script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pemilihan PKR: Terbukti Akhirnya Pertembungan Satu Lawan Satu Antara Samsul Iskandar Dengan Chegubard Bertanding Bagi Jawatan Ketua AMK !!

Akhirnya pertembungan dua "jagoan anak muda reformasi" terungkap jua hari ini. Samsul Iskandar Md Akin (Sam) dan Badrul Hisham Shahrin (Chegubard) bakal berentap untuk menentukan siapakah Ketua AMK dalam Pemilihan PKR 2010 ini. Sementara itu, dua lagi calon yang disebut-sebut sebelum ini untuk turut bertanding bagi posisi penting tersebut, iaitu Rafizi Ramli dan Hasmi Hashim menarik diri. Shamsul hadir bersama kira-kira 100 orang penyokongnya pada jam 2.00 petang tadi untuk menghantar borang pendaftaran, sementara Chegubard tiba kira-kira 15 minit kemudian. Shamsul turut diiringi oleh barisan Exco bayangannya, iaitu Khairul Anuar Ahmad Zainuddin (Jonah) yang bertanding bagi jawatan Timbalan Ketua AMK dan Chan Ming Kai yang menawarkan diri bagi jawatan Naib Ketua AMK. Sementara itu, Chegubard turut diiringi oleh Chang Lih Kang yang menawarkan diri bagi jawatan Timbalan Ketua AMK, bersama-sama Yunus Jamhari, yang menawarkan diri bagi jawatan Naib Ketua AMK. Dengan keputusan terbaru ini, bermakna Chebubard yang pada awalnya dijangka boleh menang mudah sekiranya Rafizi dan Hashimi bertarung dalam pemilihan jawatan tersebut. Kini, laluannya agar sukar dan penuh berliku. Malah, berbagai tuduhan yang dilemparkan oleh penyokong Chegubard kepada Samsul kini seolah-olah sudah tenggelam begitu sahaja. Samsul sebelum ini dikatakan akan bertanding jawatan Naib Presiden untuk memberi laluan mudah kepada Chegubard. Namun, keputusan itu berubah selepas beliau pulang dari Jakarta baru-baru ini. "Saya bukannya U-Turn, tapi hanya pilih T-Junction", kata Samsul ketika ditemui selepas beliau menghantar borang pencalonannya itu. Kenyataan ini menunjukkan beliau berada di dua persimpangan dan boleh memilih salah satu darinya untuk bertanding. "Saya hanya menawarkan diri untuk jawatan Naib Presiden, bukan bermakna saya harus memilih jalan itu", katanya lagi. Berikut adalah senarai terkini calon-calon AMK.

Sila klik untuk besarkan imej senarai calon pemilihan AMK 2010 ini

[Pertembungan dua penjuru ini memang tidak dapat dijangka oleh ahli PKR sebenarnya. Mereka sungguh terkejut dengan apa yang berlaku. Namun, inilah hakikatnya berpolitik. Cuma apa yang diharapkan agar kedua-dua pemimpin terbabit dapat bertanding secara "anak jantan", tidak mengutuk peribadi masing-masing dan hanya memperjuangkan manifesto untuk membawa perubahan besar kepada anak muda. Inilah yang paling utama sebenarnya. Semoga pertembungan ini dpat berjalan dengan baik dan tidak wujud jurang perbezaan yang lebih besar antara kedua-dua penyokong calon terbabit atas keputusan yang berlaku kelak. Selamat berjuang buat Samsul dan juga Chegubard. Harapan Baru Anak Muda !!].
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Negeri Pahang, Seramai 671 Calon Berjaya Cemerlang Perolehi 'Straight A'

KUANTAN: Seramai 671 daripada 17,429 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Pahang berjaya memperoleh kepu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.