"Sebagai Penjawat Awam dan Bekas Penjawat awam, saya memegang prinsip perkhidmatan iaitu memberi perkhidmatan yg terbaik sebagai melaksanakan arahan pentadbiran " Government of the day" dan "good governance". Tanpa terlibat dalam politik kepartian", kata kenyataan posting terbaharu di laman faceebok beliau.
Zainal, pada satu posting sempena tahun baru 2017 sebelum ini dikatakan telah membuat satu posting kontroversi yang menghina kempimpinan Dato'Sri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.
Zainal, didakwa sebagai Pro Pembangkang dan wajar diambil tindakan tegas oleh pihak kerajaan. Sebelum ini heboh diperkatakan tentang seorang kakitangan Kementerian Kesihatan menghina Yang Di Pertuan Agong. Kini satu lagi kontroversi melibatkan pegawai kanan pula. Persoalanya, benarkan dakwaan ini atau ia sekadar fitnah semata-mata.
Ini kerana, carian kami di wall facebook beliau langsung tidak menjumpai posting yang berkenaan. Mungkin ia dipadamkan atau sengaja direka oleh pihak-pihak tertentu, hanya Pengarah Kesihatan Negeri Pahang itu yang lebih mengetahuinya. #pdonews










Tiada ulasan:
Catat Ulasan