SHAH ALAM, 27 Okt [10.32 pm] - Mahkamah Tinggi di sini membatalkan saman RM5 juta anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang Saari Sungib (foto), terhadap polis yang didakwa bertindak tidak profesional sehingga menjatuhkan maruah beliau di khalayak ramai pada satu perhimpunan di sebuah pusat membeli belah, Subang Jaya, dua tahun lepas. Saari, yang diwakili peguam Anwar Ezzad, menamakan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia selaku defendan, dan mereka diwakili Peguam Kanan Persekutuan Mohd Radhi Abas. Hakim Datuk Zaleha Yusof membuat keputusan membatalkan saman itu dengan kos dalam kamarnya selepas membenarkan permohonan pihak polis. Antara alasan pembatalan saman itu ialah writ saman dan penyataan tuntutan Adun berkenaan gagal menamakan pegawai yang bertanggungjawab atas kejadian yang didakwa dilakukan mengikut Seksyen 5 dan 6(1) Akta Prosiding Kerajaan 1956. Pihak polis juga menyatakan jika pegawai berkenaan tidak dinamakan sebagai defendan, bagaimana beliau hendak membela diri bagi menafikan tuduhan yang dilemparkan kepada mereka. Dalam pernyataan tuntutannya, Saari mendakwa pada 18 Mac 2007, kira-kira 10 anggota polis, tanpa tidak memberi amaran, telah memaut lehernya dengan kuat dari belakang ketika beliau sedang memberikan taklimat kepada kira-kira 50 orang awam di pusat membeli-belah itu, yang bertujuan memberi kesedaran mengenai kesan kenaikan harga tol lebuh raya. Adun PAS itu mendakwa anggota polis terbabit telah memukul, mengheret, menggenggam atau meramas zakar beliau di khalayak ramai dengan kasar, yang bertujuan menghalangnya dari meneruskan taklimat tersebut kepada orang awam. Saari juga mendakwa anggota polis terbabit telah meniarapkan badannya dengan kasar, serta menekan beliau dengan kuat ke lantai untuk digari, sehingga mencederakan lututnya. Beliau mendakwa tindakan anggota polis itu terjumlah kepada suatu tindakan fitnah terhadapnya dalam bentuk lisan secara tindakan, dan melampaui batasan atau kuasa. Katanya, beliau telah mendapatkan rawatan pada hari yang sama, dan laporan doktor mengesahkan beberapa kecederaan serta luka di kedua-dua pergelangan tangan, bahu kiri, tangan kanan, siku kanan dan tangan kiri. Saari mendakwa ditahan di Balai Polis Subang Jaya secara tidah sah selepas itu, dan walaupun satu laporan polis telah dibuat berhubung perkara itu, sehingga kini beliau tidak mengetahui sebarang perkembangan kesnya.
[Apa yang berlaku dan terjadi kepada YB Saari Sungip adalah amalan biasa pihak polis ketika melakukan operasi menghalang sesebuah perhimpunan haram anjuran pembangkang. sebaliknya, mereka tidak pula bertindak sama terhadap puak-puak UMNO BN. Inilah yang memusykilkan rakyat sebenarnya. Terdapat dua undang-undang yang berbeza dalam negara berdaulat dan demokrasi seperti di Malaysia ini. Maka itu juga kita tidak hairan mahkamah akhirnya memenangkan pihak yang berkenaan bagi menutup kes sebaliknya. Samada kita mahu percaya atau tidak itu adalah terpulang kepada umat Islam terbabit. Namun, jika kita amati betul-betul maka sudah pasti kita akan menemui satu jalan yang menyaksikan Islam itu menang dan dijulang oleh rakyat. Insiden yang berlaku terhadap Saari Sungip ilihat pasti akan berlaku pula di negeri-negeri lain selepas ini].






At all I do not know, as to tell pahangdaily.blogspot.com
BalasPadampukul orang tapi bacul nak bagi nama sendiri, tak bangga jadi polis kot
BalasPadamAnjing pun ada nama
taraf lebih rendah daripada najis muhalazah
KesimpulanNYA Kerajaan Barisan Nasional dn PDRM anak beranak PUKIMAK anjing negara
BalasPadamPolis DiRaja Malaysia telah bertukar jadi Polis Raja DiMalaysia. Walau rasa sehabat mana pun dan terlepas dari mahkamah dunia kau akan mati juga akhirnya dan tunggulah balasan di MAHKAMAH ALLAH nanti wahai Polis Raja DiMalaysia.Pada masa itu tiada lagi rasuah dan berdolak dalik untuk terlepas dari hukuman ALLAH.
BalasPadam