script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Bajet 2011: Lim Guan Eng Bela Kakitangan Awam Serta Gesa Kerajaan Kaji Semula Kenaikan Elaun JKKK Dan Pembinaan Projek Warisan Merdeka !!

KUALA LUMPUR, 18 Okt [9.30 pm] - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (foto), menggesa kerajaan mengkaji semula kenaikan elaun kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), pembinaan projek mega namun tiada pemberian bonus kepada kakitangan awam. Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, keputusan kerajaan menaikkan elaun JKKK namun tidak memberikan bonus kepada kakitangan awam menimbulkan rasa tidak senang di kalangan rakyat di negara ini. “Kita mendapat maklum balas yang negatif daripada rakyat kerana mereka rasa kurang senang hati dengan Belanjawan 2011. “Saya tidak faham mengapa kerajaan boleh menaikkan elaun JKKK daripada RM450 kepada RM800 sedangkan mereka tidak mampu membayar bonus kepada kakitangan awam. “Bukan itu sahaja, kerajaan mahu membina bangunan Warisan Merdeka berharga RM5 bilion. Kita harap perkara ini dapat dipertimbangkan semula. Kalau elaun dinaikkan ia perlu diberikan kepada semua. Kalau tak ada tak perlu beri,” katanya. Beliau berkata demikian, sebagai mengulas pembentangan Bajet 2011 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberikan kenaikan elaun bulanan Pengerusi JKKK dan Pengerusi Kampung Baru kepada RM800 sebulan berbanding RM450 pada masa ini, bagi menghargai peranan mereka sebagai pemimpin masyarakat. Bukan itu sahaja, kerajaan turut meluluskan projek bersepadu yang dinamakan Warisan Merdeka itu dibangunkan oleh Permodalan Nasional Berhad akan mengekalkan Stadium Merdeka, Stadium Negara termasuk pembinaan sebuah menara 100 tingkat di Malaysia. Malah Setiuasaha Agung DAP itu juga menyelar tindakan kerajaan menaikkan cukai perkhidmatan sebanyak 6 peratus. “Kenaikan cukai ini akan hanya membebankan golongan miskin kerana mereka tidak mampu untuk menampung kenaikan kos perkhidmatan tersebut. “Ini adalah bentuk hiburan kepada orang miskin. Kita harap ia boleh dikaji semula, kerana ini akan menembahkan beban kepada rakyat Malaysia sebanyak RM597 juta dengan kenaikan cukai perkhidmatan ini,” katanya.

[Sungguh menarik tatkala melihat apa yang diperkatakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang ini. Biarpun beliau kini diasak dengan berbagai isu termasuk wang haram, namun keprihatinannya terhadap kakitangan awam amatlah dihargai. Malah, Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah Kerajaan Negeri yang pertama memberikan bonus kepada kakitangan awam di negeri itu. Maknanya Lim Guan Eng lebih mendahulukan rakyat daripada apa yang diwar-warkan oleh Kerajaan UMNO BN sebenarnya. Soalnya sekarang, nama pergi pemimpin UMNO BN. Kenapa mereka semua menikus dan tidak mahu membela kakitangan kerajaan?. Apakah mereka takut untuk memperjuangkan isu ini memandangkan ia idea Perdana Menteri?. Ternyatalah pemimpin UMNO BN adalah jenis "pak turut" belaka biarpun mereka melaung-laungkan kononnya berkerja untuk membela rakyat itu sendiri].

Share:

10 ulasan:

  1. apek tu yang kau puji? Mabuklah lu beb, malu org bera...

    BalasPadam
  2. kita mau jadi pm pulak. mahu malaysian malaysian. hak sama rata

    BalasPadam
  3. x baik mengata org. cerminlah diri sendiri dulu...

    BalasPadam
  4. sapa yang puji? badigol la kemasul ni.tu pendapat dia.sama la macam kamu yang bagi pendapat.betul apa benda dia cakap.yang kerja cari pendapatan utk negara tak mampu nak bagi bonus.jkkk ni apebenda kerja? mengampu jer.tak nama kroni ke? buat bangunan 100 tingkat utk apa? siapa disebalik tu?

    BalasPadam
  5. Najib tau kalu dia bg bonus pd kakitgn kerajaan bukan nye diaorang sokong BN pon...kahkahkah

    BalasPadam
  6. JKKK tak payah ada pun tak ape. Bukan ada kerja.

    JKKK ini yang rajin menggertak pegawai kerajaan apabila perohonan nya ditolak.

    Lepas tu penuhkan tembolok sendiri dan anak beranak.

    BalasPadam
  7. Projek rm5 bilion bukan sikit PDO!Terima aje lah,ni satu lagi peluang besar nak penuhkan poket...nanti kalau bising2,tak meleleh pula,hehehe.

    BalasPadam
  8. ANONY 8:33

    PROJEK RM 5 BILION NI ADA TAK PELUANG DAPAT TUMPANG SEMANGKOK. TEGAH GAWAT NI.

    KALAU DAPAT HULOR LE SIKI. SUB KON PLASTER DINDING PUN BOLEH.

    BalasPadam
  9. Haprak Barua kerajaan dan rakyat nya yg bodoh mcm kura-kura dah kena lah sekor barua sekor kura-kura.

    Kerajaan buat apa saja rakyat angguk mcm biawak...kerajaan kata kita naikkn elaun JKKK kita jayakan projek warisan merdeka kita buat projek mega....dlm masa sama kerajaan barua td kata kita tk blh bayar bonus kakitangan awam sbb tk cukup duit..

    hahahahahahaha memang bendul bin kura-kura rakyat negara malaysia ini di bodohkan sejak dulu kini dn selamanya....

    Hanya rakyat yg tk undi BN/Umno yg bijak dan kepala otak berfunsi dgn baik memilih intan permata....

    Sampai bila lg rakyat kura-kura dan kerajaan haprak ini akan terus ditabalkan menduduki singgahsana memegang khazanah perbendaharaan negara mengatur segalanya mengikut acuan barua dan balaci.

    Sekian hanya yg ada otak manusia tulin mampu memahami setiap inci tulisan aku ini....yg bangang tu sila komen

    BalasPadam
  10. Produktiviti kakitangan kerajaan tidak dipandang sebab tidak ada nilai di sisi UMNO. Buat mengabihkan boreh je. Curi tulang minum pagi minum tgh minum petang minum je. Kerja tak buat. Buat kerja part time waktu pejabat berniaga. chating facebook. porah. Nak bagi bonus. Tengok PM menyampah dan meluat. Berubah lah woi.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Negeri Pahang, Seramai 671 Calon Berjaya Cemerlang Perolehi 'Straight A'

KUANTAN: Seramai 671 daripada 17,429 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Pahang berjaya memperoleh kepu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.