script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Dewan Rakyat Menolak Usul Pengetua Rasis Yang Di Kemukan Oleh Lim Kit Siang (DAP Ipoh Timur)

KUALA LUMPUR 11 Okt [2.20 pm] - Persidangan Dewan Rakyat hari ini menolak usul yang dikemukakan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) bagi membahaskan isu seorang pengetua dari Kulaijaya, Johor dan seorang guru dari Bukit Selambau, Kedah yang didakwa mengeluarkan perkataan berbaur perkauman pada Ogos lepas. Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul berkenaan mengikut Peraturan Mesyuarat 18(2) dengan alasan ia tidak perlu disegerakan. "Saya difahamkan kerajaan melalui Kementerian Pelajaran dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sudah memulakan siasatan terhadap dua penjawat awam ini, justeru itu ia tidak perlu disegerakan, usul ini ditolak melalui Peraturan Mesyuarat 18 (2),” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini. Sementara itu Lim usul untuk membahaskan kes dua pengetua di Johor dan Kedah yang didakwa menghamburkan kata-kata perkauman dan berbentuk penghinaan kepada pelajar-pelajar mereka telah dihantar pada 8 Oktober lalu. Beliau berkata usul berkenaan terpaksa dikemukakan kerana selepas 57 hari berlalu, kerajaan didakwa gagal bertindak. Menurutnya juga, ia merupakan tamparan kepada PM Najib Razak yang membuat gesaan antarabangsa berhubung keganasan, toleransi sifar terhadap perkauman dan polisi gagasan 1Malaysia.

[Seperti biasa, Speaker Dewan Rakyat akan menolak apa jua usul panas yang dibangkitkan oleh pemimpin pembangkang di Parlimen biar pun ia untuk kepentingan awam. Apalah gunanya 1Malaysia, jika isu sebegini dianggap tidak penting kepada kerajaan. Sedangkan dalam masa yang sama mereka mewar-warkan kononnya mahu wujudkan perpaduan antara kaum di negara ini. Hakikatnya, mereka tergamak membiarkan mana-mana pemimpin yang bertindak rasis tanpa berani membuat sebarang tindakan. Bukankah aneh, Menteri Pelajaran tidak dapat berbuat apa-apa atas insiden itu. Malah, Perdana Menteri sendiri gagal untuk mengambil tindakan atas apa yang telah dilakukan oleh pengetua berkenaan. Jika beginilah caranya, maka jelas sekali kuasa yang ada hanya layak untuk pemimpin pembangkan sahaja tetapi tidak untuk pemimpin UMNO BN atau kakitangan kerajaan yang menyokong aspirasi mereka itu sebenarnya].

Share:

2 ulasan:

  1. payah2 boikot je mana2 pengetua rasis, x payah pergi perhimpunan, tp kelas tetap pergi.. harry lee

    BalasPadam
  2. lu buat sekolah sendiri laa

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Negeri Pahang, Seramai 671 Calon Berjaya Cemerlang Perolehi 'Straight A'

KUANTAN: Seramai 671 daripada 17,429 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Pahang berjaya memperoleh kepu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.