
KUANTAN, 26 Okt [7.45 pm] - Calon Ketua Wanita PKR dalam Pemilihan 2010 iaitu Dr.Suraya Sudin (foto), terkilan dengan sikap beberapa orang pimpinan wanita PKR yang kini dilihat cuba menghalangnya dari meneruskan hajat untuk bertanding jawatan itu. Beliau menegaskan, ada diantara mereka yang menghubungi beliau dengan menjanjikan jawatan tertentu supaya beliau berkompromi. Malah ada juga yang secara jelas mengugutnya agar menarik diri dan tidak meneruskan hasrat tersebut, atas alasan wanita PKR sudah selesa berada dibawah kepimpinan Zuraida Kamaruddin. Beliau berkata demikian ketika ditemui oleh krew kami di sini semalam. Beliau yang menawarkan diri bertanding jawatan itu kini dalam rangka kempennya ke seluruh Malaysia untuk menyatakan misi dan visinya. Dr.Suraya merupakan calon yang akan berhadapan dengan Zuraida bagi perebutan jawatan Ketua Wanita PKR nanti. Manakala seorang lagi calon ialah Animah Ferrer yang kini dikatakan telah menyertai Team Datuk Zaid Ibrahim. "Zuraida dan Animah masing-masing mempunyai team mereka (Azmin dan Zaid), tetapi saya menawarkan diri atas kapasiti peribadi untuk membawa perubahan kepada wanita. Saya tidak kisah siapa yang berada di atas dan boleh bekerjasama dengan sesiapa pun. Bagi saya, amalan demokrasi sebenar wajar disuburkan dalam parti ini. Kita tidak mahu pemimpin yang menggunakan kuasa veto untuk membuat sesuatu keputusan", katanya. Beliau turut menegaskan bahawa pentadbiran Zuraida dilihat tidak konsisten. "Beliau membuat keputusan sesuka hati tanpa mendapat pandangan daripada ahli akar umbi. Hari ini dia ambil orang bekerja dengannya, esok dia boleh buang orang sesuka hati. Beliau suka tuduh orang lain tidak buat kerja. Hanya dia sahaja yang buat kerja. Dia akan buang sesiapa sahaja yang dia tidak suka atas alasan tidak perfom dan tiada pengikut. Dialah yang menjadi sebab mengapa ramai wanita akhirnya jauhkan diri dari parti", kata beliau lagi.
Wanita PKR Perlu Perubahan Dan Berwajah Baru
Wanita PKR Perlu Perubahan Dan Berwajah Baru
[Wanita perlukah perubahan sebenarnya, jika terus ditakuk lama maka sudah pasti ia akan jumud dan tidak ada kekuatan. Amalan pancung memancung, cantas-mencantas tidak wajar berlaku dalam Wanita PKR. Jika ia terus berlarutan, nescaya lama-lama kelamaan rakyat akan hilang kepercayaan terus kepada parti itu sendiri sebenarnya. Justeru itu orang seperti Dr.Suraya wajar diberi peluang untuk memulihkan kembali keyakinan ahli akar umbi terhadap pergerakaan wanita PKR. Tambahan pula, beliau merupakan seorang pemimpin wanita yang amat disegani di negeri Perlis Indera Kayangan sekarang ini. Beliau yang kini merupakan Naib Pengerusi MPN Negeri Perlis telah dilahirkan pada tahun 1965 dan amat rapat dengan mantan MB Shahidan Kassim ketika dalam UMNO. Mula menyertai PKR selepas Pilihanraya Umum Ke-12, selepas melihat parti itu semakin hilang arah. Semasa dalam UMNO beliau telah memegang berbagai jawatan termasuk AJK Wanita Bahagian. dan pernah terpilih sebagai calon DUN Kuala Perlis sebanyak tiga kali. Beliau juga banyak terlibar dengan NGO seperti Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Perlis, Dewan Perniagaan Islam, Peniagawati, Perkumpulan Wanita, Yang Dipertua Sekolah, Ahli Penasihat Perpaduan Perlis dan banyak lagi. Beliau berjaya membawa palajar sekolah ke Gunung Kinabalu ketika bergelar YDP dan memecahkan tiga Guiness Record Book Of Malaysia ketika itu. Sebagai doktor yang mempunyai rangkaian kliniknnya di Perlis beliau banyak terlibat dengan akktiviti kebajikan dan kemasyarakatan termasuk membantu mangsa gempa bumi di Pakistan, Bengkulu dan Acheh Indonesia. Dengan pengalaman dan kekuatan inilah beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Wanita PKR dalam pemilihan ini].






hahaha jangan terpedaya bro dengan minah ni, dia ni merupakan seekor dari trojan horse, hati2 tujuan nak menghancurkan PKR,
BalasPadammemang tak dapat disangkal lagi team zuraida + fuziah bermati-matian menghalang mana2 calon bertanding bg mencabar kedudukan mereka.
BalasPadamKalau boleh kesemua line-up zuraida + fuziah mendapat kemenangan percuma tanpa perlu bertanding. amalan mereka ni hanya merosakkan parti yg kini begitu berhasrat untuk merealisasikan dan memperkasakan demokrasi di dalam parti.
Perkara yg sama telah dilakukan oleh Fuziah Salleh di pemilihan peringkat cabangnya, Kuantan. Mana2 pencabar kepada line-up beliau diminta menarik diri bg memberi kemenangan percuma kepada calon pilihannya. Sebagai bukti hanya jawatan Naib Ketua Cabang saja yang mempunyai pertandingan. Lain2 jawatan telah dimenangi secara percuma apabila lawan2nya diminta menarik diri.
Minta kepada semua ahli agar kita menghapuskan segala bentuk ancaman dalam usaha kita menyuburkan demokrasi di dalam parti kita.
wanita PKR dah jd mcm Wanita UMNGOK dah..
BalasPadamAku orang yang sangat rapat dengan Dr.Suraya.Apa yang diceritakan bukan yang sebenarnya tentang dia.Banyak sangat cerita buruk tentang dia kat perlis tu dan semua orang tau.tak nak cerita kat sini takut kena saman pulak nanti.kalau nak sembang hubungi aku 016 4040511.
BalasPadamKalau dia menang akan hancur pkr malaysia.Memang dia rapat dengan mantan MB perlis tu...Tapi tau tak apa cerita sebenarnya?
ha ha ha ha..
hello bro...
BalasPadamkalau abang ni gua kenal.mama org perlis yang tak kenal bro.cerita tentang bro and dr.S ni ada dua versi.Versi kerja dan versi cinta.Nanti contack bro nak sembang.Best jugak ni...
PEMERHATI PERLIS.
BalasPadamAPA DAH JADI NI?HARAPKAN PANAS SAMPAI KE PETANG,RUPANYA HUJAN DITENGAH HARI.DALAM KEPALA HOTAK ABANG NI TENTU BANYAK RAHSIA DR SURAYA.BILA ORANG KEPERCAYAAN DAH BELOT DAN JADI MUSUH.ALAMAT NYA KALAH LAH DR KITA NI.HABISLAH HARAPAN ORANG PERLIS.NAPA PANDAI MAKAN TAPI TAK PANDAI SIMPAN DOC?
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamkawan pun kenal sapa suraya tu sejak dalam umno lagi.buang masa aje kalau undi dia.Dah elok la yang ada sekarang...kalau nak ganti biarlah yang lebih baik.pempuan ada skendal tu buang masa aje.
BalasPadamha apa lagi zuraida?
BalasPadampeluang nak menangvdah ada.
bukan senang nak dapat peluang tu.