script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Orang Ramai Dijemput Hadir Ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Pahang Yang Akan Diadakan Di Temerloh Ahad Ini

KUANTAN: Orang ramai dijemput memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Pahang yang diadakan pada Ahad ini di Dewan Sri Lanchang, Temerloh.

Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata majlis bermula jam 9.30 pagi hingga 2 petang.

"Sempena kemeriahan Syawal, saya menjemput seluruh masyarakat untuk hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri.

"Mari kita bersama-sama memeriahkan suasana Aidilfitri dengan penuh kemesraan, ukhuwah dan kegembiraan," katanya dalam satu poster di Facebooknya.

Sementara itu, menurut Media Pahang, sambutan Aidilfitri tahun lalu diadakan di Felda Chini.

"Tahun ini kita buat di Lanchang. Hari raya kedua. Tahun lepas kita buat di Felda Chini. Semua dijemput hadir.

"Macam biasa. Nak ajak rumah ke rumah susah jadi kita buat rumah terbuka," katanya yang memetik laporan Media Pahang.

Rumah terbuka di Dewan Sri Lanchang itu dimeriahkan dengan persembahan Azlan Typewriter, Zaki Yamani, Wanie Sidek serta kombo Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pahang.

Pada 16 Mac lalu, Kerajaan Pahang menyatakan akan membincangkan perkara mengenai penganjuran rumah terbuka Aidilfitri dalam mesyuarat EXCO sama ada bakal mengikut langkah Kerajaan Pusat untuk tidak menganjurkan sambutan itu.

Wan Rosdy dilaporkan berkata, kerajaan negeri belum membuat sebarang penetapan sama ada perlu membatalkan majlis rumah terbuka dalam kalangan agensi kerajaan.#BeritaHarian

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Pahang Tidak Berkompromi Dengan Sindiket Pencerobohan Tanah Kerajaan Secara Haram, Termasuklah Di Cameron Highlands

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang tidak akan berkompromi dengan mana-mana sindiket yang terlibat dalam kegiatan pencerobohan tanah kerajaan se...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.