KUANTAN: Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang mempersoalkan niat sebenar pemimpin PAS, Mokhtar Senik mencadangkan nama Malaysia ditukar kepada Tanah Melayu.
Pengerusinya, Mohd Fadzli Mohd Ramly berkata tindakan pemimpin PAS itu yang sengaja cuba untuk memecahkan perpaduan bangsa dan negara ini melelaui sentimen Tanah Melayu amatlah tidak wajar sebenarnya.
"Kedudukan Melayu dan orang Melayu sangat kukuh di dalam Perlembagaan Malaysia. Ia tidak pernah tergugat.
"Semenanjung Malaysia pernah dikenali sebagai Tanah Melayu, mula disatukan di bawah Komanwel pada tahun 1946, sebelum menjadi Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.
"Kemudiannya pada tahun 1963, Tanah Melayu bersama Sabah, Sarawak dan Singapura membentuk Malaysia.
"Jadi, sepatutnya isu Tanah Melayu ini tidak perlu dimainkan kerana erti Malaysia adalah gabungan kukuh antara wilayah Semenanjung, Sabah dan Sarawak," jelasnya. #sumber







Tiada ulasan:
Catat Ulasan