script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Operasi Pemetaan Di Perkampungan Orang Asli Tasik Bera, Penduduk Rayu Supaya Menteri Besar Pahang Segera Campurtangan

BERA: Beberapa perkampungan Orang Asli di sekitar Tasek Bera hari ini berdepan operasi pemetaan oleh Unit Penguatkuasa Negeri Pahang (UPNP), yang difahamkan bukan bertujuan bagi proses perizaban tanah Orang Asli, sebaliknya berkaitan pengambilan kawasan kebun yang didakwa diusahakan tanpa kebenaran.

‎Perkembangan itu menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat Orang Asli Semelai yang telah sekian lama mendiami kawasan Tasek Bera dan sekitarnya.

‎Penduduk bersama beberapa orang Tok Batin sebelum ini difahamkan telah mengemukakan surat aduan kepada Menteri Besar Pahang bagi memohon campur tangan dan ruang rundingan.

‎Namun sehingga kini, usaha mendapatkan penyelesaian melalui meja perundingan masih belum menemui jalan keluar.

‎Menurut kenyataan sumber, apa yang perlu difahami, masyarakat Semelai bukanlah pendatang baharu di Tasik Bera.

‎"Mereka telah hidup di kawasan ini sejak jauh sebelum terbentuknya Malaysia. Di sinilah terbentuk kehidupan, adat, sejarah dan hubungan mereka dengan tanah, sungai, hutan serta sumber alam yang diwarisi sejak beberapa generasi.

‎"Persoalan yang timbul hari ini ialah apabila tanah yang didiami dan diusahakan sejak sekian lama tidak melalui proses pewartaan atau pengiktirafan yang sewajarnya pada masa lalu, siapakah yang akhirnya perlu menanggung akibat?," kata sumber itu.

‎Dakwa sumber itu lagi, adakah masyarakat yang telah hidup di situ turun-temurun harus menjadi mangsa kepada kelemahan dan kekhilafan pentadbiran terdahulu?

‎"Sepatutnya kelemahan lama diperbetulkan dengan pendekatan yang lebih adil, berhikmah dan berperikemanusiaan, bukan sehingga penduduk merasakan tanah tempat mereka bergantung hidup semakin terancam," dakwa sumber terbabit.

‎Atas dasar itu, mereka berharap  Menteri Besar Pahang dapat melihat perkara ini dengan penuh keprihatinan dan membawa semua pihak kembali ke meja rundingan.

‎Kerajaan Negeri, serta agensi berkaitan  dan wakil masyarakat Orang Asli Semelai serta para batin perlu duduk bersama bagi mencari penyelesaian yang adil dan tidak menafikan hak serta sejarah mana-mana pihak.

‎"Isu ini bukan sekadar soal beberapa lot kebun. Bagi masyarakat Orang Asli, tanah adat bukan sekadar sebidang tanah.

‎"Ia adalah sejarah, Ia adalah identiti., Ia adalah sumber kehidupan. Dan ia adalah masa depan generasi mereka.

‎"Masih belum terlambat untuk memilih jalan rundingan berbanding tindakan yang akhirnya boleh meninggalkan luka panjang antara masyarakat Orang Asli dengan pentadbiran negeri," kata sumber itu lagi. #PahangWatch

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

UMNO Pahang Zahir Kesyukuran, Junjung Kasih Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Pengampunan Bersyarat Buat Najib

KUANTAN: Keputusan Lembaga Pengampunan berhubung pengampunan bersyarat ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak disam...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.