script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Renungan: Penjaga Kunci Gunung Merapi, Mbah Maridjan Mati Dalam Rumahnya Di Kaki Gunung Itu Dalam Keadaan Sujud Dan Mengadap Kiblat !

YOGYAKARTA 27 Okt [11.20 am] - Penjaga kunci Gunung Merapi, Mbah Maridjan dipercayai ditemui mati di dalam rumahnya di kaki gunung berapi itu dekat sini dalam keadaan sujud (foto). Jenazah itu ditemui keadaan sujud dan mengadap kiblat dan kini ditempatkan di Hospital Sandjito. Doktor hospital berkenaan, Kresno Heru Nugroho berkata, ciri-ciri fizikal mayat itu sama dengan Mbah Maridjan. Pakaiannya juga, kata beliau adalah sama dengan yang diberi gambaran oleh keluarga warga emas itu. Bagaimanapun jelas doktor berkenaan pengesahan hanya dapat dibuat apabila selesai ujian DNA. Masyarakat Jawa mempercayai jurukunci merupakan orang perantaraan roh gunung berapi dengan masyarakat. Difahamkan Sekurang-kurangnya 25 terkorban dan beribu-ribu lagi terpaksa melarikan diri dalam kejadian itu semalam. Mangsa-mangsa ditemui mati dalam keadaan rentung akibat terkena abu panas yang dihambur oleh Merapi Kebanyakan mangsa ditemui di kawasan rumah penjaga kunci Merapi, Mbah Maridjan di Sleman dan mayat wartawan tempatan itu ditemui di dalam rumah lelaki warga emas yang dipercayai punyai keahlian luar biasa kerana terselamat ketika Merapi meletus tahun 2006 dulu.

[Marilah kita sedekahkan surah Al-Fatihah kepada arwah. Sesungguhnya apa yang berlaku ini amatlah menakjubkan sebenarnya. Tambahan pula dalam kejadian pada tahun 2006 dulu, beliau dipercayai terselamat daripada letupan yang berlaku. Ia membuktikan kekuasaan Allah SWT itu sendiri. Bagi hamba-hambanya yang taat dan senantiasa sujud mengadapNya maka ditunjukkan di atas dunia lagi kelebihan yang bakal dnikmati oleh mereka. Begitulah sebaliknya. Apapun, renungkan dan jadikan ikhtibar atas kejadian ini. Semoga kita juga akan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan mendapat rahmatNya. Takziah untuk semua mangsa !].

Share:

2 ulasan:

  1. "Masyarakat Jawa mempercayai jurukunci merupakan orang perantaraan roh gunung berapi"
    Terlalu banyak amalan2 syirik dlm masyarakat Indon. Apakah si penjaga kunci ini benar2 sujud menyembah Allah?.. ttp dlm masa yang sama mempercayai adanya kuasa selain dr Allah? Bersangka baik..hmmm

    BalasPadam
  2. khurafat PDO oi..tgk sejarah pompeii..ramai gak yg jd patung bersujud

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Negeri Pahang, Seramai 671 Calon Berjaya Cemerlang Perolehi 'Straight A'

KUANTAN: Seramai 671 daripada 17,429 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Pahang berjaya memperoleh kepu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.