script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Zakaria Abd Hamid Nafi Beliau Ada Terlibat Wujudkan Semula Konspirasi Menjatuhkan Kepimpinan Dato' Fauzi

KUALA LUMPUR, 19 Okt [10.30 pm] - Sususlan pendedahan PDO tentang adanya ura-ura beberapa kerat pimpinan anak muda (AMK) di Pahang yang mahu menghidupkan kembali "konspirasi 2008" bagi mencabar kepimpinan Dato' Fauzi Abdul Rahman, maka ramai pihak yang terkejut sebenarnya. Ada yang percaya dan tidak kurang pula yang menganggap ianya satu "fitnah". Harus diingat bahawa "ura-ura" bermakna ia satu laporan benar atau pun tidak, makanya mungkin juga maklumat tersebut adalah satu spekulasi semata-mata. Namun, harus diingat bahawa pihak yang terbabit harus berhati-hati dan tidak terus menyerang peribadi penyokong Datuk Zaid Ibrahim dalam laman sembang sosial Facebook. Sementara itu, individu yang dikaitkan dengan laporan tersebut iaitu Zakaria Abd Hamid (foto), menafikan bahawa dia menjadi "dalang" kepada agenda tersembunyi itu. Beliau yang juga merupakan Ketua PKR Cabang Lipis dan Calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dalam pemilihan 2010 ini berkata "Masya Allah ia hanya satu fitnah. Saya tiada niat jadi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang seperti yang diwar-warkan, malah saya sudah selesa dengan kerja-kerja di pusat. Dato' Fauzi sudah banyak pulihkan sokongan rakyat terhadap keadilan terutamanya masyarakat peneroka Felda dan orang asal. Ramai orang tidak tahu keikhlasan saya dalam perjuangan". Kenyataan ini dibuat sebagai respon kepada laporan terdahulu yang didedahkan oleh PDO sebelum ini.

[Soalnya sekarang, apakah benar beliau memang tidak tahu perkara itu?. Atau mungkin beliau tidak menyedari tindakan yang dibuat oleh kumpulan anak muda (AMK) tersebut?. Jika begitu halnya, beliau harus membuat teguran kepada pihak terbabit agar tidak terlalu keras menyerang kumpulan yang menyokong Datuk Zaid Ibrahim dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan 2010 ini. Jika tidak, sudah pasti nama beliau juga akan terpalit, memandangkan terdapat maklumat daripada beberapa pihak yang percaya adanya gerakan ini. Apapun tahniah kepada Zakaria kerana berani berterus terang dalam hal ini. Cuma sekarang, siapa sebenarnya dibelakang kumpulan terbabit. Pimpinan AMK terbabit perlu bertanggungjawab atas semua ini. Malah jika benar dakwaan ini maka Saudara Sani tidak layak untuk diangkat sebagai Exco AMK Pusat kerana jelas beliau tidak matang dalam membuat tindakan. Oleh itu diharap agar mereka lebih berhati-hati selepas ini].
Share:

2 ulasan:

  1. PDO.aku dah kata ini bukan konspirasi,Dato Fauzi tu bukan tokoh besar sampai nak adakan konspirasi jatuh kan belaiu.Kalau dia boleh buat kerja apa salahnya d terus teraju PKR Pahang ,tapi jangan terlalu bergantung pada Hj.Nan dan Zaidi tu,dan jangan juga terlalu bergantung kepada subsidi orang tertentu sehingga tergadai body.Pada PDO pun Dato Fauzi tak boleh terlalu bergantung harap,kerana kekdang aku tengok artikel dlm PDO ni tak tepat dan huha je yg lebih isinya yelek.

    PKR dah ada sistem khusus utk memilih KPN ,so tunggu je lah.Yang PDO sibuk issu konspirasi ni ,apa kebendanya.Nampak macam takut pda bayang-bayang je.Nak buat strategi Zaid ke,preampt benda yg bukan-bukan.Apa yg PDO buat ni tak nampak cerdik pun dari segi publisiti utk Dato Fauzi.Ianya lagi menjelaskan kepada ramai bahawa Dato Fauzi dan kuncu-kuncunya memang team Zaid Ibrahim.So apa jadi kalau Azmin menang nanti,kemana lagi nak meyorok?.PDO,Pdo.apa lah lu.

    BalasPadam
  2. PDO ke Shukri ke, wa nak cakap kat hang,D Fauzi hangtu masa dlm UMNO dua tahun lepaspun kerjanya membalun KOMISEN dan Tanah-tanah sekitar bandar Kuantan..tu hah geng2 depa sendiri tengah kumpul pelan2 tanah dari Pejabat Tanah dan KPTG yg belambak dibaham D Fauzi sebagai BUKTI..Hang nak tengok? Berani Siar dalam blog Hang ka????...kentut pun hang tak beranilah PDO...taik kucing Hang PDO

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kereta Dihempap Lori Tangki Terbalik Sebelum Terbakar, Pemandu Serta Penumpang Disyaki Rentung Di Kampung Lebak Temerloh

TEMERLOH : Pemandu dan semua penumpang disyaki rentung selepas kereta dinaiki dihempap lori tangki minyak yang terbalik sebelum kedua-dua ke...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.