Ungkapan "beri betis nak peha" yang disuarakan oleh Pakar Undang-Undang dan Perlembagaan UMNO iaitu Rais Anak Yatim kepada Pakatan Rakyat Perak semalam, jelas sekali membuktikan bahawa beliau adalah seorang lagi pemimpin Melayu UMNO yang sudah "tidak waras" bila berkata-kata. Sememangnya Rais adalah satu-satunya anak yatim yang tidak layak untuk dihormati sebenarnya. Beliau bercakap hanya untuk "mengampu" dan "membodek" Najib Razak yang kononnya bakal ditabalkan sebagai Perdana Menteri tidak lama lagi. Inilah dia budaya puak-puak UMNO karat sejak dulu, kini dan selemanya. Rasuah, bodek dan ampu adalah "darah daging" mereka dan terlalu sukar untuk dibenteras melainkan mereka kehilangan kuasa peringkat pusat suatu hari nanti. Hanya rakyat yang bisa untuk melunturkan segala keegoaan puak-puak ini sebenarnya. Rais bercakap seperti orang yang langsung tidak belajar ilmu undang-undang dan perlembagaan. Kononnya beliau berpendapat tindakan Menteri Besar Perak, Ir.Nizar Jamaluddin menyaman Kerajaan Negeri BN sekarang adalah sesuatu yang amat memalukan. Kononya MB Zambry telah dilantik secara sah oleh Sultan berdasarkan kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri itu. Walhal beliau lupa seluruh rakyat Perak tahu bahawa Sultan tiada hak untuk memecat Menteri Besar sebenarnya.Undang-undang Tubuh Negeri Perak menyatakan bahawa Menteri Besar hanya boleh dilucutkan jawatan menerusi tiga cara iaitu meletak jawatan, pembubaran DUN atau undi tidak percaya yang dilakukan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri. Maka sekarang, ketiga-tiga elemen itu tidak berlaku sebenarnya. Ini bermakna Ir.Nizar masih Menteri Besar Perak yang sah serta termaktub dalam undang-undang. Tidak timbul sebenarnya soal mengingkari titah Sultan Perak dalam hal ini. Maka itu, kenapa manusia sebijak Rais Anak Yatim ini sanggup melemparkan tuduhan seperti itu, diketika kemelut politik Perak semakin parah kini. Beliau sepatutnya sedar akan apa yang disuarakannya itu didengari oleh seluruh rakyat. Bahkan semakin beliau bersuara soal undang-undang, maka semakin rakyat melihat kedangkalan serta kecetekan ilmu undang-undang dan perlembagaan yang dimilikinya itu. Justeru itulah, lebih elok Rais Anak Yatim berdiam diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung soal ini. Usahlahlah "membuka pekung di dada" ketika rakyat melihat beliau sebenarnya antara pemimpin UMNO yang boleh diharapkan untuk menjadi Pakar Rujuk Hal Ehwal Undang-Undang dan Perlembagaan kepada seluruh Rakyat Malaysia.
[Melihat foto Rais Anak Yatim ketika menyembah dan mencium tangan Pak Lah itu, ternyata bahawa beliau memang antara pengampu dan pembodek dalam UMNO yang masih aktif. Maka itu, kita tidak hairanlah Rais mengiyakan "rampasan kuasa" yang dilakukan oleh Najib dan UMNO Perak terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat di sana dulu. Rais seolah-olah buta mata dan hati untuk menilai segala apa yang berlaku di negeri itu. Sedangkan beliau sendiri tahu bagaimana rentetan proses rampasan kuasa yang berlaku di Perak itu. Jika rakyat yang tidak sebijak Rais Anak Yatim boleh menilai perjananan insiden ini dengan "kepala otak" mereka, masakan "Anak Yatim" sebijak Rais ternyata gagal sebenarnya untuk berfikir secara lebih profesional dalam hal undang-undang ini].







PD ni pandai sgt ke... awak peguam apa erk.... bab nak komen org cukup lancang... entahla... dok korek tanah sendiri...
BalasPadamkesian rais anak yatim.pakar undang2?tak perlu jadi pakar undang2 kalau mahu buat komen mengarut sedemikian.rais hanya memikirkan survival politik beliau saja.selepas najib naik jadi PM,(kalaulah jadi},rais mahu mencoba nasib lagi,kalau2 najib mahu melantik beliau jadi menteri sekali lagi.bodek namanya.kalau kuat bodek,peluang cerah jadi menteri baru.rais yatim telah gagal.bercakap berbelit-belit macam bunyi pakar undang2 antarabangsa!.di mahkamah antara bangsa beliau telah buat verdict beliau tersendiri,tidak selari dengan keputusan yang dibuat oleh hakim di mahkamah antarabangsa,iaitu mengenai batu puteh.memalukan.angin saja..kini mahu berhujah pasal suasana politik d perak pula.Semua cakap umno,takut kan pilihanraya.lawan.biar rakyat yang bersuara!!
BalasPadamrais yatim,d negeri sembilan sudah kehilangan taring.nasib2 dipilih jadi menteri kabinet!...mahu tunjuk belang konon.pakar undang2? macam biasa saja.
BalasPadamrais yatim ialah pakar undang2 antarabangsa?.komen beliau berapi-rapi.tapi bunyi komen politik saja..LB !
BalasPadamRais Yatim pakar perlembagaan? Thuiiiii .... uwek uwek uwek ....
BalasPadambahasa eloknya,nanti kalau orang bn guna bahasa macam tu sebagai cth Nik anak aziz pandai pula kome marah yee..
BalasPadamEditor P.Daily ni nak suruh pengunjung blog ni supaya jadi RAKYAT YG BERBUDI PERKERTI DAN BERETIKA,tapi nampak sgt Editor nyer langsung tak beretika,cakap tak serupa bikin,suka memfitnah,mengata dan menuduh orang lain tanpa bukti,menjatuhkan maruah orang(tak sedar diri sendiri takde maruah),suka menghina orang(tak sedar diri sendiri lebih hina) dan suka melaga2kan orang(bikin cerita bukan2).sedar ler sikit,kiter diberi kebebasan bersuara,so,Rais Yatim hanya menjalankan tanggung jawab nyer bersuara.kpd Mohd.Haris Abdullah,sedar dulu taraf diri awak tu tinggi mana,Rais Yatim tu tahu gak pasal undang2,kau tu ntah pikiran pun masih cetek mcm itik terkedek2 sudu hampas.klau nak dibandingkan antara Rais Yatim dgn Nik Aziz tu,Rais tak pnah umpamakan org lain sebagai haiwan spt yg diucapkan Nik Aziz yg mengumpamakan Perokok Tu Haiwan.nampak sgt akhlak Nik Aziz tu rendah,dah nyanyok,tido pun bogel mcm Elizebeth Wong.hakkkk tuiiiiii...........
BalasPadamRakyat dah kenal sangat dengan pemimpinan UMNO. Modus operandinya sama saja dulu lagi, sekarang dan selamanya.PDO mengata kerana ada asasnya..cuma bahasanya saja yang org Umno tak sanggup baca..merasuah, membodek, menyembah, kepala otak...perkataan tu memang sesuai sangat dengan keadaan UMNO sekarang cuma gantikan perkataan tu dengan bahasa Enggeris mungkin nampak sopan sikit gamaknya.. eg: bribe,ingratiate,head brain?...wakakakaka
BalasPadamselagi rakyat berpartikan parti UMNO namanya
BalasPadamselagi itulah mereka secara automatik menjadi "KUDA TUNGANGAN, LEMBU HADARI YG DICUCUK HIDUNG.
MALAH YG LEBIH SEDIHNYA MEREKA DENGAN SUKARELA MENJADI PENCACAI DAN PENJILAT NAJIS KEPADA PEMIMPIN2 NYA.
selagi rakyat berpartikan parti UMNO namanya
BalasPadamselagi itulah mereka secara automatik menjadi "KUDA TUNGANGAN, LEMBU HADARI YG DICUCUK HIDUNG.
MALAH YG LEBIH SEDIHNYA MEREKA DENGAN SUKARELA MENJADI PENCACAI DAN PENJILAT NAJIS KEPADA PEMIMPIN2 NYA.
selagi rakyat berpartikan parti UMNO namanya
BalasPadamselagi itulah mereka secara automatik menjadi "KUDA TUNGANGAN, LEMBU HADARI YG DICUCUK HIDUNG.
MALAH YG LEBIH SEDIHNYA MEREKA DENGAN SUKARELA MENJADI PENCACAI DAN PENJILAT NAJIS KEPADA PEMIMPIN2 NYA.
Kalau pemilihan Perdana Menteri terletak di tangan rakyat, pasti najib x akan jadi next PM..
BalasPadamfikir-fikirkanlah
Download Videos and
Application
Bukti kebodohan dan kedunguan PEMIMPIN UMNO Terlampau..si Zombie,
BalasPadamkat dalam TV, NTV7 buat polls (undi) selari dgn komen si Zombie mlm tu, mula - mula zombie kata Sidang Dun tak sah, bila polls tu 97% rakyat kata sah, esknya dia kata Sidang Dun tergempar malukan negara, bila polls NTV 7 buat 94 % rakyat kata tak memalukan, last-last mlm tadi dia kata pokok demokrasi tu malukan negara jugak tapi 93% rakyat kata tak setuju ia memalukan negara...
Apalaa kalau dah lebih 90% rakyat ckp macam tu dia masih takleh pikir melalak sorang2 dlm tv. Dia ingat time dia ckp-ckp tu rakyat Malaysia terima dengan tak der otak lah, tapi ada jugak tak sampai pun 7 % yang mcm dia takder otak jugak ceh ceh..ptuii..bangang sesgt nak perintah Malaysia, adoii camner ni?.
aku tengah tunggu pencacai umno, nak belasah, tak sabar...mana ni ah korang?.
BalasPadamhttp://murshidahmustafa.blogspot.com
BalasPadamNampaknya blog ini mendapat perhatian ramai, baguslah tu, sebab Murshidah ini memang sukakan populariti.
Kita sambung lagi cerita, para pembaca semua selalu-selalulah jenguk blog ini, sebab selepas ini akan ada berita yang lebih menggemparkan dan bisa mengegarkan jantung dan hati, rasa-rasanya nanti bergoyang juga pejabat MB Kedah...kerana seorang wanita bernama Murshidah...
Itulah tuan dan puan, kita pun hairan bagaimana Murshidah "anak sedara" kepada MB Kedah yang merupakan pemimpin yang menegakkan Al Quran dan Sunnah dalam " Negeri Islam" Kedah boleh duduk serumah dengan perempuan simpanan Arumugam?
Aku ingat mereka ini berpakat, Murshidah bersuami dua, Arumugam pula beristeri dua. Murshidah beragama islam, Arumugam pula beragama hindu. Bersuami dua istilahnya POLIANDRI. Beristeri dua (atau lebih) istilahnya POLIGAMI.
Dua-dua amalan ini memang wujud dan diamalkan dalam masyarakat. Syariat poligami wujud dan dibenarkan dalam ajaran agama islam.
Syariat poliandri pula wujud dan dibenarkan dalam ajaran agama Hindu. Alkisah dalam keyakinan orang Hindu, ada seorang Dewi bernama Dewi Drupadi punya sumai 5 orang dalam satu masa. Lima orang suami Dewi Drupadi ini adik beradik Pandawa iaitu Pandu, Bima, Arjuna, Nakula dan Sadewa. Jadi dalam syariat Hindu, isteri bersuami lebih daripada satu itu memang wujud dan dibenarkan.
Alahai nampaknya Murshidah dan Arumugam sudah betukar dan berkongsi syariat. Syariat poligami untuk orang Islam sudah dipakai oleh Arumugam. Syariat poliandri untuk orang Hindu telah dipakai oleh Murshidah. Direstui pula oleh Ustaz Azizan MB Kedah. Toleransi sungguhlah kerajaan PAS ini nampaknya. Syariat Islam dan Hindupun boleh ditukar-tukar.
Inilah nasib bila belajar syariat, undang-undang dan toleransi agama, tapi tidak takut Tuhan. Digunakan pula agama itu untuk dapat kuasa memerintah dan hidup nafsu nafsi dan sesuka hati.
Bila Tuhan tidak ditakuti, macam-macam boleh terjadi.
p/s : Ada lagi pembohongan dahsyat Mursyidah, nantikan cerita ini tidak lama lagi.
Prof Aziz Bari adalah pakar perlembagaan Malaysia, pandangan beliau tidak di ambil sbb beliau bkn pengampu mcm Rais Yatim & UMNO2 yg lain! UMNO yg beri title pakar perlembagaan pd Rais Yatim bknnya ahli akademik.
BalasPadamMursyidah la plak,...dunia ni dah tunggang terbalik, yang tak songsang jadi disongsangkan oleh penyongsang dah terang-terang songsang diperbetulkan oleh penyongsangg..wahai anonym @ penyongsang, songsangkanlah yang betul dan betulkanlah yang songsang yer..
BalasPadamApasallah ad golongan yang suka-suka ckp hal agama mcm dia tahu semua dan bercampur aduk dengan berita yang dia sendiri cuma baca dan guna akal kepala hotak nak menilai,..hemm..hal agama, hal ketuhanan,...jgn sesuka ckp tanpa berguru, ingat..syaitan sentiasa ada dalam tubuh manusia untuk menipu daya sehingga hari pembalasan nanti..menjerumuskan manusia ke dlm api neraka.
BalasPadamNilah kerja penyokong umno, menyemarakkan isu agama dan perkauman tapi tuduh pr yang porak perandakan negara padahal golongan dorg yang bercakap sesuka hati, byk jugak blog umno yang saya jumpa,kdg2 pelik dengan berita-berita yang diterbitkan setelah disongsang (menyuruh kita berfikir secara terbalik atas isu semasa) sgt merbahaya apabila melibatkan isu ketuhanan dan agama.
BalasPadamcik pora pun sama la... yg cik pora sendiri tak tau betul or salah.. tetap salahkan geng UMNO... PR juga ada yg tak betul... tak pula di salahkan.. cubalah kita perbetulkan diri kita sendiri ... bab dia org tu takyah la diperbesarkan... nnt terkena batang hidung sndri... dah dalam sgt ke pengetahuan kita dalam mengenali ISLAM ni...
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamWah, biasa la,
BalasPadamPenyokong Pakatan Rakyat semuanya pemegang Sarjana Undang-Undang.
Biasa la la,
Penyokong Pakatan Rakyat semuanya Professor kepakaran dalam Perlembagaan Malaysia.
Biasa la la la
Penyokong Pakatan Rakyat pendukung demokrasi mirip Amerika syarikat.
Jangan lupa, demokrasi bukan sepatutnya amalan negara Islam.
Tetapi jangan kita lupa, apa yang kita lalui sekarang adalah rentetan dari warisan penjajahan.
Negara kita terbentuk dari dasar british.
Anda mampu mengubahnya dengan Pakatan Rakyat???
Ha,ha,ha...
Cuba tanya Anuar Ibrahim and the gang, mahukah mereka merubah dasar2 hasil penjajahan British ini?
Tidak mungkin mereka mahu mengubah ke dasar2 Islam.
Maka, Pakatan Rakyat hayalah boneka bagi mereka yang disingkirkan.
Hanya pada dasar dendam.
p/s:Anda ingin komen tapi fikirlah anda ada apa?
kalau setakat sarjana muda sains makanan tak payah la ngobrol mengenai undang2.
dasar tak sedor di untung... tu tengah mengarang pasal bajet mini la tu.... jap lagi kita sama2 baca la apa yg pdo nak komen pasal bajet mini tu yang semestinya semua tak dipersetujui.. tak tau la apa yg depa nak???? biasa la.... sama-sama kita gelok ok.. ha..ha.. ho.. ho....
BalasPadamPDO.....apa macam Kuantan takde air ari ni???
BalasPadamNak call hotline JBA pun tak dapt2 sejak pagi....095121199, 095121451, 095121040.
Org Kuantan tertanya-tanya bila bekalan air akan dipulihkan???
PDO kena kasi taruk sikit org atas kat JBA tu. Depa ni sombong bila tanya pasal air jawab endah tak endah jer padahal gaji depa semua tu guna duit kita...duit rakyat.
JBA ni nak jadi macam MPK ker bodoh sombong mentekedarah duit rakyat!!!!
sesekali tak mandi apa salah nyer.. kambing tu takmandi pun mahal hargenye wooo!!!!!
BalasPadamPakar undang-undang konon..
BalasPadamCakap pon bukak buku..
peh..
ngampu lebih..
Tak mandi pun takpe janji anwar mandi.
BalasPadamfitnah la banyak2 pun.. pasni org akan datang kat kau dan saman ko.. igt. fitnah itu lah yang memakan diri.. good luck kawan ku..
BalasPadamORANG GILA SEK
BalasPadamSAJA YANG SUKA
BAGI BETIS NAK PAHA
Editor Pahang Daily disiasat polis
BalasPadam10 March 2009 oleh admin
Kategori Artikel : Berita
Hantar Komentar
Editor blog paling popular di negeri ini, Pahang Daily Online (PDO) yang beroperasi di Kuantan ketika dihubungi Sidangonline pada 10.15 malam sebentar tadi masih berada di balai polis IPD Kuantan kerana disoalsiasat berkaitan isu saman pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang menyaman blog tersebut berkaitan dakwaan terhadapnya yang mengalami penyakit kelamin.
Menurut blogger Cucu Mat Kilau itu, pada petang tadi beliau telah diminta hadir ke IPD tersebut dan beliau pergi dengan ditemani isterinya setelah dipanggil sepasukan lapan anggota polis mengambilnya di rumah.
http://www.sidangonline.net/v3/?p=1597
Hex 4 fun
Mohd Saiful, yang mendakwa diliwat oleh Anwar pada Jun lepas, membuat aduan polis Selasa minggu lalu terhadap PDO yang mendakwa beliau kini tenat akibat sumpah laknatnya tahun lepas.
Aduan itu dilaporkan dibuat bagi meminta polis menyiasat PDO yang didakwa memfitnahnya dengan mengatakan beliau kini terpaksa menggunakan tiub bagi membolehkannya membuang air besar serta alat sulitnya bernanah.
Saiful melafazkan sumpah laknat terhadap dirinya di Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur pada 15 Ogos lepas bahawa beliau bercakap benar atas dakwaannya diliwat oleh penasihat PKR itu.
Selepas aduan polis itu PDO terus mempertahankan laporan-laporan mereka kerana “yakin berada di pihak yang benar”.
Artikel berjudul ‘Saiful saman Pahang Daily Online’ menegaskan blog itu merupakan hak milik peribadi dan tidak memaksa pembaca menerima bulat-bulat artikel yang diterbitkan.
Sebarang perkembangan lanjut akan dilaporkan nanti
Saper yang kata PDO suka fitnah la, dan kutuk-kutuk PDO sebenarnya engkoranglah yang glamourkan PDO muah..muah..muah...wahaha..jadinya kalau taknak PDO glamer korang jgnlah ckp apa-apa nanti PDO lagi glmerrr..
BalasPadamPDO jgn lupa berterima kasih ngan Saiful dan TV3 kerana telah mengglamerkan anda,..opss abg-abg polis juga.
BalasPadamYer lar..Rais Yatim bodoh..PDO pandai! Tu pasal Rais ada "Dr" kat awal nama dia.."Dr" tu tepel ajer kot!
BalasPadamPosting2 PDO semua ada wibawa! Ada integriti! Fakta2nya pula boleh dipercayai! Tak ada point nak pertikaikan..Sebelum posting2 mereka dpt dibaca, mereka dh adakan berbagai2 research bagi memastikan semua perkara yg mereka perkatakan tidak dpt disangkal lagi!
Tui! Blog hampeh! Saper bayar ko dgn kerja2 melalut ni hah? Nk cari makan pun biarlah yg halal! Dh sengkek sangat ke! Tak malu ke bagi anak bini makan dgn kerja haram ni, hah! Kerja ko ni lebih kurang sama sajer dgn hasil kerja pelacur tahu tak!
pembaca PDo tak kurang 4000 sehari woo, cuba kali ngan sebualn, setahun pastu 10 tahun hah..camana
BalasPadamsmua yang BN buat .. dianggap salah .... smua maklumat
BalasPadamdi dalam blog nie pula dianggap sahih ...
mana satu yang benar ??
ingat ... fitnah itu lebih merbahaya dari membunuh ...
gunakan ilmu/pengetahuan sebaik mungkin ...
aku nampak, fitnah-fitnah dah banyak dah ditaburkan dalam blog ini. sampai gambar rais yatim yang salam hormat kepada org yang lebih tua tanda sopan santun melayu dimanupulasi oleh bloger ni. dikatakan sembah.. hmm apa nak jadi bloger ni semakin kuat memfitnah.......
BalasPadamYa Allah.. hamba Mu ini mohon perlindungan dari hasutan syaitan dan penipuan fitnah manusia jahil ini seperti penyokong bloger ini yang tersesatkan dan terpengaruh oleh penulis blog ini yang menghancurkan kesopanan melayu dari segi tuturkata dan adab.
ALLAHUAKBAR..........
aku nampak, fitnah-fitnah dah banyak dah ditaburkan dalam blog ini. sampai gambar rais yatim yang salam hormat kepada org yang lebih tua tanda sopan santun melayu dimanupulasi oleh bloger ni. dikatakan sembah.. hmm apa nak jadi bloger ni semakin kuat memfitnah.......
BalasPadamYa Allah.. hamba Mu ini mohon perlindungan dari hasutan syaitan dan penipuan fitnah manusia jahil ini seperti penyokong bloger ini yang tersesatkan dan terpengaruh oleh penulis blog ini yang menghancurkan kesopanan melayu dari segi tuturkata dan adab.
ALLAHUAKBAR..........
aku nampak, fitnah-fitnah dah banyak dah ditaburkan dalam blog ini. sampai gambar rais yatim yang salam hormat kepada org yang lebih tua tanda sopan santun melayu dimanupulasi oleh bloger ni. dikatakan sembah.. hmm apa nak jadi bloger ni semakin kuat memfitnah.......
BalasPadamYa Allah.. hamba Mu ini mohon perlindungan dari hasutan syaitan dan penipuan fitnah manusia jahil ini seperti penyokong bloger ini yang tersesatkan dan terpengaruh oleh penulis blog ini yang menghancurkan kesopanan melayu dari segi tuturkata dan adab.
ALLAHUAKBAR..........