script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pusat Kesuburan Mendesak Jamal "Minta Maaf" Pada Siti Nurhaliza !

PETALING JAYA: Pusat perubatan yang memberi bantuan rawatan kepada pasangan tidak dikurniakan zuriat terkejut dengan kenyataan Datuk Jamal Yunos mempersendakan penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza yang masih belum berjaya hamil.
TMC Fertility Centre, perintis rawatan kesuburan di Malaysia berkata kata-kata sinis dibuat ketua Baju Merah itu satu penghinaan terhadap lelaki dan wanita yang berusaha keras untuk menjadi ibu dan bapa.
Katanya, ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu perlu memohon maaf bukan saja kepada Siti tetapi juga semua wanita yang terpaksa berdepan kesakitan mental dan emosi kerana gagal hamil.
“Sudah jelas, kehendak untuk mempunyai keluarga ialah naluri utama yang tidak mudah ditahan, dan wanita berdepan masalah sukar hamil tidak patut disalahkan kerana gagal melahirkan anak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pengurus komunikasinya, Chan Li Jin berkata sindiran Jamal memberi kesan mendalam terhadap pasangan yang berkali-kali gagal mendapatkan anak dan ada pasangan mengalami keretakan rumah tangga kerana masalah ini.
“Di TMC Fertility Centre, kami tahu sangat kesakitan mental dan emosi yang ditanggung pasangan seperti itu ketika cuba untuk hamil.
“Meskipun rawatan kesuburan tidak mengancam nyawa, pesakit kadangkala beritahu kami sebahagian diri mereka ‘mati’ setiap kali haid datang, bermakna mereka gagal lagi untuk mendapatkan bayi,” katanya.
Selepas kiriman laman sosial Siti yang dilihat mengkritik Jamal kerana melakukan “protes tuala” di Shah Alam, pemimpin Umno itu mengirim kenyataan seksis menyindir penyanyi itu kerana masih tidak menimang cahaya mata.
“Pesanan saya kepada Siti. Jaga air sendiri yang tidak berapa subur itu, atau cari air lain,” tulis Jamal dalam kiriman Whatsapp, hari ini.
Sebelum itu, Siti memuat naik gambar di laman Instagram mengenai tindakan Jamal yang hadir ke Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor dengan hanya bertuala bagi membantah gangguan air.
“Jangan jadi macam Jamal ye.. #kawasansayapuntakdeair #dapatnotis #sediatongair #fahambahasa #Repost @yasinsulaiman
“Jamal dah 4 hari tak mandi. Minta jasa baik MB tumpang mandi kat opis SUK #lol,” tulis Siti.
Siti, 37, yang berkahwin dengan ahli perniagaan Datuk Khalid Mohamad Jiwa sebelum ini pernah berkongsi kesedihannya kerana masih gagal untuk mengandung.
Tahun lalu, beliau mendedahkan mengalami keguguran.
“Ternyata Allah SWT hanya pinjamkan anugerah ini untuk seketika sahaja,” tulis penyanyi yang banyak menerima anugerah itu di Instagram.
TMC berkata masalah kesuburan juga boleh berpunca daripada lelaki, bukan saja wanita.
“Ia masalah yang perlu dihadapi pasangan secara bersama-sama dan sokongan emosional sangat penting.
“Jamal perlu meminta maaf kepada Siti dan semua wanita kerana komennya yang menghina itu dan memandang remeh perkara yang dia sendiri tidak faham,” katanya. #sumber
Share:

2 ulasan:

  1. Layan pak tongkol sekichan ni wat ape...dah memang lagak ngeri dia mcm tu. kalau dia tak dak yang sokong esok dia lah dia.

    nasib baik dia tak jadi YB sekinchan, klu dia YB sekichan..merana lah rakyat sekichan.

    BalasPadam
  2. Mcm air dia ok sangat..... Orang selangor pun mintak ehsan air pahang....

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.