script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Penduduk Mahu Calon Anak Tempatan 'Ustaz' Bertanding PRK Chini


KUANTAN - Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP) turun ke Chini berjumpa dengan penduduk termasuk di kampung tradisional bagi bertanyakan berhubung calon yang diingini mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini yang dijadualkan pada 4 Julai ini.

Ini kerana, PSAP mendapat maklum dan membaca sendiri di laman media sosial dan media arus perdana banyak nama yang disebut-sebut akan menjadi pilihan Barisan Nasional (BN) dan UMNO pada PRK berkenaan. 

Antara nama yang popular disebut-sebut sehingga kini adalah anak kepada Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Datuk Mohd Nizar. 

Presiden PSAP, Haslihelmy DM Zulhasli berkata,  hasil tinjauan PSAP dan pertemuan dengan penduduk, wakil penduduk, Ketua UMNO Cawangan termasuk penduduk di kampung tradisional di Chini, rata-rata penduduk mahu calon anak tempatan bertanding pada PRK berkenaan.

Katanya, antara penduduk yang ditemui oleh PSAP di Kampung Salong adalah Mohd Rizal Ramli, Ab. Rahim Aw. Bakar, Mazlan Ramly dan Mohd Hisam Kadir yang semuanya mahu calon anak tempatan mewakili mereka pada PRK DUN Chini. 

 

"Sentimen penduduk di Chini adalah kuat mahukan anak kelahiran setempat mewakili mereka. 

"Antara nama yang menjadi pilihan penduduk dan diharapkan menjadi calon mereka di Chini adalah seorang pegawai KEMAS bergelar ustaz, Mohd Shaqawi Mahussin, berusia 53 tahun. 

"Anak jati Kampung Salong, Pekan itu berkelulusan Ijazah Sarjana Pengajian Islam dari Universiti Islam Negeri, Sumatera Barat, Indonesia dan kini bertugas sebagai Penyelia Kanan KEMAS Daerah Bera," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Haslihelmy berkata, berdasarkan maklumat yang diterima PSAP, Shaqawi merupakan Naib Ketua UMNO Cawangan Salong dan pernah menjadi AJK dalam Biro Pendidikan UMNO Bahagian Pekan. 

"Beliau (Shaqawi) sangat aktif berpolitik dan terlibat dalam pelbagai aktiviti UMNO Bahagian Pekan. 

"Ustaz Shaqawi juga sering menjadi wakil DUN Chini berucap dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pekan dan disaksikan sendiri oleh Najib. 

"Pegawai KEMAS itu mempunyai keperibadian yang cukup luhur dan mulia serta tiada sebarang isu salah laku atau rekod yang tidak baik," katanya. 

Selain itu katanya, Shaqawi juga merupakan anak kepada Almarhum Mahussin Mat Taib yang merupakan tokoh penting dalam kepimpinan UMNO di Kampung Salong sejak zaman Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri. 

"Menjelang hari penamaan calon pada 20 Jun ini, PSAP menyatakan hasrat penduduk di DUN Chini yang mahu BN dan UMNO memilih calon yang sesuai dan menjadi pilihan penduduk. Apa yang penting calon haruslah anak tempatan. 

"Selain itu, dalam keadaan UMNO sedang berusaha membina semula kekuatannya, faktor meletakkan calon yang tepat mestilah diperhalusi bagi menjamin kemenangan UMNO pada PRK DUN Chini," jelasnya. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.