KUANTAN, 11 Okt [11.10 am] - Orang ramai terutamanya umat Islam di bandar ini, mahu Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) bertindak segera untuk menghalang sebuah konsert rock yang bakal diadakan di Stadium Darul Makmur pada 15 Oktober ini. Konsert yang dipercayai akan menampilkan lagenda rock tanahair yang terdiri daripada Kumpulan Wings, Search dan Ella itu dinamakan "Konsert Red On Black" bakal berlangsung selama dua jam pada hari berkenaan. Konsert anjuran Awie Entertaiment Sdn Bhd dan Red On Black Sdn Bhd itu menawarkan tiket berharga RM57 untuk dibeli oleh peminat mereka. Kononnya konsert itu diadakan di Kuantan bagi mengenangkan Pahang kurang acara hiburan berbentuk konsert berskala besar. Malah menurut Awie, mereka memilih Stadium Darul Makmur, untuk menjayakan konsert tersebut agar peminat di bahagian Timur dapat bersama-sama menikmatinya. Ini kononya kerana mereka mendapati konsert Double Trouble yang lepas, kurang sekali penyertaan daripada peminat dari Pantai Timur. Justeru itu, ramai umat Islam di bandar ini kecewa dan terkilan kenapa konsert tersebut begitu mudah untuk diluluskan oleh pihak Majlis Tempatan (Majlis Perbandaran Kuantan), tanpa merujuk kepada pihak jabatan agama Islam di negeri ini. Malah, selaku Exco Agama Islam Negeri, Adnan perlu memainkan peranan untuk menghalang konsert tersebut. Tidak ada langsung ilmu dan manfaat yang boleh diperolehi menerusi konsert berkenaan. Apa yang pasti ia akan mendatangkan lebih banyak keburukan dan maksiat semata-mata. Dikala umat Islam terutamanya generasi muda hari ini yang semakin parah akidahnya, maka penganjuran acara ini wajar dihalang segera.
[Sudah cukuplah dengan program Jom Heboh TV3 serta acara-acara lain yang diadakan sebelum ini. Tindakan membiarkan penganjuran konsert berkenaan sebenarnya tidak mendatangkan sebarang makna untuk mempertingkatkan jatidiri dan akidah umat Islam itu sendiri. Apa yang pasti, mengikut kebiasaannya konsert seperti itu akan mengundang maksiat dan membawa keruntuhan kepada akhlak muda-mudi sebenarnya. Tiga perkara yang perlu dijawab oleh MB Pahang itu ialah apakah konsert tersebut akan membawa anak-anak Malayu lebih beriman dan bertakwa kepada Allah?. Keduanya, apakah konsert tersebut akan mendidik manusia ke jalan yang lurus dan membawa kebaikan dan ketiganya apakah ini caranya untuk menerap dan membentuk generasi muda ke arah cintakan agama, bangsa dan negara?. Sepatutnya Kerajaan Negeri Pahang yang dipimpin oleh orang Islam itu lebih "berhati-hati" dalam membenarkan sesuatu acara yang lebih cenderung ke arah maksiat seperti itu. Malah, kita khuatir perkara lain seperti minum arak, pergaulan bebas, pergaduhan dan lebih parah lagi perzinaan akan berlaku pada malam konsert tersebut. Justeru itu, diharapkan agar pihak jabatan agama Islam bersama kerajaan negeri menarik balik kebenaran penganjuran tersebut demi agama, bangsa dan negara tercinta. Tidak ada faedahnya, memberikan hiburan demi hiburan kepada generasi muda yang sememangnya sudah tersasar daripada keperibadian muslim itu sendiri sebenarnya. Jika UMNO itu benar-benar ikhlas perjuangkan Islam, Menteri Besar Pahang perlu membuat tindakan segera untuk batalkan konsert maksiat seeprti ini !!].

apabila pembesar negerinya suka kepada hiburan,jadi tak hairan dinegeri tersebut berulang kali mengadakan surehebuh dan konsert besar-besaran.
BalasPadamkemudian tak lama lagi penganjurnya pun akan dapat gelaran dato'
apapun pemimpin kene campurtangan. tak kiralah pemimpin BN atau pembangkang mahupun SULTAN. kerana orang yg akan dipertanggungjawabkan nanti adala para2 pemimpin..
BalasPadamberingatlah sebelum kene. jangan hanya fikirkan "PERIUK NASI " sahaja kerana rezeki itu datang dari ALLAH...
jangan Allah turun bala seperti kaum2 terdahulu... yang kene bala nanti bukan orang2 tertentu sahaja yg mmbuat maksiat atau kemungkaran malah semua rakyat akan jadi mangsanya..
assalamualaikum.
BalasPadamterima kasih atas peringatan baik dari tuan bloger. saya rasa orang umno yg sayang agama tak mahu program ini berlaku.
amat malang, pemimpin pahang masih lagi mahu rakyatnya hanyut dengan hiburan.
kenapa ya? tuan-tuan boleh cari maklumat bahawa pemimpin kita memang jenis suka bernyanyi-nyanyian... betul tak?
allo bro, nak tanya per salah konsert tu diadakan, artis nak cari makan, saper yang pergi nak tgk konsert,yang jd haru biru adalah manusia yang tau menghukum tp tak nak bg penyelesaian alternatifnyer...,
BalasPadamallo anon 12:00AM....
BalasPadamstatement kau yg salah adalah manusia yg hanya pandai menghukum tapi tak tahu nak bagi jalan penyelesaian....ternyata kau silap...
isu sekarang ye la byk kes org buang bayi...sebab dek terlalu terdedah maasyarakat sekarang serta mudah melakukan persetubuhan haram....
Jadi BN Melaka buka sekolah untuk perempuan yg bakal melahirkan anak luar nikah...konon nak menyelamatkan bayi luar nikah...
tapi mereka tak pernah nak pikir cam ne nak mengelakkan atau menjauhan masalah sosial.
buat konsert yg seumpama mcm ni...dah tentu mengundang atau menyemarakkan masalah sosial...
ke Adnan Yaakob memang berniat nak menubuhkan sekolah mengandung luar nikah di pahang plak...so dengan adanya konsert seumpama ini maka membiakan calon murid2 dah bila cukup korum boleh dapatkan peruntukan dan bina sekolah mengandung luar nikah...kalau masih tak cukup..buatla konsert lagi besar dan lagi lama...pesta besar-besaran lagi....
cuba la ambil ikhtibar dari apa yg terjadi di melaka tu....serta lagi bagus buat ceramah penerangan, ceramah moral, solat hajat, didik emak ayah serta pemuda/pemudi mengenai maslah sosial...
Kalau nak seribu daya...tak nak seribu dalih.....
setakat konsert gini pun nak kecoh.berhibur tak salah tapi salah cara berhibur tu yang payah.sekat konsert ni maksiat takder ker?
BalasPadamjangan mengarut la!!!jangan menyalahkan sesuatu kalau tak tau cari jalan selesaikan