script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Isu 'Bail Out': Bekas CEO Sapura Energy Saman Rafizi Dakwa Najib Desak Supaya Suntik Wang

 

KUALA LUMPUR - Rafizi Ramli yang baru menang jawatan sebagai Tmbalan Presiden Parti Keadikan Rakyat (PKR) telah disaman berhubung isu bail out Sapura Energy Bhd (SEB).

Menurut Rafizi, dia telah menerima writ saman daripada peguam yang mewakili bekas CEO Sapura Energy, Tan Sri Shahril Shamsuddin pada 11 Mei lalu.

"Writ itu adalah untuk mengesahkan bahawa Tetuan Zul Rafique & Partners, peguam kepada Shahril Shamsuddin telah memfailkan saman terhadap saya di mahkamah berhubung kenyataan saya ekoran desakan Najib Razak agar kerajaan menyuntik wang untuk menyelamatkan SEB.

"Saya telah mengambil pendirian untuk mempertahankan kenyataan saya di mahkamah kerana ia adalah untuk melindungi kepentingan awam," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Menurut hantaran itu, dia diwakili peguam Ranjit Singh daripada firma Ranjit Singh & Yeoh.

Ketika dihubungi, Ranjit mengesahkan writ saman yang diterima bekas ahli parlimen Pandan itu.

Ketika isu berkenaan SEB hangat diperkatakan, Rafizi dilihat lantang membangkitkan masalah yang dihadapi syarikat itu dan mengkritik cadangan Najib agar kerajaan menyelamatkannya.

Rafizi berkata lagi, saman tersebut akan menjadi "titik mula" dalam usaha memastikan pelaburan rakyat dalam institusi pelaburan awam seperti PNB, KWSP, Tabung Haji dan Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) memenuhi mutu piawai urus tadbir untuk pelaburan awam.

"Dalam struktur ekonomi yang melibatkan banyak pelaburan dana rakyat yang besar di dalam syarikat swasta senarai awam, kerangka urus tadbir pelaburan awam mestilah lebih ketat untuk mengelakkan dana simpanan rakyat kerugian apabila syarikat-syarikat ini mengalami kerugian besar," katanya lagi. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.