script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

PSAP Sokong Anak Muda, Tapi Kecewa Calon BN Bukan 'Anak Jati' Pahang !


PEKAN - Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP),  menyifatkan calon BN, Mohd Sharim Md Zain merupakan pengiktirafan kepada anak muda. 

Presidennya, Haslihelmy DM Zulhasli berkata pimpinan UMNO dan BN begitu bermakna dan dianggap sebagai pembaharuan dalam politik tempatan serta menjadi  bukti kepada peranan anak muda yang semakin diberi perhatian.

Menurutnya, jika dilihat Pilihan Raya Umum (PRU) dan PRK sebelum ini, UMNO belum lagi mempertaruhkan calon anak muda yang membuktikan ini satu penghormatan kepada pemuda parti. 

"Saya fikir calon yang kita pertaruhkan ini adalah seorang anak tempatan yang dihormati ramai, mempunyai ‘track record’ yang bersih dan juga ‘ikon’ pemuda dikalangan Majlis Belia Felda.

“Saya berpendapat ini adalah satu pilihan yang baik yang dibuat oleh pucuk pimpinan dalam menarik generasi belia di felda,”katanya. 

Haslihelmy memberitahu ini turut membuktikan suara anak muda diberi perhatian oleh pucuk pimpinan tertinggi apabila UMNO telah berjaya melakukan transformasi kepimpinan dan pendekatan khususnya kepada generasi pemangkin parti.

"Akhirnya, suara orang muda didengari dalam PRK. Kita dapat melihat BN memilih calon orang muda bagi PRK Chini pada kali ini.

“Ini sebenarnya memberi makna yang cukup besar dan melangkaui sempadan DUN Chini malah memberi isyarat yang jelas kepada anak muda bahawa mereka masih punya harapan dan masih ada peluang untuk menjadi wakil kepada parti bagi meneruskan perjuangan"katanya. 

Namun, Haslihelmy berkata, walaupun pihaknya menyatakan sokongan terhadap calon BN namun kecewa kerana calon tersebut bukanlah anak tempatan.

"Agak kecewa kerana penduduk di Chini mahukan calon di kalangan anak tempatan namun calon BN ini bukanlah dilahirkan di sini.


"Di sini sudah menjadi tradisi calon merupakan anak tempatan namun kita berharap agar dia boleh membuktikan yang dia mampu berbakti buat rakyat di Chini," katanya. #pahangdaily
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.