script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Manusia Pertama Menjejakkan Kakinya Ke Bulan, Neil Armstrong Telah Meninggal Dunia Semalam !!

WASHINGTON, 26 Ogos - Angkasawan Amerika Syarikat (AS), Neil Armstrong (foto), manusia pertama yang menjejakkan kaki ke bulan meninggal dunia, lapor media AS semalam. Beliau berusia 82 tahun. Armstrong menjalani pembedahan jantung awal bulan ini selepas doktor mendapati ada sekatan di pembuluh jantungnya. Beliau dan rakan angkasawan yang menaiki Apollo 11, Buzz Aldrin mendarat di bulan pada 20 Julai 1969 yang mencatat satu sejarah hebat serta mendapat tontonan ratusan juta penduduk dunia. Dilahirkan di Wapakoneta, Ohio pada 5 Ogos 1930, Armstrong mempunyai minat mendalam terhadap kapal terbang dan bekerja di sebuah lapangan terbang ketika remaja. Beliau mengambil kursus penerbangan pada usia 15 tahun dan mendapat lesen juruterbang pada hari lahirnya yang ke-16. Sebagai juruterbang AS, beliau melakukan 78 misi penerbangan pada Perang Korea. Beliau mempelajari bidang Kejuruteraan Penerbangan di Universiti Purdue, Indiana dan menyambung pengajian dalam Sarjana Kejuruteraan Aeroangkasa di Universiti Southern California. Selepas berkhidmat sebagai juruterbang tentera laut pada 1949 hingga 1952, Armstrong menyertai agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) pada 1955. Beliau bertugas sebagai jurutera, juruterbang ujian, angkasawan dan pentadbir untuk NASA dalam tempoh 17 tahun. Selepas bersara daripada NASA pada 1971, Armstrong menjadi tenaga pengajar dalam bidang kejuruteraan aeroangkasa di Universiti of Cincinnati hampir 10 tahun. Beliau dilantik sebagai Lembaga Pengarah beberapa syarikat termasuklah Lear Jet, United Airlines serta Marathon Oil.

Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kuantan Catatkan Mobilisasi Tertinggi Pada MATC Perdana Gabungan 14 Cabang Seluruh Pahang

KUANTAN: Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Perdana Gabungan Semua 14 Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) seluruh Negeri Pahang berjaya di...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.