script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Terkini Perbicaraan Kes Liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim Dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur !!

KUALA LUMPUR, 29 Okt [12.30 pm] -Perbicaraan liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung dengan mahkamah mendengar penghujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan berhubung laporan kimia, termasuk ujian toksikolgi yang dibuat oleh pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan. Peguam Anwar diketuai Karpal Singh manakala Peguam Cara II Mohd Yusof Zainal Abiden akan berhujah bagi pihak pendakwaan. Selepas itu, mahkamah akan diteruskan dengan pemeriksaan semula oleh pakar bedah Hospital Kuala Lumpur HKL Dr Mohd Razali Ibrahim. Semalam, pakar bedah Am itu, yang memeriksa Saiful untuk mengenal pasti kesan-kesan diliwat memberitahu mahkamah, beliau mendapati rektum pengadu itu "kosong.". Peguam CaraI I Yusof memberitahu mahkamah hari ini akan akan mendengar permohonan daripada pihak pembelaan bagi mendapatkan nota klinikal dan laporan kimia sama ada ia menepati Seksyen 51A Kanun Acara Jenayah. Karpal merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan asas pembelaan bagi mendapatkan nota klinikal. Katanya, Mahkamah Persekutuan membuat keputusan bahawa dalam pra-perbicaraan kes itu, pembelaan tidak berhak untuk dokumen itu. Karpal berkata mahkamah terlalu bergantung terhadap hujah pendakwaan bahawa nota itu tidak dirujuk, justeru tidak boleh diberikan kepada pembelaan. Katanya, kredibeliti saksi pakar amat bergantung pada nota tersebut.

Karpal Dedah Bukti Testimoni Saksi Bercanggah

Sementara itu, Peguam Anwar Karpal Singh (foto), berkata hakim akan dilihat tidak melakukan apa-apa sekiranya permintaan pembelaan tidak diendahkan. Karpal juga berhujah laporan ahli kimia tidak dapat diterima apabila pendakwaan tidak mahu memasukkan laporan toksikolgi Saiful sebagai sebahagian daripada bukti walaupun ia dilampirkan bersama laporan ahli kimia itu. Karpal berhujah bahawa melalui nota klinikal itu "kami akan cuba dan buktikan bahawa testimoni saksi pakar akan bercangggah dengan notanya. Yusof mempertahankan bahawa nota klinikal hanya akan diberikan sekiranya saksi memutuskan mahu merujuknya. Yusof memberitahu mahkamah, seperti dalam kes pembunuhan, hanya laporan bedah siasat akhir sahaja yang dikemukakan. Yusof berkata, tiada permohonan daripada saksi untuk merujuk kepada nota klinikal tersebut. Seperti laporan ahli kimia, Yusof berkata ia tidak mewujudkan prejudis terhadap tertuduh (Anwar). Sambil memohon membatalkan permohonan pembelaan, Yusof menegaskan pihak pembelaan tidak berhak mendapatkan laporan klinikal kerana tidak menepati Seksyen 155 dan 161 Kanun Acara Jenayah. Beliau mengingatkan bahawa menjadi tanggungjawab hakim bagi memastikan keadilan di mana ia mesti banyak bergantung kepada bukti pakar. Hakim Zabidin menetapkan tarikh 22 November bagi membuat keputusan berkenaan.

[Perbicaraan yang semakin hari semakin meragukan sebenarnya. Kenapa perlu takut untuk mendedahkan laporan perubatan yang asal selepas merawat Saiful?. Ramai yang khuatir laporan yang dibuat selepas itu telah diubah untuk menafikan kebenaran yang sebenar. Inilah yang paling ditakuti sebenarnya. Jika tidak kenapa pendakwaraya cuba menghalang laporan tersebut didedahkan?. Apakah ianya sudah hilang atau dihilangkan. Atau ada orang sengaja menghilangkannya bagi menghilangkan bukti bahawa tiada kes untuk membuktikan Saiful diliwat oleh sesiapa. Semua ini, nyata menimbulkan syak dikalangan rakyat sebenarnya. Perbicaraan yang tidak telus menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap institusi kehakiman itu sendiri. Oleh itu, mahkamah harus berlaku adil kepada semua pihak dan tidak meragukan fakta!!].
Share:

2 ulasan:

  1. Dulu ada AP kini ZMD..hakim2 ini akan diingat sampai mati. Benar kata bijak pandai agama..sebelah kaki hakim berada dalam neraka..ini bergantung kepada kesaksian dan kesaksamaannya yg adil bila memberi penghakiman. Semoga ZMD tidak dikenang sebagai AP yg dulu

    BalasPadam
  2. dari 3 hakim hanya 1 yg ke syurga 2 lg ke neraka sbb itu bapa abu Nawas ( ketua hakim )x bg anak nya abu nawas menjadi hakim sbb tanggung jwb dan amanah yg amat besar harus di pikul bila menjadi seorang hakim. bila menjatuhkan keputusan ia wajib berpaksi kpd keadilan Ilahi jika tidak akan membawa nya ke neraka, brape lama lah nak hidup di dunia ni kita jgn takut kpd manusia tp pd Allah.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Negeri Pahang, Seramai 671 Calon Berjaya Cemerlang Perolehi 'Straight A'

KUANTAN: Seramai 671 daripada 17,429 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Pahang berjaya memperoleh kepu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.