script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Lebih 7,000 Hektar Hutan Simpan Kekal Tasik Bera Diteroka Secara Haram, UPNP Syak Ada Sindiket Luar Guna Orang Asli Menceroboh

KUANTAN: Pencerobohan tanah di Hutan Simpan Kekal Tasik Bera dikesan membabitkan kawasan seluas lebih 7,000 hektar, bersamaan kira-kira 9,800 padang bola sepak.

Ketua Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), Saifullah Muhammad Ali berkata, perkara itu dikesan menerusi operasi penguatkuasaan bersepadu bermula 14 September lalu.

Katanya, operasi berkenaan mendapati sebahagian kawasan hutan simpan berkenaan diteroka bagi penanaman kelapa sawit, getah dan pelbagai tanaman kontan.

Beliau berkata, pihak berkuasa turut mengesyaki kewujudan sindiket haram yang menyalahgunakan nama masyarakat Orang Asli bagi menjalankan kegiatan pencerobohan tanah.

"Kami mengesyaki sindiket haram dari luar Pahang memanipulasi Orang Asli untuk membersihkan ribuan ekar tanah dengan alasan kawasan berkenaan adalah tanah adat dan tanah rayau Orang Asli.

"Di satu lokasi, hanya terdapat enam rumah dalam penempatan Orang Asli, tetapi kira-kira 1,000 ekar tanah sudah dibersihkan. Adakah kita menganggap ini sebagai pertanian sara diri?" katanya seperti dipetik portal berita milik kerajaan negeri, Pahang Media.

Sementara itu, Saifullah berkata, tindakan provokasi oleh individu tertentu turut menghalang pihak berkuasa menjalankan tugas.

"Sepanjang operasi, berlaku insiden provokasi dan sekatan yang didirikan masyarakat Orang Asli. Dalam tempoh empat hari lalu, jalan menuju ke kampung disekat dengan penghadang yang digantung tulang, manakala bekas colok diletakkan di tengah-tengah penghadang.

"Apa tujuan masyarakat Orang Asli berbuat demikian? Anggota penguat kuasa tiada pilihan selain mengalihkan penghadang dan bekas colok bagi menjalankan tugas," katanya.

Operasi bersepadu itu membabitkan kira-kira 160 anggota daripada UPNP, Jabatan Perhutanan, Pejabat Daerah dan Tanah Bera, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta polis.

Operasi khas yang bermula 14 September itu bertujuan menghentikan kegiatan sindiket haram yang terbabit dalam penanaman kelapa sawit di dalam kawasan hutan simpan berkenaan.

Sebelum ini, New Straits Times melaporkan ribuan penduduk Orang Asli yang tinggal berhampiran tasik berkenaan mahu berunding dengan pihak berkuasa selepas menerima notis pada Jun lalu supaya mengosongkan sebahagian kawasan hutan simpan.

Mereka didakwa menceroboh kawasan Hutan Simpan Kekal Pemuliharaan Tasik Bera.

Sejak 14 September lalu, pelbagai agensi penguat kuasa diketuai UPNP menjalankan operasi penguatkuasaan dan kerja-kerja ukur tanah di kawasan hutan simpan kekal berkenaan.

Sebahagian penduduk enggan membenarkan pasukan penguat kuasa memasuki kampung mereka, menyebabkan lima Orang Asli ditahan kerana didakwa menghalang anggota penguat kuasa di Kampung Pathir, Bera.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad dilaporkan berkata, kerajaan negeri bersedia membantu penduduk yang terjejas.

Bagaimanapun, katanya, kelewatan mengemukakan senarai penduduk di penempatan berkenaan menjejaskan usaha untuk menyalurkan bantuan kepada mereka.

Tasik Bera yang meliputi kawasan seluas 38,446 hektar diisytiharkan sebagai tapak Ramsar pertama Malaysia pada 1994 di bawah Konvensyen Ramsar, yang turut dikenali sebagai Konvensyen Mengenai Tanah Bencah. #HarianMetro

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

UMNO Pahang Zahir Kesyukuran, Junjung Kasih Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Pengampunan Bersyarat Buat Najib

KUANTAN: Keputusan Lembaga Pengampunan berhubung pengampunan bersyarat ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak disam...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.