script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kontroversi: Ramai 'Pimpinan Lama' Dalam Parti Kecewa Dengan Laporan Yang Mengatakan Azmin Ali Adalah Pengasas Parti Keadilan Yang Terawal!

Ramai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh beberapa media dan blog kononnya Azmin Ali (foto) adalah pengasas Keadilan. Menurut sumber, kenyataan itu dibuat ketika beliau mengumumkan keputusannya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti di Kota Kinabalu Sabah pada 16 September lalu. Antara lain kenyataan itu memetik “Saya bersama rakan-rakan pimpinan dan anggota-anggota parti akan berganding bahu untuk menggilap idealisme, memperkukuh kesetiaan dan memperkasa organisasi,” kata Azmin antara pengasas Keadilan dan Bekas Setiausaha Sulit kepada Anwar ketika memegang jawatan kerajaan". Susulan kenyataan tersebut, ramai "pemimpin lama" yang mengasaskan parti keadilan amat terkilan. Sebelum terbit Parti Keadilan, sekumpulan NGO dan Parti Pembangkang menubuhkan Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK). Penubuhan ini diumumkan di Markaz PAS Taman Melewar. Beribu orang datang menyatakan sokongan semasa penubuhan GERAK. Selepas itu, pendokong Reformasi tubuhkan Pergerakan Keadilan Sosial (Adil) untuk menyediakan pentas perjuangan. Usaha tubuhkan parti politik untuk pergerakan Keadilan ini menghadapi jalan buntu akibat kerenah birokrasi oleh pihak Pendaftar Pertubuhan.

Gerakan Reformasi Hingga Tertubuhnya Parti

Maka gerakan Reformasi mengambil keputusan untuk mengambil alih sebuah parti yang sedia ada iaitu Ikatan Masyarakat Islam Malaysia yang ditubuhkan pada 1990. Pelancaran Parti Keadilan Nasional diadakan pada 4 April 1999. Melalui pengambilalihan parti Ikatan Masyarakat Islam Malaysia inilah, Parti Keadilan Nasional ditubuhkan. Selepas 1999, pada tahun 2003, cadangan supaya Keadilan bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia berjaya dan sebuah nama parti yang baru dilancarkan, Parti Keadilan Rakyat. Pada 3 Ogos 2003 Keadilan dan PRM melancarkan Parti Keadilan Rakyat di Kuala Lumpur. Pada waktu itu Pendaftar Penubuhan masih enggan meluluskan pendaftaran parti. Maka pada Pilihanraya Umum 2004, calon-calon PRM bertanding di atas platform Keadilan. Calon tunggal yang menang ialah Presiden Parti iaitu Datin Seri Dr. Wan Azizah di Parlimen Permatang Pauh.


Bukti, pelancaran Parti Keadilan Nasional, Di mana nama Azmin Ali?

Parti ini sejak awal penubuhannya telah didokong oleh barisan pimpinan yang ingi membwa perubahan atau reformasi kepada sistem politik dan pemerintahan negara. Kini dengan senario dan angin perubahan yang semakin kuat melanda negara, parti ini mendapat nafas baru dengan penyertaan sebahagian besar pendokong dan pemimpin reformasi negara.

Benarkah Azmin Yang Terawal Asaskan Keadilan

Ramai yang kecewa dengan laporan mengatakan Azmin antara yang terawal mengasaskan Parti Keadilan Nasional. Padahal, nama-nama yang dipercayai terlibat dengan gerakan itu ialah seperti Zainur Zakaria, Ng Lum Yong, Dr.Mohd Nor Nawawi, Irene Fernandez, Goh Keat Peng, Saifuddin Nasution, Sahri Bahri, Johari Abdul, Dr.Mansor Othman, Khalil Shah Jamaluddin, Mohd Rafaie Abd Malek, Omar Jaafar, Kahar Ahmad, Dr.Abd Wahid Ahmad Suhaimi, Nik Aziz Nik Hassan, Yusof Abd Rahman dan Abd Rahman Yusuf. Tidak ketinggalan juga nama-nama orang lama seperti Pengerusi Perhubungan Keadilan Selangor, Dr.Ghazali Basri (foto) yang dikatakan antara yang terawal. Namun, dimanakah mereka ini semua agaknya?. Ada yang masih aktif dan ada juga yang terus menyepi sebenarnya. Justeru itu, mereka ini pasti akan terasa bila ada yang mengatakan Azmin adalah pengasas Parti Keadilan itu. Walhal, ketika awal-awal kebangkitan gelombang reformasi merekalah yang telah bertungkus lumus dan bersusah payah untuk merealisasikan perjuangan.


Senarai terawal AJK Parti Keadilan Nasional, juga tidak kelihatan
nama Azmin Ali. Soalnya di manakah beliau pada ketika ini?

[Persoalannya kini sekarang, kami tidak dapat mengesahkan perkara ini. Cuma andai ada yang terkilan dengan kenyatan itu, mungkin mereka lebih tahu. Semua itu mengingatkan kita pada pagi 4 April 1999, Ballroom Hotel Renaissance, Jalan Ampang Kuala Lumpur. Hari itu bagai pesta. Segenap sudut gemerlapan sementara di lobi dan laman hotel kedengaran laungan “reformasi” dan “Allahhuakbar" sempena Pelancaran Parti Keadilan Nasional. Soalnya sekarang, ramai yang tertanya-tanya dimanakah nama Azmin Ali ketika ini. Padahal beliau adalah antara pemimpin yang paling rapat dengan Anwar Ibrahim itu sendiri. Inilah yang menimbulkan kemuskilan dikalangan ahli PKR sebenarnya. Maka itu, apakah wajar media menggambarkan Azmin yang disanjung sebagai pengasas Parti Keadilan Nasional itu agaknya?. Difahamkan ketika itu Azmin sedang bergelut dengan kesnya. Malah, menurut Ezam pada awalnya Azmin takut dan tidak mahu pun ke depan dalam Keadilan. Difahamkan, Presiden Pertama Keadilan ialah Haji Nordin Pilah].
Share:

Sensasi: Menteri Besar Pahang, Si Adnan Yaakob Cipta Sejarah Melepaskan "Badi Fobia" Pemimpin Serta Puak-Puak UMNO Terhadap Warna Hijau !!

Jika di Kelantan, rakyatnya bergembira apabila menerima "payung negeri" baru yang sungguh berjiwa rakyat dan menghormati kepimpinan ulamak di negeri itu. Maka, rakyat di negeri Pahang juga harus berbangga mempunyai seorang Menteri Besar yang kini mula mencintai "warna hijau". Kelibatnya yang berpakaian hijau ketika program Jelajah Teknologi Hijau Negeri Pahang 2010 di Hotel Vistana Kuantan baru-baru ini, sungguh mengejutkan ramai pihak. Ini memandangkan, sebahagian besar dikalangan mereka tidak pernah melihat Dato' Sri Adnan Yaakob berpakaian serba hijau seperti itu. Aksinya itu telah mendapat perhatian ramai pihak. Tambahan pula selama ini, diwar-warkan pemimpin UMNO BN begitu "fobia" dengan warna Hijau. Masih kita ingat pimpinan UMNO sanggup mengarahkan Petronas menukarkan warna hijau pada logonya agar tidak terlalu mirip kepada lambang parti PAS. Akibat tindakan tersebut, Petronas terpaksa berbelanja jutaan ringgit untuk membuat perubahan kepada semua logo yang terdapat kepada premis perniagaannya di seluruh negara khasnya dan dunia amnya. Ketakutan puak-puak UMNO kepada warna hijau amat ketara, sehingga banyak surau-surau dan masjid-masjid yang didirikan oleh Kerajaan Pusat (Projek Kerajaan Barisan Nasional) dilarang menggunakan warna hijau. Padahal warna itu sudah sebati dengan imej agama Islam itu sendiri. Akhirnya muncullah bumbung dan dinding surau serta masjid yang berwarna warni. Ada yang berwarna biru (dacing), ada yang berwarna merah (UMNO) dan ada yang berwarna kuning, coklat serta berbagai-bagai warna lagi. Bukan sahaja bumbung dan dinding diarahkan tidak menggunakan warna hijau, malahan termasuk permaidani, langsir serta tirai premis berkenaan menjadi "mangsa puak mereka".

Tetapi, sekarang agaknya Menteri Besar Pahang sudah sedar akan keterlanjuran mereka itu. Lantaran itulah beliau rela berpakaian serba hijau ketika berada di Majlis Jelajah Teknologi Hijau peringkat negeri Pahang baru-baru ini. Rakyat harus bersyukur dan merasa gembira dengan apa yang mereka saksikan ini. Adnan berjaya memecahkan tradisi yang selama ini dpelopori oleh pemimpin PAS itu. Warna hijau yang menjadi lambang parti PAS akhirnya diterima oleh beliau. Warga Kuantan masih ingat dengan ketakutan UMNO BN terhadap warna hijau ini. Malah mereka mengarahkan semua kontraktok yang membina masjid dan surau-surau di negeri ini tidak menggunakan "warna hijau" pada bangunan terbabit.


Bukti, warna asal Berjaya Megamall (kiri) ditukar ke warna baru (kanan)

[Paling mengharukan ialah, warna hijau yang terletak pada bangunan pusat membeli belah Berjaya Megamall di Jalan Sultan Ismail itu juga terpaksa menukarkan warna tersebut. Kini mereka menggunakan warna biru "dacing" dan coklat yang langsung tidak menarik sebenarnya. Jika dulu bangunan terbabit berwarna hijau "PAS" dan sudah tersergam indah dari jauh, kini semuanya sudah berubah wajah. Warna yang suram gagal menggamit kunjungan orang ramai ke premis itu. Soalnya kenapa arahan ini dikeluarkan?. Semuanya gara-gara ketakutan yang amat sangat terhadap warna hijau yang dikaitkan dengan parti PAS itu sebenarnya].
Share:

Benarkah Zaid Guna Kempen Matlamat Halalkan Cara Semata-Mata Dia Mahu Memenangi Jawatan Timbalan Presiden PKR Dalam Pemilihan 2010 Ini

Sejak beberapa bulan lalu, satu usaha halus dan jijik dilakukan untuk memaparkan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim berpecah belah akibat fahaman politik yang berbeza. Pihak disebalik usaha itu menggunakan portal Free Malaysia Today (FMT) untuk cuba memaparkan bahawa Puteri Reformasi Nurul Izzah memberi sokongan padu kepada Datuk Zaid Ibrahim untuk jawatan Timbalan Presiden manakala Anwar pula memihak kepada Azmin Ali. Setiap lawatan Nurul untuk memantapkan jentera parti di Sabah dan Sarawak dikibarkan oleh FMT sebagai isyarat jelas Nurul mendokong kempen Zaid untuk menjadi timbalan kepada ibunya dalam memimpin PKR. Pada masa sama, Zaid menulis dalam blognya bahawa kuasa politik dalam PKR yang sepatutnya berada ditangan presiden telah diambilalih oleh Anwar selaku Ketua Umum parti. Zaid berjanji untuk mengembalikan maruah Datuk Seri Dr Wan Azizah jika ahli PKR mengundi beliau. Usaha jijik memecahbelah dan menimbulkan kesangsian serta kecurigaan dalam sebuah keluarga dilakukan, demi cita-cita seorang individu untuk mengejar kedudukan dan pangkat dalam parti. Kemuncak konspirasi itu berlaku pada minggu lalu, apabila FMT memetik Nurul sebagai menggambarkan kononnya Azmin adalah ahli politik bertopeng serigala manakala Zaid adalah pemimpin yang harus disokong kerana melakukan begitu banyak kebaikan untuk PKR dan dalam masa yang singkat berjaya “membangunkan Kuala Lumpur”.

Pernahkah Nurul Izzah Umum Menyokong Zaid

Laporan itu memetik Nurul sebagai berkata demikian kepada pemberita di Sarawak. Perkara yang paling aneh mengenai laporan yang agak sensasi ini adalah, walaupun Nurul disebut memberitahu isihatinya pada sidang media di Kuching, TIDAK ADA SATU PUN media yang melaporkan berita sebagaimana yang disiarkan oleh FMT. Mereka yang dalam bidang kewartawanan tentunya akur bahawa jika benar Nurul berucap sebagaimana yang didakwa oleh FMT, ia adalah tajuk utama akhbar dan stesen TV diseluruh negara. Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3 tentunya bertepuk gembira jika benar Nurul menyatakan demikian. Namun kecuali FMT, seluruh media arus perdana dan media alternatif lain termasuk Malaysiakini membisu. Dan, sebab mereka berbuat demikian ialah kerana Nurul tidak melafazkan sebarang sokongan untuk Zaid atau pun mencemuh Azmin dari apa segi sekali pun. Laporan fitnah FMT itu adalah cubaan terdesak untuk memaparkan Zaid menerima sokongan Nurul dan memberi erti beliau menyanggah ayahnya.

Free Malaysia Today Dibiayai Oleh Soh Chee Wen

Nurul yang menyatakan dari awal beliau akan bersikap berkecuali dalam pemilihan Timbalan Presiden – sama seperti kedudukan yang diambil oleh ibu-bapanya - diheret kedalam kancah perebutan jawatan itu menerusi laporan fitnah FMT. Nurul terpaksa mengeluarkan kenyataan menerusi ibupejabat PKR minggu lalu, menegaskan sekali lagi bahawa beliau tidak memihak kepada mana-mana calon, tetapi hanya mahukan ahli mengundi calon yang difikirkan dapat mendokong perjuangan parti. Selasa (21 September) akhbar The Star memetik Nurul sebagai menafikan laporan FMT itu. Beliau sekali lagi menegaskan bahawa tidak timbul soalan beliau memihak kepada Zaid atau menentang Azmin. Sebagaimana yang kita maklum, FMT adalah dibiayai oleh Soh Chee Wen, seorang jutawan dan bekas ahli MCA yang menjadi penggerak utama kempen Zaid untuk menjadi timbalan presiden. Selain FMT, Soh juga membiayai sebuah akhbar berbahasa Melayu yang diedarkan percuma kepada ahli PKR dalam usaha mencari sokongan untuk Zaid. Walaupun ghairah mencanang sifat “gentleman”nya, amat mendukacitakan Zaid, Soh Chee Wen dan orang upahannya Nelson Fernandez sanggup mengheret Nurul dan ibunya dalam kempen fitnah mereka. Nama Nurul dan Wan Azizah diperdagangkan oleh kem Zaid dalam kerakusan untuk meletakkan bekas Ketua bahagian Umno itu sebagai Timbalan Presiden PKR.

Zaid Sanggup Menfitnah Untuk Menang Jawatan

Orang-orang yang sama tidak berfikir dua kali untuk mencemuh Anwar secara terbuka, menerusi FMT mahupun bloger-bloger yang menerima upah bulanan daripada Soh dan Nelson. Kenapa Soh dan Nelson berbuat demikian, malah sanggup menghabiskan wang ratusan ribu ringgit setiap bulan bagi membiayai FMT untuk meletakkan Zaid sebagai timbalan presiden PKR? Dan apabila usaha itu semakin sukar kerana sokongan untuk Zaid terhad, kenapa mereka tergamak untuk menfitnah Nurul, Wan Azizah dan Anwar? Mereka melakukannya walaupun sedar tindakan itu membabitkan keharmonian sebuah keluarga yang telah banyak melalui onak dan duri perjuangan dan masih saban hari menghadapi ujian akibat konspirasi dan fitnah Umno-Barisan Nasional. Adakah imbuhan daripada kejelekan ini terlalu besar sehingga soal kesopanan dan maruah tidak perlu diambilkira lagi oleh Zaid? Mungkin Zaid, Soh Chee Wen dan Nelson mencongak bahawa memimpin PKR bererti menerajui Pakatan Rakyat dan seterusnya menawan Putrajaya. Dan, pulangannya termasuk segala kuasa yang dikaitkan dengan jawatan Perdana Menteri Malaysia – cukup lumayan untuk mereka kongsi bersama. Namun persoalan asas bagi Zaid, Soh Chee Wen dan Nelson adalah patutkah matlamat menghalalkan cara – apakah perlu mengheret seisi keluarga Anwar dalam kancah fitnah semata-mata untuk menobatkan seorang individu sebagai timbalan presiden? Mungkin Zaid dapat memberi jawapan kepada persoalan ini apabila beliau mencanang ciri-ciri keikhlasan dan kepimpinan diri dalam blognya atau pun menerusi FMT!

[Mungkin ramai yang terkejut dengan artikel panas ini, namun hanya mereka yang faham dan mengetahunya sahaja yang boleh menilai semua ini. Soalnya sekarang, benarkah Datuk Zaid Ibrahim sanggup melakukan tindakan sedemikian semata-mata untuk menang jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat dalam Pemilihan 2010 nanti?. Atau mungkin semua ini juga adalah satu konspirasi untuk mengaitkan beliau dengan kenyataan itu. Soalnya sekarang, jika benar dakwaan ini maka ternyata ia sesuatu yang tidak wajar sebenarnya. Oleh itu ahli PKR di seluruh negara perlu melihat perkara ini dari kontek yang lebih jelas sebelum membuat keputusan untuk memilih seseorang calon itu nanti. Apapun, semua ini hanyalah berdasarkan pandangan kami semata-mata. Mungkin ianya hanyalah satu teori semata-mata di saat kempen pemilihan 2010 yang semakin hangat kini].
Share:

Media Arus Perdana Sekali Lagi Jadi "Tali Barut" UMNO BN Sensasikan Kekecohan Pemilihan PKR, Padahal Mesyuarat UMNO Lebih Teruk Dari Itu !!

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan laporan media arus perdana tentang kekecohan yang dikatakan berlaku di Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC), Parti Keadilan Rakyat (PKR). Malah, mereka mensensasikan isu itu dengan menemubual pula calon yang tewas atau tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan cabang-cabang berkenaan. Akibatnya timbul beberapa adengan yang "memualkan" kita, seolah-olah apa yang berlaku dalam PKR itu sesuatu yang tidak wajar. Kononnya apa yang berlaku itu, melambangkan PKR tidak sesuai untuk memimpin negara ini. Rakyat dimomok-momokkan kononnya bagaimana PKR dan Pakatan Rakyat mahu memerintah, sedangkan hal dalaman parti itu sendiri gagal diselesaikan dengan baik. Maka, ramailah pemimpin UMNO yang mengutuk kejadian itu dan mencadangkan rakyat supaya menolak pemimpin PKR yang kononnya tidak layak untuk mewakili mereka. Akhirnya rakyat yang tidak berdosa dipaksa untuk mempercayai segala apa yang dilaporkan itu. Seolah-olah, kekecohan yang berlaku itu satu isu besar yang mewajibkan rakyat menolak PKR secara keseluruhannya. Walhal mereka terlupa bahawa, hanya sebahagian kecil sahaja insiden serupa itu berlaku sebenarnya. Sedangkan di tempat lain, perjalanan mesyuarat mereka adalah baik dan memuaskankan. Soalnya, kenapa media arus perdana beriya-iya benar mendedahkan apa yang berlaku ini?. Bahkan berita yang sama diulang-ulang, bagi memberi gambaran negatif kepada Parti Keadilan Rakyat. Mereka mahu rakyat menolak PKR dalam pilihanraya umum akan datang dan memilih UMNO BN sebagai wadah perjuangan mereka. Itulah matlamat yang sebenarnya !!

Mesyuarat UMNO Juga Lebih Kecoh Sebenarnya

Soalnya sekarang, kenapa media arus perdana begitu berselera untuk memaparkan adengan kekecohan yang berlaku dalam mesyuarat agung PKR ini agaknya. Apakah mereka telah diarahkan oleh puak-puak UMNO untuk membuktikan kononnya PKR itu sendiri sedang diambang perpecahan. Maka itulah mereka beriya-iya benar mewar-warkannya. Padahal, jika kita amati semula sejarah silam ternyata kekecohan, pergaduhan dan adengan panas memang banyak berlaku dalam parti UMNO itu sendiri sebenarnya. Jika dilihat kepada mesyuarat agung dan pemilihan yang berlaku ketika peralihan kuasa antara Pak Lah dan Najib Razak dulu. Banyak bahagian UMNO yang kecoh dengan adengan tumbuk-menumbung, kerusi melayang, caci mencaci, cerca-mencerca dan kutuk-mengutuk sebenarnya. Malah, lebih hebat lagi pihak Polis Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa dipanggil untuk memantau Mesyuarat Agung Pemuda UMNO Bahagian Rantau Panjang di Kelantan. Kekecohan juga berlaku di Sungai Petani Kedah dan Seremban Negeri Sembilan. Maknanya, jika sebahagian kecil yang berlaku ini dianggap sebagai "isu besar", maka UMNO juga tidak layak untuk memerintah negara ini sebenarnya. Mereka lebih huru-hara dan kacau bilau daripada Parti Keadilan Rakyat seperti yang diheboh-hebohkan itu.


Kekecohan Persidangan Pemuda UMNO Rantau Panjang, menyebabkan
polis anti rusuhan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) berada disitu


Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Seremban di Dewan Kelab Golf Taman
Tuanku Ja’afar kecoh dengan adengan balik kerusi dan tumbuk-menumbuk


Jika dilihat kepada aksi-aksi ini ternyata, apa yang berlaku dalam PKR itu sudah lama berlaku dalam UMNO sebenarnya. PKR sebuah parti yang baru untuk memulakan satu kaedah baru pemilihan, makanya apa yang terjadi itu bolehlah dianggap sebagai satu pengajaran berguna buat ahlinya. Namun, UMNO sebuah parti yang sudah lama berkuasa di negara ini pun masih mengamalkan budaya tersebut. Makanya, mereka sepatutnya yang "tidak layak" memimpin sebenarnya. Bahkan lebih panas lagi, kekecohan yang berlaku dalam UMNO hingga menyebabkan FRU terpaksa campur tangan. Sedangkan perkara seperti itu tidak terjadi kepada PKR.

Kecoh Rasuah Lebih Hina Dari Kekecohan Biasa

Apa yang menarik untuk diperkatakan ialah kekecohan yang berlaku dalam PKR baru-baru ini adalah dek kerana sikap teruja dan emosi sesetengah pihak yang ingin memburu kemenangan. Akhirnya mereka mengabaikan tatasusila pada hari pemilihan. Berbagai insiden yang berlaku sebenarnya tidak dirancang dan ia terjadi secara spontan. Mungkin ada dua tiga kes yang berlaku pakatan sulit antara calon dengan pegawai petugas pemilihan. Namun, jumlahnya agak kecil, tambahan pula pegawai terbabit juga adalah "manusia biasa" yang tidak terlepas daripada kesalahan dan bakal menerima hukuman atas tindakan mereka. Namun, secara kesuluruhannya masalah yang berlaku adalah dek kerana tidak berpuas hati akibat nama tiada dalam daftar semakan. Sedangkan ahli terbabit tidak mahu menyemak terlebih awal nama-nama mereka sebelum tibanya hari pemilihan. Akibatnya mereka "naik angin" dan berang melihat ramai penyokong tiada nama untuk mengundi. Juga berlaku kekecohan kerena terdapat isu kertas undi telah ditandakan oleh orang lain "pengundi hantu" dan sebagainya. Semuanya ini adalah kekecohan biasa sebenarnya. Namun, masihkah kita ingat bahawa kekecohan yang berlaku dalam UMNO?. Kebanyakkan daripada mereka melakukan amalan rasuah "politik wang". Lihat sahaja kepada Ali Rustam yang dihalang bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO gara-gara politik wang.


Mesyuarat UMNO Bahagian Sungai Petani Kedah juga kecoh dengan amukan
para perwakilan yang menolak perlantikan semula Bekas Ketua Bahagian itu


Malah Jawatankuasa Displin parti itu mengesan lebih 700 gejala politik wang berlaku dalam pemilihan di seluruh negara. Ramai yang diambil tindakan termasuk digantung dan diberi amaran. Semua ini membuktikan bahawa kekecohan yang berlaku dalam UMNO itu lebih hina daripada apa yang digembar-gemburkan terhadap PKR. Dari segi moralnya, mana yang lebih hina, gejala rasuah dalam parti atau kekecohan kecil ketika mesyuarat parti?. Rakyat yang bijak sahaja boleh menilai parti mana yang "cakap tak serupa bikin" itu.

[Justeru itu, rakyat dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) digesa agar tidak panik melihat apa yang dilaporkan oleh media arus perdana itu. Sesungguhnya mereka memang menjalankan tugas dan agenda UMNO BN bagi menghakis sokongan rakyat terhadap parti pembangkang. Apa yang penting, amalan demokrasi terus disuburkan dalam PKR biarpun mendapat kecaman dan komentar berbaur hasutan daripada pihak-pihak yang berkepentingan. Kita harus sedar bahawa apa yang dilakukan ini adalah permualaan ke arah erti sebuah demokrasi yang subur. Memang akan ada yang tidak berpuas hati dan kecewa apabila terdapat pihak lain yang menang dan melakukan penyelewengan. Biarlah jawatankuasa displin parti yang menentukan sama ada kes tersebut benar-benar terjadi atau semua kekecohan berkenaan satu provokasi yang sengaja dilakukan].
Share:

Kecewa Tindakan Koh Tsu Koon, Penasihat Serta Bekas Presiden Gerakan Akan Letak Jawatan Esok

KUALA LUMPUR, 4 Okt [2.35 pm] - Penasihat dan bekas Presiden Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik (foto) akan menulis memaklumkan kepada parti itu berhubung keputusannya untuk meletakkan jawatan pada Rabu ini. Katanya, beliau kecewa dengan cara presiden parti itu sekarang, Tan Sri Koh Tsu Koon menangani konflik yang melanda parti berkenaan. "Beliau seseorang yang tidak suka campur tangan dalam menyelesaikan konflik kerana bimbang akan menyentuh perasaan orang lain,” katanya ketika menghadiri konvokesyen Universiti Terbuka Wawasan di Kuala Lumpur hari ini. Menurut Lim, sikap Koh yang sentiasa 'melepaskan tangan' telah mendatangkan banyak masalah dalam parti.

[Nampaknya, dalam sibuk-sibuk media arus perdana memainkan isu tentang perpecahan yang berlaku dalam parti Pakatan Rakyat terutamanya PKR tiba-tiba kini terkena atas batang hidup mereka sendiri pula. Apa boleh buat, rupanya ternyata terdapat gelodak yang lebih besar dalam Gerakan itu sebenarnya. Jika tidak, masakan Lim Keng Yeik selaku penasihat parti tergamak mahu meletakkan jawatannya. Bukankah Koh Tsu Koon itu adalah Menteri Perpaduan 1Malaysia yang dilantik oleh Najib. Soalnya kenapa Keng Yeik tidak sebulu lagi dengan Koh Tsu Koon. Apakah kerana menteri itu gagal untuk menangani isu perkauman yang kini banyak dimainkan oleh parti Melayu UMNO dan NGO Perkasa itu gamaknya?].
Share:

Pemilihan PKR : Azmin Ali Menang Jawatan Ketua Cabang Gombak Sementara Itu MB Selangor, Tan Sri Khalid Terus Di Beri Mandat Di Kuala Selangor

PETALING JAYA, 3 Okt [11.20 pm] - Calon popular untuk jawatan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hari ini berjaya mempertahankan pengaruhnya di Cabang Gombak apabila mendapat undian majoriti untuk jawatan ketua cabang. Keputusan rasmi kira-kira 10 malam tadi memutuskan Azmin yang juga ahli parlimen kawasan tersebut memperoleh 324 undi, manakala pencabar tunggalnya Bakar Ninggal hanya mendapat 60 undi. Sementara itu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim terus mempertahankan kerusi Ketua Cabang Kuala Selangor. Beliau menang dengan mendapat 772 undi menewaskan dua pencabarnya iaitu Kamil (248 undi) dan Mazli (122 undi). Di Kedah pula, perebutan tiga penjuru bagi jawatan Ketua Cabang Padang Serai terjawab apabila Ahli Parlimennya, N Gobalakrishnan berjaya memenangi pertaruhan tersebut setelah dua minggu tertangguh akibat masalah 'teknikal'. Menurut Gobalakrishnan, beliau berjaya memperolehi undi sebanyak 412 undi berbanding pencabarnya Shamsul Anuar Abdullah yang hanya mendapat 217 undi. Manakala calon ketiga V Sandrasekharan mendapat hanya 159 undi. Kemenangan itu sekaligus memberikan nafas baru kepada cabang Padang Serai setelah penyandang ketua cabang terdahulu yang dikenali sebagai 'Cikgu Hamid' bertindak keluar PKR dan menyertai UMNO pada tahun lalu. Sementara itu, Pengerusi Tetap yang juga calon Naib Presiden Yahya Sahri mendapat mandat daripada akar umbi untuk menerajui Cabang Tanjong Karang apabila diumumkan menang tanpa bertanding. Di Pulau Pinang pula, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban Raveentharan Subramaniam apabila tewas kepada peguam Lim Boo Chang yang menyapu bersih undian bagi jawatan ketua Cabang Bukit Gelugor. Di Cabang Ampang, sumber dalaman parti menjangkakan kemenangan besar bagi Ketua Wanita PKR Pusat yang juga ahli parlimen kawasan tersebut Zuraida Kamaruddin berikutan kemenangan pasukannya bagi jawatan Ketua Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) cabang.

[Biar pun wujud dakwaan, Azmi Ali cuba menggulingkan Tan Sri Khalid Ibrahim dari jawatan Menteri Besar Selangor sebelum ini. Namun segalanya tidak menghakis kepercayaan penyokong masing-masing untuk memilih mereka sebagai Ketua Cabang Ampang dan Kuala Selangor. Syabas dan tahniah diucapkan kepada kedua-dua pemimpin tersebut. Semoga mereka tidak melatah dengan permainan media arus perdana yang sengaja mahu melaga-lagakan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mutakhir ini. Pemilihan yang dilakukan secara demokrasi dan banyak dicemari dengan unsur-unsur provokasi bagi mencemarkan nama paik parti nampaknya tidak menghakis kepercayaan rakyat secara keseluruhannya. Apa yang penting ialah agenda perubahan nasional yang mahu dibawa oleh parti. Pergaduhan, perbalahan yang berlaku tidak mencerminkan imej parti sebenarnya. Malah, ia lebih baik daripada pemilihan UMNO yang turut dicemari dengan beratus-ratus laporan rasuah yang lebih berbahaya!. Baling kerusi dengan rasuah, mana yang lebih hina?. Rakyat yang bijak sahaja dapat menilai semua ini. Fikirkanlah].
Share:

Edisi Pahang: Ahli PAS Menghantar Memorandum Bantahan, Kecewa Majlis Perbandaran Benarkan Acara Karnival Gegaria Harian Metro Di Temerloh

TEMERLOH, 3 Okt [8.39 pm] - Umat Islam di bandar ini kecewa dengan tindakan Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) meluluskan penganjuran Karnival Gegaria Harian Metro dekat sini. Karnival selama dua hari yang bermula semalam itu di adakan di Kubang Gajah dekat sini. Petang semalam, beberapa orang ahli PAS setempat telah menghantar memorandum bantahan kepada Yang DiPertua Majli Perbandaran Temerloh. Antara lain memorandum itu menyataka kekecewaan umat Islam kepada pihak MPT membenarkan penganjuran acara terbabit. Umum mengetahui bahawa konsert hiburan artis adalah acara kemuncak karnival tersebut. Maka sudah pastilah ia langsung tidak mendidik umat Islam ke arah menjadi lebih beriman seperti yang dianjurkan oleh agama sebenarnya. Malah, aktiviti maksiat akan terus subur dengan pencampuran bebas lelaki dan wanita terutamanya remaja Melayu. Ini akan menyebabkan berlakunya aktiviti lain yang boleh merosakkan akhlak dan akidah muda mudi itu sendiri sebenarnya. Justeru itulah, mereka membantah penganjuran acara seperti itu. Memorandum juga telah dihantar kepada Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh berhubung dengan perkara ini. Karnival tersebut dfahamkan berakhir hari ini dan mendapat sambutan hangat dikalangan penduduk tempatan terutamanya orang Melayu. Susulan daripada memorandum bantahan itu, maka pihak MPT dan Pejabat Kadi diharap agar lebih berhati-hati demi menjaga sentimen agama dikalangan orang Melayu yang beragama Islam di daerah ini. Apa guna penguatkuasaan jika akhirnya program seperti itu dilepaskan untuk hidangan rakyat, selepas berakhirnya bulan Ramadhan.

[Terkadang, kita hairan dengan fungsi pejabat agama Islam daerah yang gagal berfungsi dengan baik untuk menasihatkan pihak yang berkenaan agar tidak menganjurkan sebarang aktiviti maksiat dalam kawasan masing-masing. Namun, kita harus faham yang mereka bekerja makan gaji dengan kerajaan, maka mana mungkin membantah sebarang acara maksiat sedangkan mereka ada kuasa melakukannya. Tambah parah lagi, ada pula yang turut sama terlibat dengan aktiviti maksiat terbabit. Akhirnya, yang rosak adalah remaja Melayu Islam itu sendiri. Hasil daripada acara hiburan tersebut maka banyaklah acara sampingan lain yang turut akan disajikan sepeti minum arah, perzinaan, pergaduhan dan sebagainya. Semua ini difahami oleh mereka yang berfikiran waras terutamanya Yang DiPertua Majlis Perbandaran terbabit, namun dek kerana iman tidak ada dlaam diri maka permit acara seperti itu begitu cepat diluluskan oleh mereka yang kononnya beragama Islam. Dalam masa yang sama mereka begitu susah untuk meluluskan program-program berbentuk Islamik anjuran pihak lain atas kepentingan politik semata-mata. Semoga mereka akan menanggung dosanya di akhirat kelak. Amin].
Share:
PDO mengambil kesempatan untuk mengucapakan tahniah kepada Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga Naib Presiden, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilantik secara automatik sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil DUN Galas tidak lama lagi.

Share:

Pemilihan PKR 2010: Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Chegubard Mendahului Pencalonan Ketua AMK

KUALA LUMPUR, 2 Okt [9.35 pm] - Pertandingan bagi jawatan tertinggi Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat terkini menyaksikan Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Badrul Hisham Shaharin (foto) mendahului pencalonan setakat ini. Beliau mendapat 35 pencalonan sementara penyandang jawatan itu Shamsul Iskandar Md Akin mengikutinya dengan 29 pencalonan. Sementara itu, Rafizi Ramli setakat ini hanya mendapat 8 pencalonan sahaja. Bagi jawatan Timbalan Ketua AMK pula , Ketua AMK Selangor Khairul Annuar Ahmad Zainuddin mendahului dengan 43 pencalonan. Sementara itu ADUN Teja, Chang Lih Kang yang mendapat 20 pencalonan dan Naib Ketua AMK Amiruddin Shari mendapat lapan pencalonan dan ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad hanya satu pencalonan setakat ini. Keputusan terkini adalah berdasarkan mesyuarat bagi 72 cabang AMK yang telah disahkan.

[Nampaknya persaingan bagi jawatan Ketua AMK kini masih terbuka sebenarnya. Apapun, ramai yang agak hairan, apakah Samsul Iskandar akan bertanding kali ini sedangkan beliau sudah membuat pengumuman sebelum ini untuk menarik diri dan menawarkan untuk bertanding sebagai Naib Presiden PKR dalam pemilihan nanti. Sehingga ini, beliau mendapat pencalonan kedua tertinggi (43 pencalonan) bagi jawatan Naib Presiden, di belakang ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (108 pencalonan). Jika dilihat kepada sokongan untuk beliau kekal sebagai Ketua AMK sekarang, ternyata pengaruhnya masih lagi kuat untuk menggugat calon-calon lain. Apapun, kita amatlah berharap agar persaingan ini akan mencerminkan amalan demokrasi benar-benar subur dalam Parti Keadilan Rakyat itu].
Share:

Pilihanraya Kecil DUN Galas: Khairy Mendahului TPM Muhyiddin Kononnya Anak Tempatan Bakal Di Pilih Kiranya Ku Li Tidak Bersetuju Jadi Calon

REMBAU, 2 Okt [8.10 pm] - Jika Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menolak menjadi calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, anak tempatan yang dicalonkan itu pula mendapat restu beliau, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin (foto). Pemuda UMNO akan memberi sokongan padu terhadap calon yang dipilih pucuk pimpinan dan yakin calon yang akan diketengahkan itu adalah seorang yang berwibawa, katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbukanya di Dewan Seri Rembau di sini, hari ini. Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau berkata beliau telah mengarahkan Pemuda UMNO Kelantan dan Gua Musang membuat persiapan seperti yang dibuat untuk menghadapi pilihan raya kecil sebelumnya. Katanya Pemuda UMNO telah mengenal pasti senarai pengundi muda dan melahirkan keyakinan bahawa mereka akan menyokong Barisan Nasional. Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Kelantan Anuar Safian yang turut hadir pada majlis itu berkata Pemuda Kelantan yakin bahawa pelantikan Tengku Razaleigh sebagai Pengarah pilihan raya itu akan dapat memberikan impak yang besar. "Kita merasakan sudah tiba masanya Tengku Razaleigh diberi peranan yang besar pada pilihan raya kecil ini, lebih-lebih lagi beliau merupakan seorang pemimpin yang berpengaruh dan mempunyai pengalaman yang luas dalam politik di Kelantan," katanya. Ku Li harus diberi peranan yang besar, bukan sahaja sebagai Anggota Parlimen malah sebagai anggota DUN yang akan membawa suara rakyat Kelantan dalam sidang dewan negeri itu nanti secara lebih menyeluruh.

[Nampaknya, baru sekarang Pemuda UMNO Kelantan dan Pusat sedar akan kewujudan Tengku Razaleigh. Jika selama ini, mereka mengagung-agungkan Mustapa Mohamad, Awang Adek Hussin dan Anuar Musa sahaja sebagai pimpinan utama UMNO di Kelantan. Kini mereka mula sedar bahawa kelibat Ku Li amatlah penting untuk mengembalikan maruah UMNO BN di DUN Galas dalam pilihanraya kecil kali ini. Nampaknya kini semua mata puak-puak UMNO tertumpu kepada Ku Li. Mereka amat mengharapkan agar Ku Li bertanding bagi memudahkan kerja buat mereka. Namun, andainya Ku Li tidak mahu menerima jawatan Pengarah Pilihanraya malah bertanding di DUN Galas, maka UMNO BN pasti akan berhadapan dengan laluar yang cukup sukar untuk merampas kembali kerusi itu. Ku Li kini dilihat lebih bersama rakyat terutamanya dalam memperjuangkan isu tuntutan Royalti Minya yang sengaja dipermainkan oleh Kerajaan Pusat menerusi Petronas. Ini semua akan menguji tahap pengaruh Ku Li sebenarnya. Jika beliau menjadi calon, maka sudah pasti akan dicemuh oleh majoriti rakyat kerana kes royalti minyak itu adalah kes yang melibatkan penipuan oleh puak-puak UMNO BN].
Share:

Pilihanraya: Nik Aziz Sifatkan Cadangan Namakan Ku Li Sebagai Calon BN Di DUN Galas Tidak Wajar Dan Sengaja Rendahkan Martabat Putera Raja Itu

KOTA BHARU, 2 Okt [1.45 pm] - Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto) menyifatkan cadangan untuk menamakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas sebagai tidak wajar. Menteri Besar Kelantan itu menyifatkan cadangan itu juga sebagai merendahkan darjat Tengku Razaleigh yang tidak layak sama sekali bagi seorang pemimpin veteran itu bertanding di peringkat DUN. "Saya boleh sebut ini dah melampau. Ku Li (Tengku Razaleigh) bukan taraf dia (bertanding di DUN), dia menteri dah. Dia dah ke Parlimen dan turun ke DUN ini ada benda tak betul. "Tak jaga lidah betul (cadangan pilih Tengku Razaleigh), jagalah lidah sikit. Ku Li ni berketurunan raja dan (pernah) jadi Menteri Kewangan tiba-tiba nak letak di DUN. Ini tak betul. Ada masalah lain le ni...," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Ke-13 Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan di sini, hari ini. Nik Aziz berkata demikian mengulas cadangan untuk memilih Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu sebagai calon pada pilihan raya kecil DUN Galas berikutan ketokohan pemimpin itu. Cadangan untuk memilih Tengku Razaleigh itu juga mendapat perhatian TPM Muhyiddin Yassin yang dilaporkan berkata BN bersedia untuk mencalonkan pemimpin itu kerana ia paling sesuai dan tepat berdasarkan kepada pengalaman dan pengaruhnya di Gua Musang.

PAS Masih Belum Buat Keputusan Siapa Calon

Sementara itu, Nik Aziz berkata, PAS masih belum membuat keputusan untuk menamakan calon untuk pilihan raya kecil itu kerana ia akan diputuskan oleh jawatankuasa tertinggi parti tersebut. "Walaupun saya Pesuruhjaya (PAS Kelantan) tapi calon PAS dipilih di peringkat jawatankuasa dan ini dibuat supaya tidak ada yang berebut (jadi calon)," katanya. Nik Aziz berkata, antara kriteria calon PAS itu nanti adalah kalangan mereka yang diterima penduduk di Galas seperti tidak merokok, tidak meninggalkan solat dan tidak pernah berpoya dengan perempuan. "Kalau merokok saya memang tidak boleh terima untuk jadi calon. Itu kena bagi tau awal-awal kerana merokok ini boleh merosakkan segala-galanya dan tidak ada doktor baik Islam atau kafir mengatakan rokok ini baik. "Yang lain kriteria mesti diterima rakyat dan kita pilih hak terbaik tetapi nak cari satu orang yang boleh diterima semua memang tidak ada kerana Nabi Muhammad S.A.W pun ada yang kritik," katanya.

[Ternyata bukan sahaja rakyat Kelantan menyedari langkah Muhyiddin mahu melantik Ku Li sebagai Pengarah dan seterusnya menjadi calon BN di Pilihanraya Kecil DUN Galas adalah kerana terdesak sebenarnya. Muhyiddin takut, jika beliau sekali lagi dimalukan selepas tragedi Manek Urai dulu. Maka itu, dia cuba merendahkan martabat Ku Li. Padahal beliau tahu yang "standard" Ku Li adalah di Kerusi Presiden UMNO. Ku Li pernah menang ketika berlawan dengan Mahathir tahun 1988 dulu. Namun, tiba-tiba "blackout" berlaku dan kiraan semula dibuat akhirnya Mahathir menang. Perkara ini didedahkan oleh beberapa orang bekal pelajar ITM yang menjadi petugas semasa pemilihan pucuk pimpinan UMNO itu dulu. Makanya, dengan "title" bekas Menteri Kewangan, tidak masuk dek akal dan munasabah langsung Muhyiddin mahu Ku Li bertanding di DUN Galas. Tambah memalukan, belum pernah ada Pengarah Pilihanraya BN bertanding pula dalam sesuatu pilihanraya kecil sebelum ini. Itu pun jika Ku Li menerima kedua-dua tawaran terbabit nanti. Segalanya ditangan beliau untuk tentukannya!].

Share:

Kontroversi: Apa Dah Jadi, Polis Yang Sepatutnya Hapuskan Penjenayah Tiba-Tiba Mereka Sendiri Di Dapati Mencuri 'Bahan Bukti Kes' Jenayah Itu

KUALA LUMPUR, 2 Sept [11.23 am] - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti kes salah laku 10 anggota polis berhubung kes rampasan dadah seberat 753,539 kilogram bernilai RM254 juta di dalam sebuah lori di Rompin, Pahang, Mei tahun lepas, untuk didakwa mengikut Kanun Kesesakan. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (foto), berkata beliau bersetuju dengan cadangan Majlis Peguam Negara supaya kes itu didakwa di bawah Kanun Keseksaan. "Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar) pun telah membuat kenyataan tegas untuk menyiasat kes itu secara menyeluruh. Ketua Polis Pahang, Datuk Robiah Abdul Ghani juga sedang menunggu keputusan penolong pendakwa raya," katanya kepada pemberita pada majlis Aidilfitri kementerian itu di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini. Hishammuddin berkata perkara ini perlu dipandang serius dan tidak boleh dibiarkan berterusan kerana jelas ia boleh menjejaskan integriti dan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) di mata masyarakat, yang pastinya mengharapkan ketelusan dalam setiap siasatan. "Perlu sesuatu tindakan diambil, walaupun terhadap pegawai kita sendiri. Ini penting. Kita mahu rakyat yakin, bukan sahaja dengan kemampuan PDRM tetapi juga dapat lihat mereka yang mungkin segelintir, yang tidak jalankan tanggungjawab mereka juga diambil tindakan tegas," katanya. Hishammuddin mengulas kes seorang pemandu lori, Lee Yong Toe, 48, yang telah dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuantan semalam atas tuduhan mengedar dadah yang bernilai RM254 juta. Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Akhtar Tahir semasa menjatuhkan hukuman tersebut pada Rabu lepas turut berkata mahkamah dimaklumkan terdapat laporan bahawa beberapa anggota polis mengaku mencuri dadah dirampas yang dianggarkan seberat 40 kilogram daripada dadah yang dirampas itu. Akhtar juga berpendapat anggota polis yang bersubahat menyediakan laporan polis, dan mereka yang melakukan salah laku itu perlu dikenakan hukuman berat daripada hukuman yang dijatuhkan ke atas mereka oleh PDRM, iaitu hanya dikenakan tindakan tahan kenaikan pangkat dan pergerakan gaji.

[Sungguh memalukan dan mencemarkan imej polis sebenarnya. Pegawai yang berkenaan bukan sahaja perlu didakwa atas kesalahan mencuri dadah (40 kg) terbabit, malah mereka juga perlu disiasat mungkin mengedarkan pula dadah tersebut. Bahkan mereka juga boleh didakwa kerana menyebabkan penjenayah boleh terlepas daripada hukuman gara-gara kecuaian. Soalnya, kenapa polis mencuri dadah?. Inilah satu perkara aneh yang tidak sepatutnya berlaku. Apakah mereka menjualkan dadah itu demi mendapat habuan kemewahan. Bukankah dadah berkenaan adalah barang kes dan tidak sepatutnya diusik oleh sesiapa kerana ia berada dalam kawalan pihak polis. Jika dadah yang dalam kawalan pun mereka boleh buat sedemikian rupa, apatah lagi dalam kes yang melibatkan orang awam selama ini. Maka itulah, jika disabit dengan kesalahan berkenaan kesemua mereka wajar mendapat hukuman yang setimpal malah ke tali gantung sekali pun. Bukankah mereka diamanahkan untuk membenteras kegiatan tersebut, maka tidak wajar mereka sendiri yang cuba mencuri dadah-dadah terbabit. Namun, rakyat juga gusar akhirnya pegawai terbabit tidak akan dikenakan apa-apa tindakan kerana mereka "polis". Apapun, nantikan saja siapakah pegawai polis itu?].
Share:

Blog Pahang Daily Online (PDO) Lancar Facebook

Selaras dengan sokongan dan perhatian pembaca yang semakin meningkat terhadap Pahang Daily Online sekarang ini, maka kami dengan bangganya melancarakan Facebook PDO mulai hari ini. Justeru itu jadilah sahabat PDO untuk dapatkan info terkini dan pendedahan eksklusif yang akan dibuat terhadap isu-isu semasa rakyat dan politik tanahair. Anda boleh menghantarkan sebarang komen atau pendedahan eksklusif terus menerusi Facebook kami.
Share:

Pilihanraya: Tawaran TPM Muhyiddin Agar Ku Li Menggalas Tanggungjawab Sebagai Pengarah Dan Calon BN DUN Galas Masih Dalam Teka-Teki Lagi !!

KOTA BARU, 2 Okt [9.25 am] - Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah (foto) pada Jumaat belum membuat sebarang keputusan berhubung pelantikkannya sebagai pengarah pilihan raya UMNO/Barisan Nasional (BN) yang diberikan kepadanya bagi pilihan raya kecil Galas. "Saya tidak menyatakan ya atau tidak. Saya akan menjelaskannya apabila saya kembali ke Malaysia," katanya dalam laman sosial, Twitter, semalam. Tengku Razaleigh ketika ini berada di luar negara. Pada Rabu lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelantikan Tengku Razaleigh sebagai pengarah pilihan raya UMNO/BN manakala Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dilantik sebagai timbalan pengarah, serta dibantu jentera parti di peringkat negeri dan pusat. Kerusi Dewan Undangan Negeri Galas kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Chek Hashim Sulaima, 46, dari PAS akibat barah usus di Kuala Lumpur pada 27 Sept yang lalu.

[Keputusan kini terletak ditangan Ku Li. Andainya beliau bermaruah, sudah pasti dia tidak akan menerima jawatan tersebut. Selama ini dia telah dipinggirkan dan dihina oleh pucuk pimpinan tertinggi UMNO, terutamanya dalam isu mempertahankan royalti minyak Kelantan baru-baru ini. Malah, dia dikritik seolah-olah tidak mempunyai jasa langsung terhadap parti itu. Semuanya, gara-gara menantang kepimpinan PM Mahathir dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu pada tahun 1988 dulu. Kini selepas lebih 20 tahun ia berlalu nasib Ku Li masih "bagaikan telur dihujung tanduk". Beliau hanya menjadi "Ahli Parlimen Biasa" sahaja, sedangkan pengalaman dan kepakaran jauh lebih tinggi daripada lain-lain pemimpin UMNO yang diangkat sebagai Menteri Kabinet Kerajaan BN itu sebenarnya. Maka, inilah masanya untuk Ku Li, menunjukkan jalan kepada pemimpin UMNO betapa dirinya cukup berharga sebenarnya. Kini Muhyiddin mula tersepit dan merayu agar putera raja itu menerima tawaran untuk memimpin UMNO BN dalam pilihanraya kecil DUN Galas tidak lama lgi. Apakah Ku Li sanggup menghina dirinya sendiri dengan menerima jawatan "ihsan" itu agaknya?].

Share:

Pilihan Raya Kecil DUN Galas: Nasharuddin Isa Kata Tidak Nampak Kelebihan Perlantikan Ku Li Kerana Yang Bertanding Antara Itu BN Dan PAS

KOTA BAHRU 1 Okt [8.20 pm] - Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa (foto) berkata, beliau tidak nampak pelantikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengarah Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas memberi kelebihan kepada parti yang bertanding sama ada Barisan Nasional (BN) atau PAS. Ini kerana, katanya, yang akan bertanding bukannya antara anggota Parlimen Gua Musang itu dengan PAS tetapi antara PAS dengan UMNO. "Jadi, saya tak nampak pelantikan Tengku Razaleigh itu boleh memberi kelebihan kepada mana-mana pihak, sama ada Pas atau UMNO. Yang pasti Pas akan berlawan dengan UMNO bukannya dengan Tengku Razaleih,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Kelantan, hari ini. Majlis itu disempurnakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga MB Kelantan. Nasharuddin yang juga Anggota Parlimen Bachok berkata, PAS menaruh keyakinan untuk pertahankan kerusi DUN itu berdasarkan kepercayaan rakyat kawasan berkenaan serta rekod perkhidmatan parti itu melalui bekas wakil rakyatnya, Arwah Chek Hashim Che Sulaima.

[Nampaknya, UMNO BN begitu gah kononnya Ku Li akan menggalas tanggungjawab menjadi calon di DUN Galas dalam pilihanraya kecil ini. Namun, mereka juga harus ingat bahawa Ku Li sering dihina dan dipandang sebelah mata oleh kepimpinan tertinggi UMNO termasuk Najib sendiri. Malah, penghinaan yang paling jelas terhadap Ku Li ialah bila Najib melantik Rais Yatim dan Shabery Chik yang merupakan anak buah Ku Li semasa dalam Parti Melayu Semangat 46 dulu ke dalam kabinetnya. Dua-dua pemimpjn terbabit telah dilantik sebagai menteri oleh Najib Razak sendiri. Perlantikkan ini jelas sekali menghina Ku Li sebenarnya. Malah, beliau dilihat lebih senior dan berpengalaman daripada kedua-dua pemimpin itu. Soalnya, kenapa Ku Li yang merupakan Presiden S46 tidak dianggat oleh Najib?. Ini semua kerana takut kiranya Ku Li melawan jawatan tertinggi parti itu sebenarnua. Nah, kenapa sekarang mereka terkinja-kinja mahu mengagungkan pula putera raja itu agaknya?. Apakah ini bermakna, UMNO BN memang terlalu takut atau merupakan satu strategi untuk memalukan Ku Li. Semoga Ku Li dapat bertindak secara rasional untuk mengajar mereka yang telah menjatuhkan maruahnya itu. Langkah terbaik ialah Ku Li menolak diri dari menjadi calon DUN Galas dan kekal dengan prinsipnya untuk memperjuangkan isu royalti minyak].

Share:

Pilihan Raya Kecil DUN Galas: Gara-Gara Takut Di Malukan Isu Royalti Minyak, Maka Itu Muhyiddin Mula Membodek Ku Li Untuk Bertanding Di Situ !!

PUTRAJAYA, 1 Okt [3.45 pm] - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah boleh dipertimbang sebagai calon BN untuk bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Galas. Katanya, BN sedia membincangkan perkara itu kerana beliau percaya Tengku Razaleigh merupakan calon paling tepat dan sesuai berdasarkan pengalaman dan pengaruhnya di Gua Musang. Namun, katanya, soal sama ada Tengku Razaleigh mahu bertanding atau terdapat calon yang lebih sesuai untuk dicadangkan kepada pucuk pimpinan, terpulang kepadanya. "Sebagai mana biasa kita beri lebih ruang pada beliau (selaku pengarah pilihan raya kecil BN bagi kerusi untuk senaraikan (calon) dan kalau fikir ada nama paling tepat, sesuai dan boleh beri kemenangan cemerlang di situ, kita akan berikan keutamaan," katanya. Muhyiddin memberitahu pemberita demikian di Putrajaya hari ini ketika diminta mengulas cadangan Ketua Pemuda UMNO Kelantan Anuar Safian yang Tengku Razaleigh diletak sebagai calon BN kerana beliau mampu merampas semula kerusi tersebut daripada PAS. Mengenai dakwaan PAS kononnya pelantikan Tengku Razaleigh sebagai pengarah pilihan raya BN bagi kerusi Galas memberi kelebihan kepada PAS kerana beliau turut menyokong tuntutan royalti minyak, Muhyiddin berkata, PAS sebenarnya sedang "gundah-gulana". "Dia (PAS) kata beri kelebihan pada dia sebab isu royalti sebenarnya mereka gundah-gulana dengan pengaruh besar yang ada pada Tengku Razaleigh sebagai pemimpin parti yang cukup berpengalaman, sudah sebati dan sinonim dengan Gua Musang. "Tengku Razaleigh mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat Melayu, Cina dan India kerana sudah biasa mengenalinya secara peribadi, soal isu royalti kita boleh jelaskan lebih-lebih lagi Tengku Razaleigh pastiya bukan sahaja faham tapi pakar dalam soal itu," kata Muhyiddin lagi.

[Apapun kenyataan yang dibuat oleh Muhyiddin itu, ternyata BN sedang ketakutan untuk berhadapan dengan pengundi di DUN Galas sebenarnya. Malah, menjadi lazimnya Timbalan Perdana Menteri akan menjadi Pengarah sesuatu pilihanraya kecil selama ini. Namun di Kelantan, Muhyiddin terlalu takut kerana masih dibayangi dengan "wajah-wajah rakyat" di Manek Urai yang masih belum mendapat habuan yang dijanjikan kepada mereka dulu. Malah, mereka masih menanti janji-janji yang dibuat oleh Muhyiddin tatkala kempen pilihanraya kecil kawasan itu dulu. Kini, barulah "buku bertemu dengan ruas", gara-gara janji manis di sana sudah pastilah akan memberi ruang kepada rakyat di Galas untuk menolak BN lagi kali ini. Selain itu, Muhyiddin takut berhadapan dengan rakyat Kelantan yang amat sinonim dengan "orghe bui ambik, paangkoh bule @ orang bagi ambik pangkah bulan". Maknanya rakyat Kelantan lebih bijak dalam menilai siapa yang lebih berhak dipilih oleh mereka. Ditambah lagi dengan isu royalti minyak yang menghimpit Kerajaan Pusat sekarang ini. Makanya, Muhyiddin pasti akan gagal berhadapan dengan suara-suara rakyat di Galas sebenarnya. Justeru itulah, langkah terbaik beliau mula memuji dan membodek Ku Li. Sedangkan selama ini, Ku Li dianggap langsung tidak ada tempat dalam UMNO itu sebenarnya. Apakah Ku Li akan bertindak bijak kali ini, atau akan terus diperbodohkan oleh puak-puak UMNO selamanya].
Share:

Gempar: Veteran Parti Dedahkan 'CD Konspirasi' Tentang Azmin Ali Menggunakan Reformis Untuk Gulingkan MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim !!

Pemilihan PKR 2010 ini nampaknya semakin panas dan mendebarkan. Berbagai isu telah dimainkan antara penyokong pemimpin yang bertanding. Bermula dengan peringkat cabang hinggalah ke peringkat pusat sekarang ini. Jika dicabang-cabang, isunya timbul akibat sesetengah pihak tidak berpuas hati apabila calon yang disokong dan dijangka menang, tiba-tiba tertewas. Mulalah timbul perasaan tidak puas hati, biarpun pada awalnya masing-masing bersetuju untuk mengganggap pertandingan yang dijalankan adalah berbentuk "adik beradik". Namun, anehnya bila ada yang tertewas mulalah mengungkit berbagai-bagai perkara hingga menggoncangkan parti. Bermula dengan isu politik wang, ugutan, penipuan undi, pengundi hantu hingga kepada penggunaan kumpulan samseng. Semua ini menjadi rencah pertandingan, terutamanya bagi mereka yang tertewas. Namun, ada sesuatu yang perlu diberi perhatian sewajarnya oleh semua pihak sebenarnya. Bak kata pepatah Melayu "jika tiada angin, masakan pokok bergoyang". Maka inilah hakikatnya, sebelum pemilihan semuanya nampak cantik dan berjalan dengan baik belaka. Namun, selepas pemilihan barulah berbagai kebobrokan itu mula terdedah. Soalnya sekarang, apakah menjadi satu kesalahan apabila orang yang kalah mempertikaikan calon yang menang?.

Jangan Hampakan Harapan Rakyat Kepada Parti

Tambahan pula, jika mereka dapat membuktikan bahawa wujudnya berbagai penyelewengan dan penipuan ketika kempen dan pertandingan sebenar diadakan. Apakah bermaruah, jika seorang calon yang tewas mendiamkan diri sekiranya mereka tahu dan berjaya membuktikan kesalahan yang dilakukan oleh pihak lawan?. Memang benar, bagi yang menang akan mengatakan "orang kalah memang akan melatah serta tidak puas hati". Namun, apalah erti kemenangan jika ia disulami dengan berbagai penyelewengan itu sebenarnya. Maka, disinilah letakkan tanggungjawab kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat siasatan dan serta mencari jalan terbaik untuk penyelesaiannya. Kita tidak mahu, parti rosak kerana sikap segelintir pihak yang "gila kuasa" dan "kemaruk untuk menang"?. Jika perkara ini gagal dibendung dengan baik maka kita khuatir akhirnya kepercayaan rakyat akan terhakis jua. Mungkin juga masalah sebegini akan menjejaskan prestasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat itu sendiri dalam Pilihanraya Umum Ke-13 nanti.

CD Konspirasi Azmin Jatuhkan MB Di Dedahkan


Banyak pendedahan panas yang berlaku sejak akhir-akhir ini, termasuk yang melibatkan calon-calon untuk jawatan tertinggi parti. Terbaru semalam, seorang bekas pemimpin tertinggi PKR mendedahkan rakaman "perbualan telefon" tentang "satu konspirasi" untuk menjatuhkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Pendedahan tersebut telah dibuat oleh Ng Lam Yong (foto) iaitu salah seorang pemimpin veteran serta pengasas Parti Keadilan Nasional (PKN) suatu ketika dulu. Menurut beliau konspirasi itu dilakukan oleh Calon Timbalan Presiden PKR iaitu Azmin Ali sendiri. Beliau memintan satu jawatankuasa khas untuk menyiasat perkara tersebut. Dalam sidang medianya semalam, Lam Yong mendedahkan beliau menerima sebuah CD yang dihantar melalui pos ke rumahnya. Katanya, CD tersebut mengandungi rakaman perbualan telefon diantara dua lelaki selama 10 minit berhubung dengan perkara berkenaan. Tambah memeranjatkan, menurut beliau perbualan tersebut adalah melibatkan seorang yang amat dikenali iaitu Ramlan Abu Bakar, Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis). Ramlan dipercayai telah menggemparkan politik negara akibat kerelaannya melakukan "Demontrasi Bogel" di hadapan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Pada tahun 2009 dulu, Ramlan dipercayai mengadakan demontrasi tersebut atas alasan kononnya sudah rimas dengan permainan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kerana terus memandang sepi berhubung aduan yang dikemukakan berkaitan dengan kebajikan dan permasalahan rakyat. Kes itu mendapat liputan meluas oleh media arus perdana. Malah ketika itu media memainkan isu bahawa wujudnya usaha Azmin untuk merampas kerusi Menteri Besar. Lantaran itu Azmin Ali dikatakan terpaksa letakkan jawatannya dari ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) selepas gagal gulingkan Khalid dari jawatan Menteri Besar Selangor.

Benarkah Azmin Yang Arah Demonstrasi Bogel

Dalam CD yang didedahkan oleh Ng Lum Yong itu, beliau secara jelas mengatakan amat mengecam suara Ramlan Abu Bakar (foto) namun tidak kepada suara yang satu lagi. Antara lain, Ramlan yang mengetuai "Skuad Bogel" itu memberitahu bahawa dia telah diarahkan oleh Azmin Ali untuk menjatuhkan Khalid. Ramlan juga mengakui kepada indidivu tersebut bahawa dia dijanjikan ganjaran yang merupakan sebuah lot berniaga di pasar malam dari Azmin. Malah Azmin katanya telah membekalkan dokumen tentang rasuah bagi menjatuhkan Khalid. Perbualan tersebut bermakna Azmin telah merancang untuk menjatuhkan MB Selngaor itu sejak sekian lama katanya. “Saya ingin bertanya Azmin: apakah tujuannya menggunakan Ramlan untuk melancarkan kempen terhadap Khalid sedangkan Khalid juga adalah ahli PKR dan Menteri Besar Selangor?” Walaubagaimanapun, Ng memberitahu dia tidak mempunyai niat jahat, dan menambah bahawa tujuan mendedahkan perbualan ini kepada umum adalah untuk menjelaskan keadaan demi kebaikan parti. “Saya masih lagi ahli parti dan sayang kepada parti. Saya tidak mau menghancurkan parti. Saya telah banyak berkorban sepanjang 10 tahun yang lalu.” kata Ng, yang bertanding sebagai Calon Parlimen Tanjong Malim sebelum ini tetapi menolak untuk bertanding di Parlimen Wangsa Maju pada tahun 2008.

Pendedahan Di Lakukan Atas Kehendak Sendiri

Beliau menambah, apa yang dilakukannya di Wangsa Maju (dimana Wee Choo Keong sekarang Ahli Parlimen Bebas) sedangkan beliau sepatutnya menjadi Ahli Parlimen menunjukkan bahawa dia bukan lapar kuasa.
“Saya bukan gila kuasa. Saya disini atas kehendak diri saya sendiri dan tidak dipaksa atau dibayar oleh sesiapa pun.” katanya. Dia menjelaskan sebab utama dia mendedahkan rakaman perbualan itu kerana mahukan parti membersihkan nama rakan-rakannya (termasuk Azmin dan Khalid) dengan mendedahkan isu ini sebelum rakaman tersebut tersebar luas. “Semalam, Syed Husin Ali hantar SMS kepada saya meminta dihentikan sidang media ini. Tetapi saya rasakan perlu meneruskannya. Saya tidak tuduh sesiapa. saya hanya mahukan penjelasan dan mahukan parti mengambil serius perkara ini.” katanya. Ng juga menerima panggilan dari Naib Presiden Dr. Lee Boon Chye dan Tian Chua.

Ramlan Mengaku Azmin Ada Tawarkan Habuan


Sementara itu semalam, Ramlan Abu Bakar (foto) juga mendakwa Naib Presiden PKR, Azmin Ali pernah menawarkan habuan kepada Reformis untuk menjatuhkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Menurut Ramlan, antara tindakan Reformis yang ada kaitan dengan agenda tersebut ialah demonstrasi bogel di hadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor pada 2009 serta aduan rasuah melibatkan Abdul Khalid kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Beliau berkata, semua tindakan itu bertujuan menjatuhkan Abdul Khalid sekali gus memberi laluan kepada Azmin untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baru. "Memang tidak dinafikan agenda perjuangan Reformis berasaskan rakyat, tetapi Azmin seorang yang amat bijak dalam konteks memanipulasi keadaan. Beliau gunakan kesempatan itu untuk mencalar imej MB. "Sebagai ahli politik, Azmin merupakan seorang yang bercita-cita besar dan antara matlamatnya adalah untuk jadi Menteri Besar Selangor. Saya dan rakan-rakan dalam Reformis menjadi alat untuk capai matlamat itu," katanya.

[Pendedahan yang sungguh mengejutkan disaat pemilihan pucuk pimpinan parti yang semakin hampir sekarang ini. Soalnya sekarang, apakah benar Azmin yang merancang demontrasi Bogel itu agaknya, atau ia sengaja diada-adakan. Namun jika dilihat kepada pengakuan oleh Ramlan Abu Bakar sendiri selepas itu, memang seolah-olah ada kebenaran atas perkara ini. Wajarlah disiasat dengan rapi oleh parti, demi menjaga keharmonian dan nama baik di mata rakyat. Kita tidak mahu parti akhirnya rosak dek kerana ada pemimpin yang sanggup melakukan konspirasi jahat terhadap pemimpin yang lain. Cukuplah rakyat dibebani dengan isu konspirasi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kenapa perlu ada konspirasi lain yang jelas sekali akan mengeruhkan keadaan itu agaknya. Namun, mungkin juga pendedahan itu sendiri juga merupakan konspirasi untuk menjatuhkan imej Azmin menjelangnya pemilihan parti November ini. Soalnya, mana satu yang benar sekarang? Hanya Azmin yang lebih mengetahuinya. Justeru itu janganlah kita terlalu taksub dengan apa jua pandangan dan pendedahan yang dilakukan disaat pemilihan yang bakal berlangsung itu sebenarnya. Cuma, "siapa yang makan cili, dia yang akan merasa pedasnya"].
Share:

Kontroversi: Wan Azizah, Tiada Arahan Tindakan Displin Terhadap Datuk Zaid Ibrahim Jika Hanya Berasarkan Kepada Fitnah Dan Maklumat Palsu !!

PETALING JAYA, 1 Okt [11.01 am] - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyatakan tidak ada sebarang arahan dikeluarkan bagi mengambil tindakan disiplin terhadap Ahli Majlis Pimpinan Pusat parti, Datuk Zaid Ibrahim (foto). Menurut biro politiknya, mereka juga tidak menerima sebarang aduan berhubung bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu. Dalam satu kenyataan, biro yang dipengerusikan presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail turut "menyangkal fitnah dan maklumat palsu berkenaan perkara ini". Mengulas perjalanan proses pemilihan cabang, biro berkenaan meminta jawatankuasa pemilihan pusat PKR meneliti segala aduan keganasan, kekecohan dan tindakan liar yang melanggari kod tatalaku pemilihan bagi tujuan menggagalkan mesyuarat . "Jawatankuasa pemilihan pusat mempunyai kuasa untuk membuat keputusan serta mengambil tindakan displin berkenaan penglibatan ahli dalam proses pemilihan parti termasuk mengundi, menjadi calon mahupun berkempen," kata biro itu. Kenyataan itu juga menjelaskan, PKR akan mengkaji kes mana-mana calon dan anggota yang memburukkan parti serta pimpinannya melalui media selepas kalah dalam pemilihan parti.

[Kenyataan Wan Azizah ini dibuat, mungkin dek kerana banyak terdapat laporan dan tuduhan yang dibuat kepada calon-calon yang bertanding untuk jawatan tertinggi sekarang ini. Memang banyak yang menggunakan alasan politik wang, ugutan, penyelewengan serta berbagai-bagai lagi selepas mengetahui gerak kerja lawan lebih kuat serta tersusun daripada kumpulan mereka. Senario ini ada;ah adat biasa dalam mana-mana pertanidngan. Oleh itu, kita amatlah mengharapkan agar perebutan jawatan tertinggi parti tidak akan menjadi seperti UMNO awal tahun lalu. Ali Rustam dikenakan tindakan displin dan dilarang bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO gara-gara masalah peribadinya. PKR harus jujur dan ikhlas mengamalkan demokrasi jika mahu terus maju pada masa depan. Kenyataan dan tuduhan tidak berasas haruslah diketepikan demi menjaga nama baik calon yang bertanding serta parti itu].
Share:

Sensasi: Saiful Bukhari Azlan Di Timpa Musibah, Kereta Kesayangan Pemberian Arwah Bondanya Hilang Di Percayai Akibat Di Curi Ketika Makan !!

Selepas lebih tiga bulan tidak mengemaskini blognya, tiba-tiba semalam Saiful Bukhari Azlan mengejutkan semua orang dengan berita kehilangan kereta kesayangannya. Dalam posting terbaru diblognya itu semalam Saiful menjelaskan bahawa kereta Proton Waja bernombor pendaftaran WLG9170 (foto) itu dipercayai hilang ketika beliau sedang makan malam bersama bapanya di sebuah restoran. Beliau percaya kereta tersebut telah dicuri ketika ia diletakkan di bahu jalan Lorong Medan Tuanku 2. Kuala Lumpur sekitar jam 8.35 malam. Laporan Polis telah dibuat di IPD Dang Wangi. "Jika ada sebarangan maklumat, mohon jasa baik rakan-rakan dan pengunjung blog saya menghubungi Pegawai Penyiasat IPD Dang Wangi Sarjan Mejar Shukor di talian 019-3245442.Buat masa ini, saya tidak mahu mengesyaki atau mengaitkan kehilangan kenderaan saya ini dengan perbicaraan yang sedang berlangsung. Saya serahkan kepada pihak Polis untuk menyiasat", katanya.nBeliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan serta orang ramai diatas keperihatinan, bantuan dan doa sejurus saya mengumumkan berita kehilangan tersebut di Facebook dan Twitter malam semalam. "Kereta tersebut banyak kenangan dan jasanya. Ia juga merupakan hadiah dari Arwah Ibu sebelum beliau kembali ke Rahmatullah pada tahun 2004. Apapun, sebagai hamba Allah, saya akan terus berdoa, tenang dan sabar. Insyaallah, jika ada rezeki, pulanglah ia, jika tiada, maka saya Redha. Diharap rakan-rakan diluar sana terutama pemilik kenderaan mengambil iktibar dan berhati-hati. Kes kecurian kenderaan sudah menjadi perkara normal semenjak akhir-akhir ini. Ia boleh berlaku pada sesiapa sahaja", tambah Saiful.


Klik untuk besarkan bukti saman trafik milik Saiful Bukhari Azlan itu
[Kami turut merakamkan simpati atas musibah yang menimpa Saiful Bukhari Azlan (foto) ini. Semoga pihak polis dapat menjalankan siasatan yang rapi terhadap kehilangan tersebut. Apapun, mungkin kehilangan itu merupakan "satu musibah" buat dirinya. Tidak semestinya kes yang dihadapi sekarang, mungkin ada kes-kes lain yang tidak disedarinya sebelum ini. Ramai juga dikalangan pembaca yang kehilangan kereta seperti beliau sebenarnya. Namun mereka pasrah kerana ada hikmah disebalik apa yang berlaku itu. Mungkin ia sebagai kifarah dosa atas segala kesilapan yang telah kita lakukan atas dunia ini. Namun, sesuatu yang mengejutkan ialah kereta Saiful itu mempunyai tujuh saman tidak berbayar sejak tahun 2005 lagi. Malah, dipercayai enam daripada saman polis tersebut adalah "Saman Ekor". Maknanya Saiful mungkin akan menyokong Kerajaan Pakatan Rakyat semula jika saman ekor dimansuhkan andai ia dijadikan salah satu manifesto bila menang dalam pilihanraya umum akan datang. Semoga Saiful tabah menghadapi dugaan ini, kerana ada "orang lain yang lebih tersiksa akibat kehilangan sesuatu" dek tindakan beliau selama ini].
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.