script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kejayaan Pemuda PAS Menakluki Bangunan Milik UMNO Kota Bharu Beri Petanda Bahawa Parti Itu Akan Menang Lagi Di Pilihanraya Kecil DUN Galas

Puak UMNO Kelantan menerima tamparan hebat untuk meneruskan perjuangan mereka di Pilihan Raya Kecil DUN Galas tidak lama lagi. Ini kerana PAS telah menang moral menjelangkan pilihanraya itu apabila berjaya "menakluki" bangunan milik UMNO Kota Bharu (foto), yang sangat dibanggakan itu. Bangunan tersebut kini menjadi milik Dewan Pemuda PAS Kelantan apabila berjaya dibeli dengan harga RM4.5 juta semalam. Majlis penyerahan geran hak milik oleh tuan punya bangunan Datuk Zaid Ibrahim (Bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Baharu) telah dilakukan di Gua Musang sempena kempen pilihan raya kecil DUN Galas. Bangunan tersebut dikatakan bakal menjadi pejabat Pemuda PAS negeri dan pusat komersial. Perjanjian jual beli ditandatangani antara Zaid dengan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim dan juga kepimpinan Pemuda PAS negeri yang diketuai, Abdul Latif Abdul Rahman yang disaksikan Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Perkambaran gembira ini menandakan era kegemilangan UMNO di negeri Kelantan kini kian luntur satu persatu. Malah, kemungkinan besar DUN Galas akan dapat dikekalkan dengan majoriti yang lebih besar dalam pilihanraya itu nanti. Apa yang belaku ini amatlah meengejutkan kerana perwakilan UMNO Kota Bharu ketika ini sedang sibuk berkampung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), sempena Perhimpunan Agung parti itu.

[Syabas diucapkan kepada Dewan Pemuda PAS Kelantan kerana berjaya membeli sebuah bangunan milik UMNO ini. Ternyata kekuatan semangat dan perjuangan membolehkan PAS terus menambah aset mereka itu. Semoga dengan pembelian ini akan memberi inspirasi kepada para petugas PAS dan Pakatan Rakyat untuk berusaha mengekalkan DUN Galas dengan majoriti yang lebih besar dalam pilihanraya kecil DUN itu pada 4 November ini. Apa yang pasti pilihanraya kecil ini bakal menjadi penentu kekuatan PM Najib Razak selepas beliau membentangkan Bajet Pilihanraya baru-baru ini. Soalnya, apakah rakyat boleh menerima umpan yang dinyatakan itu atau mereka terus menolak UMNO BN buat selamanya. Inilah yang menakutkan mereka sekarang. Jika Galas dan Batu Sapi tumbang, bermakna rakyat jelas sudah hilang kepercayaan kepada pimpinan PM Najib itu sebenarnya].
Share:

4 ulasan:

  1. tahniah kepada pemimpin-pemimpin dan penyokong -penyokong PAS, aku rasa PAS patut keluar drpd Pakatan Rakyat atau jangan bersekongkol dengan PKR kerana puak PKR ni akan membusukkan nama PAS...

    BalasPadam
  2. bodoh la..yg kaya tentu zaid ibrahim..umno rugi pas lagi...betul2 la menang bersorak kampung tergadai..

    BalasPadam
  3. Yang kau lagi bodoh,dah dia punya,takkan nak bagi free.Kau ingat bangunan tu boleh naik sendiri ke? skarang Pas dah beli jadi hak Pas la.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kereta Dihempap Lori Tangki Terbalik Sebelum Terbakar, Pemandu Serta Penumpang Disyaki Rentung Di Kampung Lebak Temerloh

TEMERLOH : Pemandu dan semua penumpang disyaki rentung selepas kereta dinaiki dihempap lori tangki minyak yang terbalik sebelum kedua-dua ke...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.