script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Polis Minta Penduduk Sekitar Hutan Simpan Tasik Bera Tidak Halang Tugas Penguatkuasa Melaksanakan Operasi Di Kawasan Itu

KUANTAN: Polis meminta penduduk tempatan sekitar Hutan Simpan Pemuliharaan Tasik Bera tidak menghalang tugas anggota penguat kuasa ketika melaksanakan operasi di kawasan itu.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob, berkata setakat ini penduduk bagaimanapun memberi kerjasama penuh kepada agensi penguatkuasaan yang menjalankan kerja pengukuran semula tapak hutan simpan terbabit.

"Kita minta masyarakat beri kerjasama penuh dan tidak menghalang penjawat awam menjalankan tugas kerana tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, hari ini.

Pada 15 September lalu, polis menahan lima individu kerana dipercayai menghalang penguat kuasa menjalankan tugas semasa melaksanakan operasi di Hutan Simpan Pemuliharaan Tasik Bera.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi ketika Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) bersama beberapa agensi, antaranya Jabatan Perhutanan, Pejabat Daerah dan Tanah Bera, Pasukan Gerakan Am (PGA) menjalankan operasi penguatkuasaan mengikut Akta Perhutanan Negara 1984.

Ketika operasi, sekumpulan individu didapati mendirikan halangan dan membuat provokasi terhadap sepasukan penguat kuasa yang sedang menjalankan tugas.

Lima yang ditahan termasuk empat wanita berusia lingkungan 30 hingga 60-an untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan. #BeritaHarian

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

UMNO Pahang Zahir Kesyukuran, Junjung Kasih Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Pengampunan Bersyarat Buat Najib

KUANTAN: Keputusan Lembaga Pengampunan berhubung pengampunan bersyarat ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak disam...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.