script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Spekulasi: Benarkah, Blogger Cucumatkilau Bakal Tinggalkan PKR Gara-Gara Terkilan Dengan Sikap Pemimpin Yang Mula Tersasar Dari Landasannya!

KUANTAN, 19 Okt [12.00 pm] - Penyokong Pakatan Rakyat di Negeri Pahang kini dalam keadaan "terkejut" apabila timbulnya desas-desus seorang "Blogger Panas" di negeri iaitu Mohd Shukri Mohd Ramli @ cucumatkilau (foto) dikatakan akan meninggalkan parti "PKR" dalam masa terdekat ini. Malah ada yang terlalu gusar andainya "khabar angin" ini benar-benar berlaku. Sebelum ini kita ada mendengar Blogger Raja Petra Kamaruddin (RPK) mengkritik kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam parti itu. Kini, apakah seorang lagi blogger akan berbuat demikian?. Beliau dikatakan sudah mula "jelek" dan kecewa dengan senario semasa dan fenomena "luar biasa" yang berlaku sekarang ini. Ketika dihubungi, Cucumatkilau mengaku beliau kini berada dalam situasi yang cukup "kronik" antara meneruskan perjuangan politik dan perjuangan hidup. "Saya melakukan satu kesilapan apabila berada dalam parti, sedangkan saya sepatutnya berada diluar parti dan menjadi blogger bebas seperti Raja Petra. Kehadiran saya dalam parti sedikit sebanyak menyebabkan diri saya berada dalam dilema sebenarnya. Malah, saya amat terhina apabila ahli parti sendiri kini mula mencemuh dan mengutuk sesama sendiri. Sedangkan bagi saya musuh sebenar ialah UMNO Barisan Nasional. Gara-gara dikatakan berpihak kepada kumpulan tertentu dalam pemilihan 2010 sekarang ini akhirnya perkara sebegitu terus terjadi", kata CMK. Beliau juga pernah bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat dalam Pilihanraya Umum Ke-12 lalu bagi kerusi DUN Kemayan dalam Parlimen Bera.

[Apakah memang ada sesuatu yang tidak kena dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) agaknya. Apapun difahamkan spekulasi itu masih dalam pertimbangan dan perbincangan antara pihak-pihak berkenaan. Namun, seandainya Blogger Cucumatkilau bertegas mahu mengambil keputusan berkenaan, maka ia satu tindakan yang amat besar buat Pakatan Rakyat di negeri Pahang ini sebenarnya. Sesuatu harus dilakukan untuk menarik beliau ke meja rundingan. Memang kami amat faham dengan apa yang terjadi ini. Malah, beliau sudah beberapa kali menyatakan kepada rakan-rakan dan sahabat seperjuangan bahawa kehadirannya dalam arus perjuangan bersama PKR dipandang sepi oleh pimpinan parti itu di Pahang. Malah, kelibatnya langsung tidak dihargai oleh sesetengah ahli. Bukan sahaja kutukan dan kata nista yang diterima, malah beliau turut dilabelkan dengan imej tertentu. Beliau juga pernah menyatakan kekecewaan akibat banyak agenda yang ingin dilaksanakan terhadap parti "hanya sekadar janji dimulut" sahaja oleh pemimpin tertentu. Sedangkan perlaksanaannya "jauh panggang dari api". Mungkin itu yang menjadi punca kenapa tindakan drastik ini berlaku].
Share:

7 ulasan:

  1. Saya tidak salahkan cucumatkilau. sememangnya sejak kebelangan ini PKR memang banyak masalah. Imej mereka terjejas, bermula kegagalan projek 16 september, ramainya ADUN dan MP mereka keluar parti dan insiden pergaduhan semasa pemilihan parti. PKR dilihat sebagai sebuah parti yang tiada integriti, mementingkan diri, tamak dan kucar kacir “, DAP lebih kelihatan matang dan lebih baik dari PKR. saya cdangkan kalau cucumatkilau keluar juga dari PKR..masuk lah PAS.

    BalasPadam
  2. Aku mintak cmk bertenang dulu. Jangan cepat melatah dan membuat keputusan yang kita akal sesalinya di kemudian hari. Apa yang berlaku pada cmk buat masa ni adalah asam garam politik.

    Memang kita kena akui bahawa pkr sekarang berada pada tahap yang paling getir sekali.

    Seperti seorang manusia, apabila bayi dia hanya baring, dan mula merangkak. Tiba ke satu proses di mana bayi tersebut mula belajar bertatih (berjalan). Pastinya banyak kali bayi tersebut akan jatuh, luka, menangis dan bangun semula. Setelah mengalami semuanya itu, barulah bayi tersebut boleh berjalan selangkah demi selangkah dan akhirnya berlari.

    Jadi, fikirkanlah....di manakah kedudukan PKR sekarang ni? Adakah bayi tersebut berputus asa? Tidak! Adakah bayi tersebut kini berjalan? Ya! Adakah bayi tersebut kini berlari? Ya!

    Sabar, cmk. Istikharah itu penting...

    BalasPadam
  3. eloklah CMK ke PDO ke kalu nak keluar...baik keluar cepat2.. jgn semakkan PKR, rakyat pun dah nak muntah dengan stail kamu dan geng2 kamu yg selalu kononnya mengugut parti.Pegilah mintak nasihat Dato kamceng kamu tu..

    BalasPadam
  4. bagus gak CMK keluar.sebolehnya PDO jadi bebas dan pasni kita tengok pulak macamana bahalol-bahalol kat luar tu nak defend diri dorang.cakap memang senang,tak payah bayar pun.

    BalasPadam
  5. Cucumatkilau @ Mohd Shukri Mohd Ramli akan meninggalkan "perjuangan rakyat" dalam masa terdekat ini....?

    Biar kita sesama ketawa dulu... kah... kah... kah...

    Keluar parti atas alasan apa...

    Kerana tidak tahan menjadi bahan cacian dan umpatan orang. Lebih rasa terhina lagi apabila ahli parti sendiri ambil kesempatan mencemuh dan mengutuk...?

    Atau kerana pemimpin atasan tidak peduli dan tidak memberi sokongan agar terpilih didalam barisan pemimpin...?

    Oleh kerana tidak ada respon dari parti maka isu nak tinggalkan parti perlu dihebohkan pada semua orang yang berada seluruh pelusok Malaysia dan lihat apa reaksi mereka..?

    Jangan lupa bro... Tun Mahathir yang berjasa dalam UMNO Baru juga dibenci orang.

    Kalau nak cerita pasal ada yang tidak kena dalam Parti Keadilan Rakyat... semua parti politik dalam Malaysia mempunyai masaalah yang sama iaitu "ada yang tak kena..!"

    Lihat pada Anuar Ibrahim... berdiri sebagai ahli politik tegar. Biar apa jua badai yang melanda dia tetap berdiri sebagai seorang ahli politik yang berprinsip dan berpegang teguh padah surah perjuangannya.

    Pekara seperti ini yang perlu kita ikut dan jadikan Anuar Ibrahim sebagai tauladan.

    Malangnya anda sebagai Cucumatkilau baru digempak sikit dah lemah lutut....

    Jadi blogger juga kena kutuk kena maki.... silap haribulan berkampong di Kemunting seperti yang dialami Raja Petra Kamaruddin.

    BalasPadam
  6. ni bukan cucu mat kilau
    kalau cepat mengalah
    ni cucu mat silau

    BalasPadam
  7. Orang lain terkadang hanya pandai bercakap dan buat tafsiran sendiri jer.. tapi mereka tidak tahu apa yang tersirat disebalik tindakan ini. Mereka boleh tuduh apa jua kepada CMK. Tapi bagi kami kenyataan itu ada kebenarannya. Hakikat perjuangan perlu ditelan. Kenapa takut berhadapan dgn kritikan. Inilah yg berlaku kepada Zaid Ibrahim. Justeru itu buatlah keputusan yg tepat demi masa depan

    BalasPadam
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Negeri Pahang, Seramai 671 Calon Berjaya Cemerlang Perolehi 'Straight A'

KUANTAN: Seramai 671 daripada 17,429 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Pahang berjaya memperoleh kepu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.