KUANTAN: NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) hari ini menyuarakan rasa kecewa terhadap tindakan pihak kerajaan terus membenarkan acara sukan bermotor diadakan di sini. Tragedi dua beranak terbunuh selepas dirempuh ketika menyaksikan
"Saya hadir dan melihat sendiri sesi latihan yang diadakan petang semalam. Satu kemalangan berlaku, mujurlah tiada insiden yang tidak diingin melibatkan orang awam terjadi. Acara Drift ini lebih berbahaya dari acara go-kart sebenarnya. Namun, ia tetap berbahaya kepada para petugas yang menjaga di sekeliling litar".
"Biarpun ada penghadang simen yang diletakkan di sekeliling litar, namun keselamatan masuh dipertikaikan kerana lokasi yang tidak sesuai. Tambahan pula jika ramai yang menyaksikan acara ini. Inilah yang berlaku di EIMARace dulu... pihak berkuasa membenarkan acara itu selepas melihat kononnya faktor keselamatan sudah dilakukan. Namun, akhirnya dua nyawa melayang", dakwa Shukri.
"Jika benar di sokong kerajaan, Maka ia sesuatu yang amatlah mengecewakan. sepatutnya acara sukan permotoran ini di bekukan dulu penganjurannya. Namun, amat menghairankan. Seakan tiada apa-apa pengajaran akibat tragedi EIMARace dulu dan langsung tak hormati keluarga mangsa yang terkorban tiba-tiba acara ini pula di adakan menjelang tahun baru. Malah lebih sedih lagi tertera pula logo "Visit Pahang 2017", tambah beliau lagi.
Shukri turut menegaskan, tiada apa yang dapat diperkatakn lagi sebab kuasa pelaksana terletak di tangan pihak yang meluluskan. Cuma harapan beliau agar acara tersebut (Formula Ace Drift) dapat berjalan dengan baik tanpa ada kejadian yang tidak di ingini berlaku. Malah katanya, Isu soal keselamatan serta kelulusan diharap tidak timbul lagi selepas ini nanti.
Apa pun beliau ucapkan ambil kesempatan untuk ucapkan syabas dan tahniah kepada Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh yang sanggup turun padang untuk memantau sendiri situasi di lokasi bagi memastikan ciri-ciri keselamatan diutamakan. #pdonews













Tiada ulasan:
Catat Ulasan