REMBAU, 10 Okt [9.20 pm] - Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini petang Ahad. Polis berkata kejadian berlaku pada kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan. Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan. Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat. Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti. Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja'afar dan Hospital Melaka. Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua hala.
[Takziah buat semua keluarga mangsa yang terlibat. Sesungguhnya inilah yang dikatakan malang tidak berbau. Berbagai usaha yang dibuat oleh kerajaan untuk menggelakkan kemalangan maut terus berlaku nampaknya masih belum membuahkan hasil sepenuhnya. Malah, sikap pemandu bas kini kembali seperti biasa selepas mereka akur sekejap dengan arahan kerajaan. Masih banyak bas-bas ekspres yang hanya menyediakan satu pemandu sahaja biarpun jarak perjalanan melebihi empat jam. Kemalangan terbaru ini, mengesahkan lagi betapa pemandu bas terbabit membawa begitu laju hingga menyebabkan basnya melambung. Apakah undang-undang yang kita ada belum cukup untuk mendidik pengguna jalanraya agaknya. Kenapa masih ada pemandu bas yang bersikap kurang ajar di jalanraya. Apa yang mahu dikejar sebenarnya?. Semoga kejadian ini menjadi tauladan berguna untuk semua pihak agar lebih berhati-hati].








Pedal minyak semua bas ekspres ni patut di'kunci' untuk satu had laju terhad (yang sesuai) saja.
BalasPadamJPJ dan Puspakom patut buat kajian untuk dikemukakan kepada kerajaan.
Semua orang tuding jari...pandu lajulah...mengantuklah...dadahlah...drebar 1 oranglah...bas buruklah...kejar triplah...macam-macam...TAPI PERNAH TAK KITA LIHAT JALANRAYA KAT MALAYSIA NI...ADAKAH SELAMAT DAN MENGIKUT STANDARD...ADA KA PEMBAHAGI JALAN LETAK BESI...TAK KE NAK SURUH ORANG MAMPOS..JARAK ANTARA BESI DENGAN PEMBAHAGI JALAN...ADA BERAPA KAKI SAJA. SILAP SIKIT TERUS LANGGAR BESI TU DAN MELAMBUNGLAH BAS TU.
BalasPadamLAGI SATU...SELALU KERETA LANGGAR BELAKANG LORI ROSAK...SEBAB APA???. SEBAB BILA LORI ROSAK TAK ADA TANDA SEGI TIGA KAT BELAKANG...JARAK NYA BERAPA YEKK NAK LETAK DARI LORI ROSAK TU????LEBIH-LEBIH LAGI WAKTU MALAM...LORI ROSAK TU HARAM TAK ADA LAMPU...GELAP SEMACAM...TUP-TUP DAH SAMPAI BELAKANG LORI TU...GEDEBANG...MASUK TV3...HANGUS. UNDANG-UNDANG KAT MALAYSIA NI KALAU NAK BILANG TAK CUKUP JARI TAPI SATU PUN TAK DIPATUHI DAN DIKUATKUASA. SEBABNYA LEPAS KEMALANGAN 2 MINGGU CERITA PUN HILANG DAN MENTERI YANG BERTANGGUNG-JAWAP TERUSKAN ACARA MEMBALUN DUIT RAKYAT. ADA SESIAPA TAU...BERAPA BANYAK SAMAN KERAJAAN DAH KENA KERANA KECUAIAN DALAM PENYELANGGARAN JALANRAYA DAN MENYEBABKAN KEMALANGAN. MANA ADA??...KALAU ADA...PEGUAM DIA BOLEH GORENG PUNYA...YANG HANGUS RAKYAT. YANG BANYAK SAMAN ADALAH RAKYAT...SAMAN EKOR...APA PUNYA POLIS DAAA...TERINTAI-INTAI DALAM LONGKANG CARI PEMANDU LAJU...SIAPA LAJU TERUS TAHAN DAN KELUAR SURAT SAMAN HABIS CERITA. INI TIDAK...SAMAN DAH 5 TAHUN BARU HANTAR DAN SERGAH SURUH BAYAR CEPAT...TERKULAT-KULAT RAKYAT DIBUATNYA...MANA TAKNYA...SAPA BOLEH INGAT 5 TAHUN DULU DIA ADA MEMANDU KAT MANA.....TAK KE PENYAMUN PUNYA KERAJAAN!!!!!!!