script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Nizar: Pahang Bakal Muncul Negeri Terawal Di Malaysia Terajui Pembangunan Tanaman Sorghum Atau Bateri Secara Komersial

AMPANG: Pahang muncul negeri terawal di Malaysia yang akan menerajui pembangunan tanaman sorghum atau betari, salah satu daripada tanaman bijirin utama dunia secara komersial.

Sebuah ladang penanaman dan kilang pemprosesan sorghum akan dibangunkan di Pekan secara usahasama antara AG Cahaya Venture Sdn Bhd dengan syarikat dari Jepun, Sorghum Earth Create Sdn Bhd.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang, Datuk Mohamad Nizar Najib berkata, projek bernilai RM100 juta itu akan dibangunkan di kawasan seluas 607 hektar secara berperingkat, berteknologi tinggi dan lestari.

"Keupayaan sorghum untuk menghasilkan tuaian sebanyak tiga kali setahun daripada satu pokok menunjukkan potensi produktiviti yang amat signifikan.

"Dari segi produktiviti, anggaran hasil tuaian adalah sebanyak 14.7 tan matrik per hektar sebulan, manakala pengeluaran sekitar 10.29 matrik per hektar sebulan.

"Prestasi ini dijangka memberi impak positif kepada ekonomi negeri terutama dalam sektor agromakanan," katanya pada Majlis Menandatangan Memorandum Persefahaman (MOA) antara AG Cahaya Venture Sdn Bhd dan Sorghum Earth Create Sdn Bhd di sebuah hotel di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Eksekutif AG Cahaya Venture, Datuk Dr Abd Halim Mohd Hussin dan Pengarah Eksekutif Sorghum Earth Create Sdn Bhd, Tadao Kido.

Mengulas lanjut, Mohamad Nizar berkata, dalam fasa pertama sahaja, lebih 100 peluang pekerjaan dijangka diwujudkan terutamanya di kawasan Kampung Baru Sungai Miang dan Kampung Cenderawasih merangkumi sektor peladangan dan juga pemprosesan kilang.

"Syarikat AG Cahaya Venture juga menjalin kerjasama strategik dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam kajian dan pembangunan (R&D) bagi penghasilan benih berkualiti tinggi, sekaligus memastikan projek ini berdaya saing dalam jangka masa panjang.

"Sebahagian hasil akan dieksport ke Jepun, manakala selebihnya akan memenuhi keperluan pasaran domestik.

"Ini akan membantu mengurangkan kebergantungan terhadap import sambil membuka akses kepada pasaran antarabangsa," katanya.

Katanya, projek berkenaan akan menyumbang ke arah mengurangkan kos sara hidup terutama makanan yang sedang dihadapi oleh rakyat khususnya di Pahang.

"Kos bahan makanan untuk ternakan seperti lembu dapat dikurangkan, kita berharap penjimatan kos ini dapat disampaikan kepada rakyat dalam bentuk harga makanan yang lebih kompetitif dan lebih murah insya-Allah," katanya. #HarianMetro

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Pahang Tidak Berkompromi Dengan Sindiket Pencerobohan Tanah Kerajaan Secara Haram, Termasuklah Di Cameron Highlands

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang tidak akan berkompromi dengan mana-mana sindiket yang terlibat dalam kegiatan pencerobohan tanah kerajaan se...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.