script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Firdaus Wong Dakwa Pelajar Lelaki Yang Tular Kerana Pijak Al-Quran Adalah Seorang Mualaf, Peluk Islam April Tahun Lalu

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mendakwa pelajar lelaki yang tular kerana memijak al-Quran di Pahang, adalah seorang mualaf.

Menerusi perkongsian di media sosialnya, Firdaus menjelaskan individu berkenaan memeluk Islam pada 20 April tahun lalu.

Beliau berkata, pemuda itu menunjukkan kesungguhan tinggi untuk memeluk agama Islam sehingga berulang kali menghubunginya bagi mendapatkan bimbingan.

"Dia seorang budak yang baik, sopan santun dan lemah lembut tutur katanya. Dia menghubungi saya di Instagram dan menghantar mesej bertalu-talu sehingga insist untuk saya membimbingnya memeluk Islam," katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Pada 25 Februari lalu, seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) berusia 21 tahun, ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan kerana disyaki menghina Islam di media sosial.

Ia susulan tular gambar kaki seorang lelaki dewasa memijak al-Quran serta tangkap layar hantaran individu yang didakwa miliknya di platform berkenaan.

Firdaus mengakui terkejut dengan insiden berkenaan dan masih berusaha memahami punca sebenar tindakan pelajar itu.

"Sejujurnya saya terkejut. Apa yang berlaku pada dirinya? Adakah dia dihasut, diprovokasi atau ada perkara lain? Saya juga ingin memahami dan membantu," katanya.

Dalam pada itu, Firdaus menegaskan bahawa kenyataan terdahulu mengenai pelajar itu bukan bertujuan untuk mensucikan beliau.

"Tiada istilah mensucikan sesiapa yang melakukan kesalahan kerana prinsip saya sebagai Muslim ialah yang bersalah perlu menerima hukuman tanpa mengira Muslim atau bukan Muslim," katanya.

Sementara itu, Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini dalam kenyataannya memaklumkan pelajar itu akan dituduh di mahkamah esok di bawah seksyen 295 Kanun Keseksaan [Akta 574] dan seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].#HarianMetro

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Pahang Tidak Berkompromi Dengan Sindiket Pencerobohan Tanah Kerajaan Secara Haram, Termasuklah Di Cameron Highlands

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang tidak akan berkompromi dengan mana-mana sindiket yang terlibat dalam kegiatan pencerobohan tanah kerajaan se...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.