script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Dua Orang Exco AMK Pusat, Zulkifli Ibrahim Dan Amizuddin Ahmat Di Panggil Ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Untuk Siasatan Kes Rahimi Rabu Ini

KUALA LUMPUR, 11 Okt [2.15 pm] -Dua orang Exco AMK Pusat, Zulkifli Ibrahim dan Amizuddin Ahmat telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Rabu ini (13 Okt). Difahamkan ia berkaitan dengan siasatan kes pendedahan bekas Pembantu Peribadi Anwar Ibrahim, Rahimi Osman (foto). Mereka telah menerima panggilan daripada Supritendan Meor, bagu tujuan melengkapkan siasatan tersebut. Selepas Rahimi membuat laporan polis pada 6 Oktober 2010 di Balai Polis Klang, dalam siasatan awal polis terhadap laporan polis Rahimi, selain nama peguam Anwar Lathefa dan Saiful Izham Ramli, nama Amizuddin Ahmat (Din Binjai) dan Zulikifli Ibrahim juga disebut kerana mereka berdualah yang menjaga Rahimi selama 5 hari 4 malam ketika itu. Menurut kenyataan Amizuddin menerusi blongnya Sharpshooter "Pada mulanya Supritendan Meor mahu berjumpa kami di IPD Perda Bukit Mertajam pada hari Rabu, 13 Oktober 2010 jam 10 pagi tetapi oleh kerana kami berdua akan ke Kuala Lumpur pada hari tersebut maka akhirnya kami berdua akan dipanggil untuk siasatan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sekitar jam 5 petang", katanya. "Kelmarin peguam Anwar puan Latheefa telah hubungi saya dan beritahu beliau dan Saiful Izham Ramli telah dipanggil oleh Polis Bukit Aman pada Selasa (12 Oktober) untuk beri keterangan", tambah beliau.


Dua Exco AMK yang bakal disiasat oleh polis kes Rahimi
Amizuddin Ahmat (kiri) dan Zulkifli Ibrahim (kanan)
Menurut Amizuddin lagi, pihak peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sedang menyiapkan saman terhadap Rahimi dan akan diumumkan dalam masa terdekat ini. "Sebab itu saya tangguh sementara kisah sebenar tentang Rahimi sebab kami berdua akan menjadi saksi dalam kes saman terhadap Rahimi di Mahkamah. Saya dan Zulkifli adalah Exco AMK dan kami akan hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Bukit pada jam 5 petang pada hari Rabu ini. Berani kerana benar....kami tahu Rahimi sebenarnya berbohong dan berusaha membersihkan nama Najib dan Rosmah dan dalang sebenar dalam isu Rahimi adalah Senator Raja Sesumpah" kata Amizuddin lagi. Sementara itu Zulkifili pula menyatakan beliau bersetuju untuk memberi kerjasama kepada pihak polis, tetapi bagaimana dengan laporan polis yang dibuat oleh tokoh-tokoh keadilan terhadap pimpinan negara sebelum ini. "Apakah ianya secepat ini siasatan dijalankan oleh polis? Keadilan dalam siasatan polis perlu kerana kes yang dilaporkan untuk kepentingan rakyat termasuk isu perkauman yang libatkan Nasir Safar dulu", kata Zulkifli.

[Memang benar dan cukup menghairankan kita, apabila pihak polis begitu "pantas macam kilat" untuk menyiasat laporan yang dibuat oleh Rahimi Osman. Sedangkan banyak laporan yang dibuat oleh pemimpin Pakatnan Rakyat hanya dipandang sepi dan di "bakulsampah"kan oleh mereka. Apakah ini namanya polis bertindak "adil dan telus", walhal ternyata dan amat jelas mereka masih bersikap "double standard" biarpun mengatakan integiriti telah meningkat. Apapun kita ucapkan syabas kepada Zul dan Din Binjai atas kerjasama yang akan diberikan itu. Soalnya apakah polis akan meenerima keterangan tersebut, jika ia tidak berpihak kepada Rahimi?. Sebagai makluman, Zulkifli Ibrahim juga kabarnya menawarkan diri sebagai Calon Exco AMK Pusat dalam Pemilihan 2010 ini. Beliau yang baru berumur 31 tahun dan berasal dari Nibung Tebal Pulau Pinang itu adalah merupakan Bekas Pengarah Syarikat Swasta, Bekas Setiausaha Politik Goh Kheng Huat (Bekas MP DAP Nibong Tebal), Pembantu Khas Exco Pertanian,Industri Asas Tani,Tebatan Banjir & Masyarakat Luar Bandar Pulau Pinang dan merupakan salah seorang Pengusaha Ladang Jagong Di Kedah. Justeru itu, anak muda AMK diseru menyokong beliau untuk diangkat sekali lagi dalam kepimpinan AMK selepas ini. Difahamkan beliau berada dalam barisan depan "Team Chegubard" yang menawarkan diri sebagai Calon Ketua AMK itu].
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Negeri Pahang, Seramai 671 Calon Berjaya Cemerlang Perolehi 'Straight A'

KUANTAN: Seramai 671 daripada 17,429 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Pahang berjaya memperoleh kepu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.