Keghairahan kempen untuk memenangkan calon masing-masing dalam pemilihan 2010 ini menyaksikan berbagai adengan yang tidak sepatutnya berlaku kini mula terjadi. Jika dulu, semua amalan dan aksi ini hanya dapat disaksikan pada parti lawan UMNO BN, kini kelihatan ia semakin menular dikalangan ahli-ahli PKR terutamanya anak-anak muda. Ramai, muka-muka baru yang kononnya berjuang atas landasan kebenaran kini terlupa "agenda perubahan" yang mahu dibawa oleh parti. Mereka lupa, bahawa parti mempunyai etika berkempen dan pertandingan adalah antara adik beradik. Senario yang dapat dilihat sekarang ini, semakin jauh berbeza. Kesungguhan untuk menyaksikan calon mereka menang menyebabkan ada sebahagian anak muda ini yang tergamak mengeluarkan kenyataan dan ucapan yang berbauh hasutan, lucah dan boleh menyinggung perasaan sesetengah pihak. Perkara ini wajar dipantau oleh pucuk pimpinan tertinggi parti, jika tidak mahu sesuatu yang lebih buruk berlaku. Ada anak-anak muda yang berada dalam saf kepimpinan AMK Cabang kini sudah mula lupa dimanakah diri merek berpijak sebenarnya. Gara-gara termakan hasutan dan tohmahan pihak tertentu, maka mereka sanggup melontarkan apa jua perkataan yang tidak sewajarnya. Ini berlaku sekarang, terutamanta di laman-laman sembang sosial facebook. Antara yang menjadi mangsa ialah Blogger Cucumatkilau (CMK) yang dituduh "ANAK HARAM" oleh pihak itu.
[Ketika dihubungi, CMK memberitahu yang beliau tidak sangka anak-anak muda terbabit sanggup menuduhnya sedemikian rupa."Selama 11 tahun menjadi blogger dan mempertahankan PKR saya tidak pernah tergamak melontar perkataan sedemikian kepada mana-mana pemimpin UMNO biarpun saya benci dan meluat terhadap mereka. Kini, anak muda dalam parti sendiri melontarkan perkataan tersebut kepada saya hanya kerana menyangka saya berpihak kepada team tertentu. Saya tahu siapa yang melakukannya, dan amat berharap pihak terbabit memohon maaf secara terbuka atau saya akan dedahkan satu persatu siapakah mereka. Mereka bercita-cita untuk "main game" dan berpolitik dengan saya. Padahal mereka semua itu baru kenal erti reformasi sebenarnya. Saya akan dedahkan ..tunggu dan lihat", kata CMK]

salam..
BalasPadamHarap CMK tak melatah dengan benda benda macam nie....nak jadi terbilang kena harung benda macam ni....liwat Sdr Anwar, apa benda yang dia tak kena...
Buat CMK, saya terus menyokong anda...
hal kecik aje , banyak lagi pemimpin pkr kena maki lagi dasyat di FB
BalasPadamorang yang mengata orang lain 'anak haram' sebenarnya dialah yg lebih 'anak haram'. komen bangang mcm ni tak usah dilayan. mentaliti macam haprak. perangai macam sampah. akhlak macam setan.
BalasPadambuat bodo je ngan budak2 hingusan ni. takde class lah cmk layan budak2 baru baligh macam ni...
Salam, CMK jangan biarkan diri anda diseret dalam hal yang remeh temah... Sedikit provokasi dah jadi tak tentu arah... Baik duduk diam dan jadi blogger resepi KEK je... Jika anda cucu MK... banyakkan sabar... semoga anda dirahmati Allah.
BalasPadamjangan kisah pada budak baru belajar,anda harus menterjemah perjuangan pada sesuatu yang pasti.bercakap dalam fb hanya untuk orang pengecut.sepatutnya cmk lebih matang dalam hal sebegini dan bukannya melayan budak hingusan yang hanya tahu komen dan bangga diri.cmk juga harus terima hakikat dalam politik memang inilah cabarannya.
BalasPadamNasihat sy pd cmk.Toksah layanlah bdk bengung tu....
BalasPadamCMK ttg budak hingus dan bangang ini serah pada aku..tahu lah aku nk gosok budak budak ini secara halus dan bijaksana bak tarik rambut tepung....lepas tu....aku nk ajar dia langit itu tinggi ke rendah
BalasPadamAnon,ko nak gosok hingus dia ke? hahahaha!.payah betul budak baru belajar politik ni,pada dia semua dia betul.aku rasa orang macam ni elok letak rumah kebajikan jer
BalasPadam