SHAH ALAM, 10 Okt [11.00 pm] - Menteri Besar Selangor,
Tan Sri Khalid Ibrahim (foto) akhirnya menamatkan teka-teki apabila mengumumkan keputusannya untuk bertanding bagi jawatan
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan 2010 ini.
"Saya, Khalid Ibrahim menawarkan diri untuk bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti," katanya. Beliau membuat pengumuman itu di hadapan 300 penyokong dan pemimpin cabang di
Kediaman Rasmi Menteri Besar di sini.
Dengan pengumuman ini ia bermakna, beliau akan bersaing dengan dua Naib Presiden sekarang iaitu Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub serta Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim untuk kerusi nombor dua itu. Belum pasti sama ada Zaid yang merupakan salah seorang pesaing utama untuk jawatan itersebut akan mengundurkan diri untuk memberikan laluan kepadanya, seperti yang pernah dijanjikannya sebelum ini. Manakala itu Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Pengarah Strategi PKR Tian Chua yang sudah cukup dua pencalonan minumum untuk bertanding belum membuat sebarang pengumuman setakat ini. Berdasarkan keputusan pencalonan daripada 171 cabang, Azmin mendahului dengan 102 pencalonan, Zaid 38, Mustaffa 17, Tian Chua 5, Khalid 5 dan Datuk Seri Wan Azizah 3 pencalonan.
[Keputusan Tan Sri Khalid ini sesungguhnya akan menyemarakkan lagi persaingan dalam perebutan jawatan tersebut sebenarnya. Ia juga menyuburkan lagi amalan demokrasi dalam PKR itu sendiri. Apa yang lebih menarik, keputusan MB Selangor itu bakal memberi tekanan kepada calon popular Azmin Ali. Tambahan pula sebelum ini heboh diperkatakan bahawa hubungan Azmin dan Tan Sri Khalid agak tegang susulan isu Azmin mahu menjatuhkan beliau dari kedudukan sebagai MB itu. Makanya, keputusan ini secara tidak langsung akan memecahkan undi yang diperolehi oleh Azmin. Kelebihan sebenarnya terletak ditangan Zaid Ibrahim yang nampak lebih smart dan terancang dalam menggerakkan kempennya setakat ini. Cuma Zaid banyak menimbulkan kontroversi atas teguran ikhlasnya terhadap parti. Apapun teruskan perjuangan rakyat !!].
PDO, tak tahu analisi,keputusan TS Khalid bukan tekanan pada Azmin,tapi merupakan tekanan direct pada pada Zaid,supaya menarik diri saja dari bertanding .Orang nak tengok sejauh mana Zaid ni berpegang pada cakap.
BalasPadamSekarang kalau Zaid tak bertanding aku nak tengok apa penyokong ZI di Pahang tu buat,terutama Zaidi, Hj Nan dan Mat Nor (dr).Puak ni kurang suka pada TS kerana susah nak hulur projek.SCW pun cukup berbulu dgn TSK.Padan muka kau orang.
Bagi aku kalau TS Khalid menang pun bagus,pasal aku tak teringin nak minta apa-apa projek pun,macam yg lain tu.Kah,kah,kah hancur harapan.