script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Tamparan Hebat Buat Si Najib Razak, Itulah Simbolik Di Sebalik Isu Pertemuan Paling Bersejarah Pak Lah - Anwar Tengahari Semalam

HULU LANGAT - Ramai yang terkejut dan terperanjat dengan kehadiran dua tokoh utama negara dari parti kerajaan dan pembangkang di majlis sambutan Maulid Rasul dan Sambutan Tamat Latihan Kerohanian 40 tahun Syeikh Mahmud Al-Majzub, dekat sini semalam. Masing-masing teruja dengan apa yang dilihat ini sebenarnya. Apakah ini merupakan satu petanda baik untuk iklim politik negara agaknya. Semua ini pastinya menimbulkan seribu persoalan yang sukar untuk dijawab. Pertemuan bersejarah yang tidak dirancang itu merupakan satu "hikmah" ke arah mewujudkan kestabilan politik negara selepas ini. Namun, semuanya hanyalah terletak ditangan kedua-dua pemimpin terbabit iaitu Pak Lah Badawi dan juga Anwar Ibrahim. Kedua-duanya berasal dari negeri yang sama iaitu Pulau Pinang. Kedua-dua mereka dikatakan hadir kerana menjadi tetamu kehormat mudir madrasah berkenaan. Kehadiran Anwar semalam sebenarnya memang sudah dinanti-nantikan oleh hampir seribu tetamu jemputan termasuk ulama dari Asia Tenggara. Namun, hadirin sebenarnya terpegun dengan kehadiran secara tiba-tiba Perdana Menteri dalam majlis itu.

Menurut sumber, Pak Lah sepatutnya hadir pada hari ini untuk merasmikan persidangan dan pertemuan para ulamak. Namun, kehadiran Perdana Menteri pada hari semalam dikatakan menjadi tanda tanya para hadirin. Tambahan pula tetamu istimewa semalam ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya. Pak Lah dikatakan tiba lebih awal dari Anwar iaitu pada kira-kira jam 12.18 tengahari semalam, manakala Anwar dan isteri Wan Azizah tiba kira-kira 20 minit kemudian. Kedua-dua mereka kemudia dibawa naik ke rumah Syeikh Mahmud untuk makan tengahari bersama-sama. Mereka berada di rumah berkenaan selama lebih satu jam setengah, kemudian keluar untuk mendirikan solat Zohor bersama sekitar jam 1.40 petang. Adalah dipercayai, semasa bersama Syeikh Mahmud "Pertemuan Enam Mata" berlangsung antara Anwar, Pak Lah dan Syeikh Mahmud sendiri. Satu perundingan juga dikatakan telah berlaku dan Syeikh Mahmud telah menjadi "Orang Tengah" atau "Perantara". Difahamkan juga, semasa mendirikan solat Zohor juga kedua-dua mereka berada di saf barisan hadapan dimana Pak Lah berada di kanan dan Anwar di kiri Syeikh Mahmud.


Makan bersama, sempena pertemuan bersejarah Anwar dan Pak Lah

Selepas solat Zohor, Abdullah diminta memberi ucapan ringkas begitu juga Anwar bagaimana pun Anwar tidak berucap. Dalam ucapannya Abdullah menjelaskan sesutau yang baik itu kalau didoakan ia akan menjadi kenyataan. Selepas selesai solat Zohor dan ucapan ringkas kelihatan Abdullah dan Anwar bersalaman dan masing-masing melemparkan senyum. Pertemuan dan gelagat kedua pemimpin itu benar-benar mengejutkan para hadirin dan jemaah. Masing-masing tertanya-tanya dengan peristiwa berkenana kerana ianya dikatakan bukan dirancang oleh sesiapa tetapi mempamerkan keadaan yang sungguh menyenangkan orang ramai. Mereka kemudian Pak Lah dilihat beredar meninggalkan majlis kira-kira jam 2.15 petang dan diikuti oleh Anwar sekitar jam 2.50 petang itu.

[Nampaknya pasti berbagai spekulasi akan timbul hasil pertemuan bersejarah ini. Apapun ianya pasti mendebarkan disaat Najib bakal ditabalkan menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO dalam masa terdekat ini. Hanya Allah yang mengetahui "butir bicara" kedua-dua pemimpin terbabit. Namun, apakah kita akan mendengar satu berita yang pasti menggemparkan dalam masa terdekat ini agaknya. Apapun, sama-samalah kita berdoa agar pertemuan Pak Lah dann Anwar di hadapan seorang ulamak terkenal itu bakal memberi ruang yang terbuka luas untuk "perdamaian" hendaknya. Sama-samalah kita nantikan perkembangan selanjutnya perkara ini. Kami difahamkan, ramai penyokong Najib Razak yang kecewa dengan berita pertemuan Pak Lah dan Anwar ini sebenarnya. Mereka kini mencongak, apakah yang bakal terjadi kepada Najib sekiranya Pak Lah dan Anwar akhirnya bersatu demi masa depan agama, bangsa dan negara tercinta Malaysia ini].
Share:

52 ulasan:

  1. tak ada yg luarbiasanya.... biasala. itulah adat resam org melayu... yang beragama ISLAM... kita tidak dibenarkan membenci satu sama lain.. so bila ada org menjemput utk makan bersama... tak ada apa yang luarbiasanya bagi org yang mengamalkan ajaran ISLAM... cuma org yang sengaja nak memecahkan umat ISLAM saja yg menampakan isu ini terlalu hebat...

    BalasPadam
  2. betul... sejahat jahat Pak Lah dia berpendidikan Islam, cuma di UMNO kan jadi Hadhari. Sejahat jahat DSAI, dia pun sembahyang 5 waktu dan pernah merasa peritnya dalam tahanan, jika ada peluang DSAI akan menjadi seorang pemimpin yang hebat dan jauh sekali bersikap bangsawan kerana beliau bukan di didik di London!

    BalasPadam
  3. ORANG MELAYU YANG ISLAM KENA BALIK KEPADA ALQURAN DAN SUNNAH, IJMAK ULAMAK DAN QIAS. JAMINAN ALLAH TERHADAP 'DAULAH' ATAU 'KEKUASAAN' ATAU 'KHALIFAH' BUKAN SEBAB SESEBUAH BANGSA ADA RAJA, ADA PARTI, ADA BERBAGAI HELAH TETAPI IALAH APABILA ADA SIFAT TAKUT KEPADA SEKSAAN ALLAH, TIDAK CINTA DUNIA, BUKAN PENZALIM, BUKAN PENJENAYAH. KERAJAAN ISLAM NESTI DEMIKIAN, JIKA TIDAK BERSIFAT DEMIKIAN IA JADI KERAJAAN KAFIR MACAM LAIN-LAIN KERAJAAN YANG MEMANG TIDAK ISLAM. TAK DE BEZA. ALLAH BAGI KUASA DALAM BENTUK ISTIDRAJ - PASTI MEROSAK DI MUKA BUMI.

    BalasPadam
  4. ini lah melayu islam sekarang. jatuhkan hukum bangsa melayu lain kafir terus. terlalu fanatik.

    BalasPadam
  5. Kategori : Akidah
    Tajuk :
    FATWA TENTANG AURAD ISMAILIAH AJARAN MAHMUD BIN HAJI ABD RAHMAN
    Isu :
    Fatwa :


    (1) Ajaran Aurad Ismailiah yang diajar oleh Mahmud bin Abd.Rahman didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.

    (2) Orang-orang Islam yang telah menerima ijazah dan mengamalkan Aurad Ismailiah yang diajar oleh Mahmud bin Abd.Rahman di mana-mana jua berada hendaklah meninggalkan dan segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata’alla.

    Rujukan Pewartaan : Sel.P.U.48.

    Tarikh Pewartaan :
    23 November 1995


    http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=445

    BalasPadam
  6. Sejuk mata memandang... menaruh harapan baik2 belako.

    BalasPadam
  7. Kena tengok Firman Allah s.w.t yg mana Allah jadikan manusia ini berbeza warna kulit bersuku-suku dan berpuak-puak supaya kita mengenali antara satu sama lain..so alangkah baik jika kita mendalami hikmah dan pengajaran dari ayat diatas...yer...

    BalasPadam
  8. Polis siasat dua kafe siber isu fitnah Saiful
    Abdul Rahim Sabri | Mar 11, 09 11:51am
    Polis sedang menyiasat sebuah kafe siber yang digunakan oleh pengendali blog Pahang Daily Online yang mendakwa Mohd Saiful Bukhari Azlan mengalami penyakit kelamin.

    Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim itu didakwa mengalami masalah kesihatan itu akibat termakan sumpah laknatnya berhubung dakwaan diliwat mantan timbalan perdana menteri itu tahun lalu.

    pahang daily blg website 100309Sekumpulan lapan anggota polis berpakaian biasa dalam dua kereta kini berada di terminal bas Kuantan sejak jam 11.15 pagi bagi menyiasat editor blog itu yang ingin dikenali Cucu Mat Kilau.

    Sewaktu dihubungi Malaysiakini, kafe siber yang sering dikunjungi oleh pengendali blog itu belum dibuka dan mereka akan menunggu sehingga ia beroperasi sebelum melawat ke sebuah lagi kafe siber dekat pusat membeli-belah Kuantan Parade.

    Semalam, Cucu Mat Kilau disiasat selama lima jam oleh sepasukan pegawai polis termasuk dari Bukit Aman di ibu pejabat polis Kuantan sehingga pukul 11 malam.

    Mohd Saiful membuat aduan polis terhadap blog itu minggu lepas.

    BalasPadam
  9. ini lah melayu islam sekarang. jatuhkan hukum bangsa melayu lain kafir terus. terlalu fanatik???
    ========================

    siapa komen ni???

    bangsa melayu bukan semuanya islam
    melayu kristian tetap kafir tau!!
    adakah yg komen tu melayu Umno??
    melayu Umno paginya islam petangnya menjadi kafir
    begitulah seterusnya.

    BalasPadam
  10. ini lah melayu islam sekarang. jatuhkan hukum bangsa melayu lain kafir terus. terlalu fanatik???
    ========================

    siapa komen ni???

    bangsa melayu bukan semuanya islam
    melayu kristian tetap kafir tau!!
    adakah yg komen tu melayu Umno??
    melayu Umno paginya islam petangnya menjadi kafir
    begitulah seterusnya.

    BalasPadam
  11. ini lah melayu islam sekarang. jatuhkan hukum bangsa melayu lain kafir terus. terlalu fanatik???
    ========================

    siapa komen ni???

    bangsa melayu bukan semuanya islam
    melayu kristian tetap kafir tau!!
    adakah yg komen tu melayu Umno??
    melayu Umno paginya islam petangnya menjadi kafir
    begitulah seterusnya.

    BalasPadam
  12. cucu mat kilau dah kena soal polis..hehehe bahaya tuh..kalau mat kilau mengamuk satu pahang huru hara..kalau cucunya yang mengamuk...huru hara cyber cafe...

    kesian..tokey cyber cafe jugak yang kena...cucu mat kilau bijak..kalau nak tabur fitnah..jangan buat di rumah sendiri...buatlah di rumah orang atau di cyber cafe...

    hahahahaha

    BalasPadam
  13. org tak reti baca je ckp cucumatkilau gitu, dah terang-terang dia tulis sebab apa dia adakan blog ni, korang ni dlm otak nak redah je kutuk mcm-mcm kat PDO..aku rasa dorg jeless sebenarnya PDO glamer giler lagipun bila dorg kutuk-kutuk nilah yang buat org lagi nak baca.

    Suratkhabar pun ada yang kuar berita sensasi mcm harian metro ke dll yang pelik-pelik tulah. org uka apa.

    BalasPadam
  14. Islam Sepanjang Zaman...

    Apa lah korang nih..Pak LAH jumpa DSAI korang bising tak jumpa lagi korang bising..Biarlah depa jumpa kan tu untuk eratkan silaturrahim sesama ISLAM.Yang penting kita perlu jadikan ISLAM SEPANJANG ZAMAN hingga KIAMAT...Doakan supaya Melayu Islam bersatu padu di BUMI yang Tercinta ini." Takan Melayu Islam Hilang Di dunia."

    Allahuakhbar 3X..

    BalasPadam
  15. Berangan sahajalah kamu orang tak abis2..lepas tu buat andaian macam2..betul/tidak citer lain..tulah perangai korang PDO..

    BalasPadam
  16. Apa salahnya Pak Lah dan bertemu atau tertemu Anwar. Nabi Musa pun jumpa firaun, Ibrahim jumpa Namrud. Nabi Muhammad jumpa Abi Sufian. Apa masalahnya kedua-dua pemimpin 2 parti berjumpa atau terjumpa. Ini kan bulan maulud. Mungkin ada hikmanya bila Allah menentukan mereka terjumpa. Mereka berdua tu, 2 pemimpin besar Melayu/Islam di negara. Pengiratkan Saliturahim adalah tuntutan agama. Baguslah, kita doakan moga-moga ada sinar bahagia untuk Melayu/Islam yang telah dihina oleh orang kafir selama ini. Cukuplah kita berkelahi semasa kita.

    BalasPadam
  17. Apa komen Najibi, apabila melihat pertemuan 2 orang kampung cerok tok kun dan kepala batas ni.

    BalasPadam
  18. biarlah mereka bertemu... kita doakan agar kedua2 mereka dapat merapatkan lagi kita sesama ISLAM... tidak lagi memfitnah sesama ISLAM, tidak lagi Membenci sesama ISLAM dan dapat menaikan ISLAM di Malaysia ini dengan penuh pengertian....

    BalasPadam
  19. SPA Q TAK NAK KOMEN KE

    BalasPadam
  20. PM dah bagi jawapan dalam berita TV..

    BalasPadam
  21. Tunggu Prk 3 Bukit Apr nanti.

    Tahniah kepada ribuan graduan
    yang membantu menukar kerajaan.

    Tiada ada kerajaan dalam dunia ini
    yang kekal.

    BalasPadam
  22. Apalaa nak komen SPA Q plak, PDO ni jabatan politik bukan jabatan artiss,..

    BalasPadam
  23. quoted: "org tak reti baca je ckp cucumatkilau gitu, dah terang-terang dia tulis sebab apa dia adakan blog ni, korang ni dlm otak nak redah je kutuk mcm-mcm kat PDO..aku rasa dorg jeless sebenarnya PDO glamer giler lagipun bila dorg kutuk-kutuk nilah yang buat org lagi nak baca.

    Suratkhabar pun ada yang kuar berita sensasi mcm harian metro ke dll yang pelik-pelik tulah. org uka apa"

    kalau korang dah declare yang PDO ni standard harian metro takpelah..so esok2 boleh keluar cerita sensasi lagi...

    tapi yang pasti cucu mat kilau dah tempah bilik dalam jail...

    tengoklah nanti..setakat mana anwar aljub nak bela cucu mat kilau...

    kurang2 kalau kena mahunya 20 tahun...

    kesian.

    BalasPadam
  24. takut ngan pengaruh pdo ke? pdo dah buat pembaca boleh berfikir, (utk yg waras sahaja..)

    BalasPadam
  25. pdo tolong bongkar isu pengerusi syabas yg bergaji rm5.1 juta setahun tu. isu ini sudah dibawa oleh dsai ke parlimen. kita nak tahu lebih detail

    BalasPadam
  26. orang orang PKR ni hidup dalam lamunan,, hati tu penuh dengan irihati dan berprasangka, otak penuh dengan putarbelit, fitnah dan tipudaya... bertaubatlah!!!! mati besok meranaa dalam neraka.

    Pak Lah jumpa Anwar di hulu langat tu secara kebetulan saja kerana menerima jemputan seorang ulamak utk jamuan tengahari... Pak lah tak sangka akan bertemu Anwar di situ. Jemputan ini mungkin di atur ulamak tersebut dengan tujuan baik. tetapi tidak sekali-kali ada sebarang perbincangan antara Anwar dan Pak lah.. semua itu fitnah dan cerita palsu yang direka2 oleh puak 2 munafik lagi terkutuk!!! najib bakal menjadi PM. Dia lebih mulia dari Anwar.Hj Hadi mahupun Nik aziz. janganlah mereka2 mereka yg bukan2 semata2 untuk menjatuhkan kredibiliti beliau sebagaimana anda menjatuhkan kredibiliti Mahathir dengan gelaran Mahafiraun, mahazalim etc.


    Jgn fitnah UMNo berlebih-lebihan dan melampau-lampau, kelak ia akan memakan diri .Ingat Allah bersama-sama orang yang benar. Dr Mahathir yang dimaki dan dikutuk sehina-hinanya oleh PKR dan PAS diangkat Allah dengan kemuliaan untuk memasuki kaabah..sesungguh dia manusia terpilih... Haji hadi, Nik aziz dan Anwar yang diagung2kan sebagai ulamak apa ada? duduk kat pintu kaabah pun dihalau pengawal.. itulah jangan menilai orang dari segi luaran. Apakah anda fikir Nik aziz yang dijulang tok guru oleh pengikut2nya akan mendapat rahmat Allah untuk menghuni syurga?????? sesungguhnya orang2 yang berhati busuk, bongkak, dengki dan ulamak jahat/durjana tidak sesekali akan mencium bau shurga walaupun siang malam dok tertonggek menyembah Allah... sia-sia saja... Bertaubatlah sebelum trlambat!!!

    BalasPadam
  27. cucu mat kilau komfem kebal kerana menuntut ilmu kebal dengan datoknya mat kilau
    tak macam raja raja melayu yg kebal tapi boleh pula di tarik imuniti kekebalannya oleh PARTI UMNO YG MEMPERJUANGKAN RAJA RAJA DAN ORANG MELAYU.

    P/S: mELAYU uMNO bEBAL dAN TAK SEDAR dIRI dARI lAMUNAN 51 tAHUN mERDEKA.

    BalasPadam
  28. cucu mat kilau komfem kebal kerana menuntut ilmu kebal dengan datoknya mat kilau
    tak macam raja raja melayu yg kebal tapi boleh pula di tarik imuniti kekebalannya oleh PARTI UMNO YG MEMPERJUANGKAN RAJA RAJA DAN ORANG MELAYU.

    P/S: mELAYU uMNO bEBAL dAN TAK SEDAR dIRI dARI lAMUNAN 51 tAHUN mERDEKA.

    BalasPadam
  29. cucu mat kilau komfem kebal kerana menuntut ilmu kebal dengan datoknya mat kilau
    tak macam raja raja melayu yg kebal tapi boleh pula di tarik imuniti kekebalannya oleh PARTI UMNO YG MEMPERJUANGKAN RAJA RAJA DAN ORANG MELAYU.

    P/S: mELAYU uMNO bEBAL dAN TAK SEDAR dIRI dARI lAMUNAN 51 tAHUN mERDEKA.

    BalasPadam
  30. Anwar Ibrahim kata pakatan rakyat akan membela hak hak melayu, agama Islam dan kedaulatan raja-raja melayu! Kata-kata ini ibarat orang yahudi yang mengaku akan membela orang palestin dan mempertahankan hak-hak rakyat palestin. rakyat sekarang dah pandai berfikir, dah pandai analisa dan pandai mebuat keputusan tidak lagi boleh diperbodohkan dengan cakap tak serupa bikin....lagipun Anwar tak berhak berkata begitu kerana partinya bukan parti melayu... tetapi penuh dengan puak pengganas ...

    BalasPadam
  31. ada2 je cerita mengarut buat2 jadikan cerita dalam ni. x dapat diguna sumber dalam ni. ayat2 fitnah je. harap Allah jer yang tentukan nasib orang buat2 cerita macam ni. mungkin penulis PDO ni x takut dosa. Nauzubillah!!!!

    BalasPadam
  32. ada2 je cerita mengarut buat2 jadikan cerita dalam ni. x dapat diguna sumber dalam ni. ayat2 fitnah je. harap Allah jer yang tentukan nasib orang buat2 cerita macam ni. mungkin penulis PDO ni x takut dosa. Nauzubillah!!!!

    BalasPadam
  33. ada2 je cerita mengarut buat2 jadikan cerita dalam ni. x dapat diguna sumber dalam ni. ayat2 fitnah je. harap Allah jer yang tentukan nasib orang buat2 cerita macam ni. mungkin penulis PDO ni x takut dosa. Nauzubillah!!!!

    BalasPadam
  34. ada2 je cerita mengarut buat2 jadikan cerita dalam ni. x dapat diguna sumber dalam ni. ayat2 fitnah je. harap Allah jer yang tentukan nasib orang buat2 cerita macam ni. mungkin penulis PDO ni x takut dosa. Nauzubillah!!!!

    BalasPadam
  35. ada2 je cerita mengarut buat2 jadikan cerita dalam ni. x dapat diguna sumber dalam ni. ayat2 fitnah je. harap Allah jer yang tentukan nasib orang buat2 cerita macam ni. mungkin penulis PDO ni x takut dosa. Nauzubillah!!!!

    BalasPadam
  36. ada2 je cerita mengarut buat2 jadikan cerita dalam ni. x dapat diguna sumber dalam ni. ayat2 fitnah je. harap Allah jer yang tentukan nasib orang buat2 cerita macam ni. mungkin penulis PDO ni x takut dosa. Nauzubillah!!!!

    BalasPadam
  37. ada2 je cerita mengarut buat2 jadikan cerita dalam ni. x dapat diguna sumber dalam ni. ayat2 fitnah je. harap Allah jer yang tentukan nasib orang buat2 cerita macam ni. mungkin penulis PDO ni x takut dosa. Nauzubillah!!!!

    BalasPadam
  38. tiada istimewanya pertemuan itu ... darah smua sama merah ... niat di hati jeee berbeza.

    tp kalau dah sebab politik, smuanya dianngap "pelik" atau "menakjubkan" ... menunjukkan kita ini "terperanjat" bila melihat mereka bertemu ... tapi kita tidak pula "berkata apa apa" bila mereka berjumpa dengan pihak asing ... sama ada untuk meraih simpati, menjual cerita atau meminta bantuan ... pelik bukan ??

    BalasPadam
  39. Memanglerr..dah tau fitnah, korang tutup blog ni gi tengok blog lain..apadaaa..tak paham aku, kata pdo fitnah tapi kemain lagi baca.

    BalasPadam
  40. Pak lah bertemu Anwar kebetulan semata-mata kerana kedua2nya dijemput untuk menghadiri jamuan. Jgn cuba mengeksploit keadaan. Jgn manjadi opportunist dan mengada2kan cerita yang tidak ujud. UMNO tidak sesekali mengambil seorang peliwat sebagai pemimpin. Peliwat tetap seorang peliwat...Allah yang menjadi saksi...mati esok tahula.. kat dunia ni bolehla tipu rakyat yang tak celik, mati esok merana..nama busuk sampai kecucu cicit...harap-harap biarlah Anwar mati kerana penyakit tua..kita pakat tengok macamana dia akan mati...dalam kehinaan atau tidak ..

    BalasPadam
  41. gn ahli politik tak kiralah anwar ke paklah, ni ada teori baru, kengkadang betul, kengkadang sekadar ckp2 last-last betul..Al Najibus dah lama ngidam nak jd PM asyik tak berjaya dr zaman Tun M, mula-mula Anwar dpt jd TPM pastu Anwar msk jel, KJ sokong Anwar dgn reformasi masa kat Oxford, pastu Tun M turun, Najib takleh lagi jd PM, dia dpt jd TPM tlg jatuhkan Anwar kira ok dah...hemm, ni dah sipi-sipi nak jd PM ada lagi Anwar ngan Pak Lah kacau daun, tak ingat ke Pak Lah pun pernah kluar Umno pasal tak setuju, cuma Najib je yang terus setia, pasal apa?..sendiri fikir, Tok taknak tolong..

    BalasPadam
  42. ADMIN: Jangan Lupa.. DOwnload CCLEANER!

    SAFETY FIRST.

    www.ccleaner.com/download

    CC Cleaner adalah Freeware untuk tool optimasi PC yang dapat digunakan untuk membersihkan file yang tidak berguna (sampah) and temporary files dari system dan juga registry. Dengan begitu, Windows akan berjalan lebih cepat, lebih efisien, dan ruang hard disk yang cukup.

    http://filehippo.com/download_ccleaner/4330/



    *Iklan ini tidak di bayar siarannya...

    BalasPadam
  43. Sebab apa ramai Angota Polis bila pencen dia orang sokong Pembangkang?

    BalasPadam
  44. Takut? Itulah sebab jgn suka tabur fitnah..itu baru nk hukum dunia ko dh gementar..bagaimana hukum Allah yg menanti ko..nk hidup carilah cara lain yg halal..jgn benda haram ko suap kat anak bini ko..

    BalasPadam
  45. Pertemuan dan perbincangan antara PM dan KP (ketua pembangkang) seharusnya telah lama wujud di Malaysia demi untuk kebaikan Malaysia.

    Tidak ada perkara yang luarbiasa. Ini sepatutnya menjadi titik permulaan dan boleh dijadikan agenda tahunan.

    Tak kira lah siapa PM dan siapa PK.

    BalasPadam
  46. ke mana hala tuju orang melayu sekarang nie, ekonomi orang lain punya, kuasa politik pun dah nyawa-nyawa ikan, kuasa raja pun dah nah rebah dan kekuatan agama pun mula tercabar,, jadi lu fikirlah sendiriii,,,

    BalasPadam
  47. ade2 je ayat unsur2 fitnah PDO juburi ni..

    BalasPadam
  48. samada UMNO ke PR ke nak perintah bukanlah penyelesai semua masalah rakyat, pr bersuara lebih keras pasal dah bn yg takut hilang kuasa kalau rakyat tengok munkin pr boleh buat sesuatu yg lebih baik, padahal patutnya bn lah kena sedar dan ubah dasar yang gagal, jdkan amaran pr untuk berubah, ni tak bila kat parlimen (siaran tv3) bahagian bn berckp je dorg tunjukk, bhgn pr ckp main potong-potong nak tunjuk bn lebih bagus,apa-apa hal rakyat tetap jd mangsa, gajah sama gajah bergaduh dah tikus kat tengah lah yg mati kena pijak,..rakyat lah tu so,..Lu sendiri fikir..

    BalasPadam
  49. cucu mat kilau komfem kebal kerana menuntut ilmu kebal dengan datoknya mat kilau
    tak macam raja raja melayu yg kebal tapi boleh pula di tarik imuniti kekebalannya oleh PARTI UMNO YG MEMPERJUANGKAN RAJA RAJA DAN ORANG MELAYU.

    P/S: mELAYU uMNO bEBAL dAN TAK SEDAR dIRI dARI lAMUNAN 51 tAHUN mERDEKA.

    hehehe meh kita tengok kebal dia sedang mana....kena pakai peluru emas kot nak tembak cucu mat kilau...

    BalasPadam
  50. kesian sepupu aku yg kerja polis kat KL, hari-hari standby nak cuti dgn ank-ank pun tak boleh mcm dulu2,..dorg pun rakyat jgk..jadi ahli politik semua (pr ke umno)kasihanlah semua kami-kami ni..

    BalasPadam
  51. correct...corrrect...corrrect last - last media alternatif jd pilihan rakyat, so jgnlah salahkan rakyat plak...opss no comment pls.

    BalasPadam
  52. ntah layan TV 3 suku wat per.. bagi berita sikit2.. ceh..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.