script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Benarkah Ada 215 Ahli PKR Ranting Lepar Utara Cabang Paya Besar Keluar Parti Dek Kerana Hilang Kepercayaan Terhadap Pucuk Pimpinan !!

KUANTAN, 12 Okt [4.02 pm] - Ini berita yang baru diterima, katanya seramai 215 orang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Paya Besar telah bertindak keluar parti akibat hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti. Menurut sumber, satu majlis penyerahan borang UMNO telah dilakukan kepada Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Tajuddin Sulaiman di Pejabat UMNO dekat sini pagi tadi. Kesemua mereka yang dikatakan keluar parti itu adalah dari Ranting Lepar Utara. Menurut wakil kumpulan terbabit, Abdul Rahim Darus (foto) mereka menyertai UMNO kerana hilang kepercayaan kepada pucuk kepimpinan parti. Kami cuba akan cuba menghubungi Ketua Cabang Paya Besar, Hj.Zahari Mamat untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung dengan perkara ini. Rakyat diminta bersabar sebelum maklumat sebenar didedahkan. Berita ini pastinya akan disiarkan oleh media secara besar-besaran bagi membuktikan ahli PKR kini sudah mula benci kepada parti gara-gara pemilihan yang sedang berlangsung. Difahamkan laporan ini telah pun disiarkan di media arus perdana online dan Buletin Terkini TV3 petang tadi. Maka, pastinya ia akan jadi tajuk besar dalam Buletin Utama TV3 malam ini. Harapan kita semoga semua pihak dapat bersedia dengan propaganda terbaru yang dimainkan UMNO.

[Nantikan pendedahan eksklusif kami berkenaan perkara ini. Cabang Paya Besar telah dimenangi oleh Hj.Zahari Mamat (foto) dalam pemilihan peringkat cabang baru-baru ini. Beliau merupakan orang kanan AJK Bahagian UMNO Paya Besar sebelum bertindak menyertai PKR. Kemasukannya telah memberi tamparan hebat kepada Ketua Bahagian, Tajuddin Sulaiman yang sedang menghadapi krisis dengan MB Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob ketika itu. Tajuddin telah meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri, apabila kecewa namanya tidak dicalonkan untuk mempertahankan kerusi DUN Lepar yang diwakilinya sebelum ini. Namun, beliau menang dalam pemilihan Ketua Bahagian, menewaskan Ahli Parlimen Paya Besar, Manan Ismail. Khabarnya kini beliau sibuk mengipas MB Pahang dan mula serasi. Susulan dari itu, ketiga-tiga ADUN di Parlimen Paya Besar mula gusar kedudukan mereka diancam oleh Tajuddin. Umum masih ingat, Ketua Bahagiaan dan semua ADUN terbabit telah dikenakan tindakan displin oleh parti gara-gara terbabit kesalahan dalam pemilihan parti itu. Kemasukan Hj.Zahari dan beberapa orang kanan Tajuddin ke dalam PKR menyebabkan beliau terlalu kecewa dan berjanji akan mengajar mereka. Sebelum ini, Tajuddin dikatakan telah mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa orang pemimpin PKR untuk menyertai parti itu. Namun, dek kerana urat darah dalam tubuhnya berpaksikan merah UMNO, maka akhirnya dia tergamak untuk bersama parti karat itu lagi].
Share:

4 ulasan:

  1. Takde pendirian punya org.Skrg msk UMNO sbb hilang percaya pd PKR.Nanti hilang percaya pd UMNO msk pulak PAS.Pas tu hilang percaya pd PAS msk pulak MCA/MIC.Hahaha....Katun btui

    BalasPadam
  2. PKR adalah serpihan UMNO, so x hairanlah kalau puak2 nie jilat balik ludah mereka. Sebab tu aku x teringin jadi ahli UMNO atau PKR

    BalasPadam
  3. tak yah dok kalut masuk politik...dah tau politik ni mmg KOTOR punya mainan... masuk pondok udah belajar agama...lebih afdal

    BalasPadam
  4. org politik ni x abis2 menipu dan berbohong utk kepentingan peribadi, itulah kalau jiwa dah kotor dan nafsu x pernah di bersihkan mcm itu lah yg terjadi dan akan terus terjadi selagi mrk ni bernafas...mrk x takut pd seksa Allah swt samada di dunia lebih2 lg di akhirat..sbb itu org golongan Sufi yg tulen x mahu melibatkan diri dlm politik x kira lah PAS ke atau PKR ke atau lain2 nya krn golongan SUFI lebih2 lg yg dan mencapai tahap MUQARABBIN mana boleh berbohong.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Negeri Pahang, Seramai 671 Calon Berjaya Cemerlang Perolehi 'Straight A'

KUANTAN: Seramai 671 daripada 17,429 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Pahang berjaya memperoleh kepu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.