script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pemangku Yang Di Pertua PAS Bagi Kawasan Gua Musang Akhirnya Di Pilih Sekali Lagi Bertanding Wakili Parti Itu Di Pilihan Raya Kecil DUN Galas !!

GUA MUSANG. 22 Okt [7.30 am] - Pengamal perubatan yang juga Pemangku Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad (foto) dipilih sebagai calon parti itu untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Galas 4 November ini. Pengumuman nama calon itu dibuat oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan, pada ceramah perdana sempena 20 tahun pemerintahan Islam di Kelantan kira-kira 12 tengah malam tadi di Dataran Ilmu Gua Musang. Barisan Nasional akan mengumumkan nama calonnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu Ahad ini. Dr Zulkefli, 44, yang memiliki sebuah klinik di Ciku, Gua Musang, merupakan anak bekas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Guchil, Mohamed Awang pada tahun 1974 dan merupakan anak ketujuh daripada 10 beradik. Beliau pernah kalah kepada Tengku Razaleigh Hamzah ketika bertanding merebut kerusi Parlimen Gua Musang dalam pilihan raya umum 2008, dengan majoriti 4,394 undi. Kekalahan itu merupakan kali kedua beliau tewas kepada Tengku Razaleigh dalam pilihan raya umum bagi kerusi Parlimen Gua Musang. Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima, 46, daripada PAS, yang meninggal dunia akibat kanser usus pada 27 September lalu. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil itu iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang.

[Parti PAS meletakkan calon yang telah tewas kepada Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) di Parlimen Gua Musang pada PRU12 lalu. Apakah percaturan ini bakal membuahkan hasil atau memerangkap diri. Tambahan pula Ku Li merupakan Pengarah Pilihan Raya Kecil DUN Galas ini. Bukankah Ku Li sudah tahu "jerangkap samar" yang boleh digunakan untuk menghalang kemaraan PAS kali ini. Namun, harus diingatkan bahawa pilihanraya kecil bukanlah seperti pilihanraya umum. Sebuah jentera dan petugas dari seluruh Malaysia akan berkampung di kawasan itu. Makanya, ia bukanlah semudah yang disangka. Cuma harapan rakyat agar kedua-dua pihak dapat menggunakan cara yang betul untuk berkempen kali ini. Jika UMNO BN terus menggunakan kaedah yang sama seperti di Manek Urai dulu, maka harapan besar untuk memberi laluan mudah buat PAS mempertahankan kerusi DUN itu pastikan tercapai jua].

Share:

9 ulasan:

  1. TAHNIAH PAS. MUKA BARU JADI CALON, KALU KECUNCANDANG PUN X MENGAPA, PUAS HATI . DEMA TU ASYIK DOK CALON KUDA-KUDA TUA SJA, MCM ORANG MUDA X LAYAK. PENGUNDI ATAS PAGAR

    BalasPadam
  2. AKU HARAP MB PUN PERLU GANTI MUKA2 BARU. DAH LAMA DAHHHHH, UNDUR LAH DGN CARA TERHORMAT. ORANG ATAS PAGAR DAH MELUAT

    BalasPadam
  3. BERTUAH LLAAAA KALU NAK BERUNDUR. KALU X JADI CALON LAGI, MULA LA LOMPAT PARTI. KHIANAT PARTI DAN BANGSA DAN UGAMA PULA.

    BalasPadam
  4. orang atas pagar umno ke? pergi mampus la.hahaha

    BalasPadam
  5. mursyidul pas tak ada org baru ke yang layak...tak ada org muda ke... dah byk kali masuk wad dah tu... elok2 la bersara... percayala kat org lain sama utk pegang teraju pemerintahan

    BalasPadam
  6. TUAN GURU NIK AZIZ. BOLEH JUGA JADI IMAN DAN BERI KULIAH SETIAP PAGI

    BalasPadam
  7. betui betui kutubah jumaat pun boleh. bukan pengkianat bangsa semua dah nak bagi kat kafir harbi. ikut telunjuk kafir harbi apa nak semua beri . konon nak bagi dema undi barisan.

    BalasPadam
  8. patut kuda-kuda tua dlm umno ni dah undur diri dgn terhormat. malu sama kat bangsa lain . dema hanya 2 penngal saja. lepas bg kat orang lain pula.

    BalasPadam
  9. Dewan Syura = Musyridul Am = Islam
    Ahli Mesyuarat = Pengerusi = ??

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kereta Dihempap Lori Tangki Terbalik Sebelum Terbakar, Pemandu Serta Penumpang Disyaki Rentung Di Kampung Lebak Temerloh

TEMERLOH : Pemandu dan semua penumpang disyaki rentung selepas kereta dinaiki dihempap lori tangki minyak yang terbalik sebelum kedua-dua ke...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.