BERA: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyempurnakan pelancaran buku ‘Cerita Dari Sebuah Belantara’ sempena Jamuan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Bera dan Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera, di sini Sabtu lalu.
Buku berkenaan yang menonjolkan peranan koperasi itu dalam memajukan ekonomi warga koperasi di Pahang merupakan hadiah khas kepada ahli serta generasi baharu untuk mengenali sejarah perkembangan ladang KOSMA sejak tahun 1967 hingga kini.
Timbalan Pengerusi KOSMA Dato’ Mohd Sabri Abdullah berkata buku berkenaan dapat menceritakan susah senang KOSMA dalam memajukan ekonomi warga koperasi sehingga mencipta kejayaan.
Pada majlis sama, Al-Sultan Abdullah turut menyerahkan replika kunci van serbaguna KOSMA kepada Maahad Darul Tahfiz Al-Quran Kampung Sungai Badak, Jerantut.
Turut berkenan bercemar duli berangkat ke majlis ini adalah Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj. #MalaysiaAktif







Tiada ulasan:
Catat Ulasan