script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Lembaga Displin UMNO Tersalah Atau Tersilap Pandang Agaknya, Bila Agen Perasuah Digantung Tiga Tahun Tapi Perasuah Dilepaskan

KUALA LUMPUR - Ramai pemerhati politik yang terkejut dan tertanya-tanya apakah motif sebenar calon Timbalan Presiden UMNO iaitu Ali Rustam (foto) dihukum hilang kelayakan untuk bertanding, sedangkan beliau didapati bersalah kerana terbabit dengan politik wang?. Maka itu, ramai yang berpendapat, sepatutnya Ali Rustam diberi hukuman yang lebih berat dan bukan setakat dilarang bertanding semata-mata. Ini kerana segala rasuah itu berlaku kerana "usaha" beliau untuk memancing undi supaya dicalonkan oleh bahagian-bahagian tahun lalu. Sedangkan agen-agen beliau hanyalah menjadi "broker" untuk melaksanakan urusan terbabit. Tetapi anehnya, Ali Rustam masih dipertahankan supaya kekal sebagai Ketua Menteri Melaka dan tidak dikenakan tindakan displin yang lebih "afdal" sebenarnya. Manakala itu dalam masa yang sama sungguh aneh apabila Pengerusi Lembaga Displin UMNO, Tengku Ahmad Rithauddeen berkata keahlian Ali Rustam bagaimanapun tidak digantung dan beliau masih menjadi anggota perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO, yang dijadual berlangsung dari 24 hingga 28 Mac ini. Kenyataan beliau bahawa keputusan itu dibuat oleh Lembaga Disiplin UMNO yang mendapati Mohd Ali, yang juga Naib Presiden UMNO, bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO kerana kesalahan rasuah dan politik wang yang dilakukan oleh ejennya.

Masalahnya disini, mengapakah pula Lembaga itu bagaimanapun mendapati Setiausaha Politik beliau Saadun Basirun, bersalah melakukan rasuah atau sogokan politik. Kerana kesalahan itu, Saadun yang juga ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Bukit Katil turut dikenakan tindakan. Sementara itu Naib Ketua Puteri UMNO bahagian Bukit Katil Zalina Ismail dan Rosli Hassan Ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Bukit Katil telah digantung keahlian selama tiga tahun atau satu penggal pemilihan berkuatkuasa 12 Mac lepas kerana dipercayai menjadi agen Ali Rustam. Keputusan yang dibuat ini adalah jelas tidak adil sebenarnya. Ini kerana "agen" beliau menyogok perwakilan UMNO bahagian dengan wang yang diberikan oleh Ali Rustam. Maka itu, sepatutnya Ali Rustam perlu diberi hukuman yang lebih berat daripada agen terbabit. Jika tiada wang untuk rasuah maka bagaimana agen terbabit mahu melaksanakan tugasnya. Rasuah melibatkan semua pihak dan bukannya hanya "ikan bilis" yang didakwa sebaliknya "ikan paus" dilepaskan malah boleh pula kekal sebagai Ketua Menteri Melaka. Sepatutnya, demi maruah orang Melaka Ali Rustam perlua meletakkan jawatannya dan bukan terus mahu berkuasa. Sudah terbukti beliau bersalah dan dihukum oleh Lembaga Displin UMNO makanya beliau harus berundur dan melepaskan semua jawatan tingginya dalam UMNO termasuk Ketua Menteri Melaka. Jika tidak ini menunjukkan bahawa Lembaga Displin UMNO tidak telus dalam melaksanakan tanggungjawabnya untuk membenteras rasuah politik wang dalam parti itu.

[Apakah mungkin ada campurtangan pihak atasan bagi memberi laluan yang selesa kepada Muhyiddin Yassin untuk menjawat jawatan Timbalan Presiden UMNO sebenarnya. Seperti yang telah kami dedahkan sebelum ini, memang ada maklumat yang Najib memberi jaminan kepada Ali Rustam agar beliau tidak dikenakan tindakan oleh Lembaga Displin UMNO atas kesalahan tersebut. Ternyata apa yang dilaporkan oleh kami itu kini menjadi bukti cuma tindakannya sahaja yang agak berbeza. Apakah segala tindakan ini membuktikan yang UMNO memang sudah bebas dari amalan rasuah yang sememangnya sudah menjadi darah daging mereka].

PROGRAM CALL PUN DAPAT DUIT
Terbuka Kepada Semua Rakyat Malaysia Yang Menggunakan Telefon Pospaid Atau Prepaid. Modal Hanya
RM50 Dan peluang Jana Income Maksima Sehari Hingga RM3,000 Baru Dilancarkan, Agen Diperlukan Di Seluruh Negara
Klik Sini Dan SMS 018-2206761


TAWARAN: PLAT CANTIK UNTUK DI JUAL
WEM77, BBG14, AGJ5, NCD4, AGE88, AGK88, WPC444, NBN44, BEU77, BT56, WR71, BBG60, BBP1234, JB111, ABU2121, BBE4444

Tel : 019 - 292 1111 (Cik Zura)

Share:

3 ulasan:

  1. Tahniah kpd SPRM, Lembaga disiplin terpaksalah bertindak sekarang. Namun kenapa KJ anak menantu PM tidak dikenakan tindakan yg sama di atas kesalahan yg sama? Tidak adil rasanya bagi ahli yg dikenakan hukuman yg lebih berat? Dan satu lagi, kalau berdasarkan undang-undang, adakah mereka ini boleh didakwa?

    Download CMS

    BalasPadam
  2. itu disengajakan, tersengaja atau kedua-duanya..
    Allah jua yang maha mengetahui..

    BalasPadam
  3. oiiiiiiiii kes ni mana
    melibatkan SPRM, hanya kes
    dalamam umno. SPRM tak leh
    campurtangan sebab tak melibatkan
    penjawat awam.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.