PETALING JAYA, 3 Okt [11.20 pm] - Calon popular untuk jawatan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hari ini berjaya mempertahankan pengaruhnya di Cabang Gombak apabila mendapat undian majoriti untuk jawatan ketua cabang. Keputusan rasmi kira-kira 10 malam tadi memutuskan Azmin yang juga ahli parlimen kawasan tersebut memperoleh 324 undi, manakala pencabar tunggalnya Bakar Ninggal hanya mendapat 60 undi. Sementara itu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim terus mempertahankan kerusi Ketua Cabang Kuala Selangor. Beliau menang dengan mendapat 772 undi menewaskan dua pencabarnya iaitu Kamil (248 undi) dan Mazli (122 undi). Di Kedah pula, perebutan tiga penjuru bagi jawatan Ketua Cabang Padang Serai terjawab apabila Ahli Parlimennya, N Gobalakrishnan berjaya memenangi pertaruhan tersebut setelah dua minggu tertangguh akibat masalah 'teknikal'. Menurut Gobalakrishnan, beliau berjaya memperolehi undi sebanyak 412 undi berbanding pencabarnya Shamsul Anuar Abdullah yang hanya mendapat 217 undi. Manakala calon ketiga V Sandrasekharan mendapat hanya 159 undi. Kemenangan itu sekaligus memberikan nafas baru kepada cabang Padang Serai setelah penyandang ketua cabang terdahulu yang dikenali sebagai 'Cikgu Hamid' bertindak keluar PKR dan menyertai UMNO pada tahun lalu. Sementara itu, Pengerusi Tetap yang juga calon Naib Presiden Yahya Sahri mendapat mandat daripada akar umbi untuk menerajui Cabang Tanjong Karang apabila diumumkan menang tanpa bertanding. Di Pulau Pinang pula, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban Raveentharan Subramaniam apabila tewas kepada peguam Lim Boo Chang yang menyapu bersih undian bagi jawatan ketua Cabang Bukit Gelugor. Di Cabang Ampang, sumber dalaman parti menjangkakan kemenangan besar bagi Ketua Wanita PKR Pusat yang juga ahli parlimen kawasan tersebut Zuraida Kamaruddin berikutan kemenangan pasukannya bagi jawatan Ketua Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) cabang.
[Biar pun wujud dakwaan, Azmi Ali cuba menggulingkan Tan Sri Khalid Ibrahim dari jawatan Menteri Besar Selangor sebelum ini. Namun segalanya tidak menghakis kepercayaan penyokong masing-masing untuk memilih mereka sebagai Ketua Cabang Ampang dan Kuala Selangor. Syabas dan tahniah diucapkan kepada kedua-dua pemimpin tersebut. Semoga mereka tidak melatah dengan permainan media arus perdana yang sengaja mahu melaga-lagakan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mutakhir ini. Pemilihan yang dilakukan secara demokrasi dan banyak dicemari dengan unsur-unsur provokasi bagi mencemarkan nama paik parti nampaknya tidak menghakis kepercayaan rakyat secara keseluruhannya. Apa yang penting ialah agenda perubahan nasional yang mahu dibawa oleh parti. Pergaduhan, perbalahan yang berlaku tidak mencerminkan imej parti sebenarnya. Malah, ia lebih baik daripada pemilihan UMNO yang turut dicemari dengan beratus-ratus laporan rasuah yang lebih berbahaya!. Baling kerusi dengan rasuah, mana yang lebih hina?. Rakyat yang bijak sahaja dapat menilai semua ini. Fikirkanlah].

Tiada ulasan:
Catat Ulasan