script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Rasuah Pilihanraya Terus Diamalkan, 200 Ahli PKR Dan 50 Ahli SAPP Akhirnya Di Beli Untuk Keluar Mati Dan Menyertai UMNO BN Di Batu Sapi

SANDAKAN, 30 Okt [10.33 pm] - Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Batu Sapi, Amir Bak dan 200 anggota ahli itu hari ini mengumumkan keluar PKR dan menyertai UMNO. Turut menyertai Amir ialah Naib Ketua PKR Batu Sapi, Abdullah Madu dan tujuh lagi anggota jawatankuasa cabang berkenaan. Mereka menyerahkan borang permohonan menyertai UMNO kepada Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis Pecah Tanah Program Perumahan Rakyat (PPR) di Lupak Meluas di sini. Selain itu, 50 anggota Parti Maju Sabah (SAPP) dari lima cawangan di Batu Sapi turut mengumumkan keluar parti dan menyertai UMNO. Bekas calon bebas pada pilihan raya umum 2008, Dr. Francis Chong pula mengumumkan menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS), salah sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN). Anggota PKR dan SAPP berkenaan bertindak meninggalkan parti masing-masing kerana hilang kepercayaan kepada perjuangan parti asal mereka.

[Rakyat sebenarnya tidak terkejut dengan apa yang berlaku ini. Ia adalah kerja-kerja biasa UMNO BN setiap kali pilihanraya. Malah, umum mengetahui semua ini mestilah berpaksikan "wang ringgit" dan bukanlah dengan hati yang tulus ikhlas sebenarnya. Taktik kotor ini memang sudah dapat dijangkan sejak dulu, kini dan selamanya. UMNO BN hari ini hanya berjaya mempertahankan kuasa dengan rasuah. Jika tidak, sudah pasti dalam PRU12 yang lalu mereka sudah "tenggelam bersama labu-labunya". Tidak usahlah kita percaya kesemua yang keluar parti itu mengatakan mereka tidak mendapat habuan. Anggaplah itu cerita lawak yang sengaja diada-adakan, walhal mereka kini mewah dengan apa yang ditawarkan. Begitulah hakikatnya, jika tidak masakan boleh keluar parti dan masuk UMNO BN di saat genting ketika kempen pilihanraya kecil ini].

Share:

3 ulasan:

  1. ahli PKR masuk UMNO kena beli..ahli UMNO masuk PKR..kena apa plak? Blog ini berat sebelah..guna platform kebebasan bersuara dan demokrasi untuk kepentingan peribadi dan pihak-pihak berkepentingan..kebebasan bersuara dan demokrasi konon..taik kucing..

    BalasPadam
  2. yang sebenar nya umno tak kuat
    kekuatan mereka kerana rasuah,ugutan dan penindasan.
    kalau gentalmen jangan guna jentera kerajaan dan wang.
    mari kita tengok siapa yang kuat.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Negeri Pahang, Seramai 671 Calon Berjaya Cemerlang Perolehi 'Straight A'

KUANTAN: Seramai 671 daripada 17,429 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Pahang berjaya memperoleh kepu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.