script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Razali: Pelantikan Shahrir Bukan Kerana Masalah Kewangan Felda


PUTRAJAYA: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim menyangkal dakwaan pelantikan Tan Sri Shahrir Abdul Samad sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kerana masalah kewangan yang dihadapi Felda di bawah kepimpinan Tan Sri Isa Samad.
Beliau menjelaskan tempoh perkhidmatan Isa sebagai Pengerusi Felda tamat pada 31 Dis lepas dan beliau juga masih kekal sebagai Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV). 
"Tidak timbul ada dakwaan bahawa ia merupakan satu hukuman (terhadap Isa) atau pengakuan bahawa Felda menghadapi masalah kewangan di bawah pentadbiran Isa," katanya dalam sidang media, di sini pada Isnin.
Razali berkata beliau yakin pengalaman luas Shahrir dalam pentadbiran kerajaan serta beberapa jawatan lain termasuk Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), akan dimanfaatkan sepanjang pelantikannya sebagai Pengerusi Felda.
Menurutnya beliau telah bertemu dengan Shahrir yang memberi banyak pandangan khususnya berkaitan soal kewangan dan pengauditan Felda serta pelaburan Felda.
Mengenai cadangan Shahrir untuk melaksanakan penstrukturan semula model perniagaan Felda, Razali berkata beliau menyokong penuh cadangan itu bagi memenuhi harapan para peneroka.
"Felda melakukan aktiviti yang bukan sahaja dalam sektor perladangan, tetapi juga soal pelaburan, pendidikan dan komuniti.
"Jadi sudah tentu perkara-perkara ini perlu dilaksanakan dengan lebih tersusun dan rapi, malah beliau memberi penekanan kepada soal perumahan generasi baharu Felda," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan Shahrir  yang juga anggota parlimen Johor Bahru sebagai pengerusi Felda yang baharu pada Jumaat lepas. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang keluarkan waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.