting pasir yang luas sejak empat tahun lalu dan kini semakin serius, ia berlaku disebabkan fenomena EI Nino yang menyebabkan perubahan cuaca menjadi panas hingga mengundang kejadian kemarau yang melampau," katanya dihubungi, di sini hari ini.

Beliau berkata, kini terdapat tiga penternak kluster Kampung Pesagi berhadapan dengan kejadian sangkar berada diatas pasir termasuk kawasan air cetek yang akan kering dalam tempoh seminggu hingga dua minggu sekiranya musim kemarau terus berterusan.

Roslan menambah, permintaan terhadap ikan patin dan talapia kini terus bertambah namun difahamkan tidak mencukupi, kini Maran, Pekan, Temerloh dan Jerantut menjadi pengeluar utama ikan sangkar di negeri ini.

"Saya telah mengarahkan pegawai perikanan daerah supaya terus memantau kawasan yang terjejas pada musim kemarau kali ini. Kita akan berusaha membantu penternak terbabit.

"Kita tidak mahu melihat penternak ikan sangkar di negeri ini menanggung kerugian setiap kali muncul kemarau melanda negara," katanya yang berharap penternak sentiasa berhubung dengan pejabat perikanan daerah.#HarianMetro

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Pahang Tidak Berkompromi Dengan Sindiket Pencerobohan Tanah Kerajaan Secara Haram, Termasuklah Di Cameron Highlands

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang tidak akan berkompromi dengan mana-mana sindiket yang terlibat dalam kegiatan pencerobohan tanah kerajaan se...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.